Saturday, March 03, 2012

Ruang.



Hilang begitu sahaja.
Tanpa ada sepatah kata boleh membunuh.
Walaupun ada, tapi seperti tiada.
Mungkin ada manusia yang sedang butuh.
Kehadiran seseorang yang dia cinta.

Kebiasaan boleh jadikan seseorang jadi manusia tegar.
Seperti meneguk kopi hitam pekat dan menjadi segar.
Seperti bangun pagi awal tanpa perlu digegar.
Bila hilang, dia akan jadi nanar.
Ada hati yang gusar.

Tidak, dia bukan begitu gila.
Dia bukan mahu dilayan sepanjang masa.
Cuma, dia sudah jadi terlampau biasa.
Dengan rutin yang dia rasa cukup buat dia bahagia.
Jadi bila kebiasaan lenyap, dia mula tidak tentu arah rasa.

Ya sayang.
Dia tahu dalam hubungan, setiap manusia perlukan ruang.
Bukan melekap sentiasa antara satu sama lain macam beruang.
Cuma kalau lenyap bagai ditelan buih, dia jadi berang.
Tahan kemarahan dan ketakutan sendirian sampai jadi bengang.
Walaupun dia tahu, itu bukan sesuatu yang dia patut takut seperti berhadapan guru garang.

http://farm4.staticflickr.com/3295/3114262194_6c2f5dc2d1.jpg
[Sumber gambar]

Dan bila kebiasaan itu pecah, dia rasa tergugat.
Hati dia rasa sakit dan ilat.
Dengan diri sendiri yang dia rasakan tidak kuat.
Padahal itu bukan dirinya yang tidak diketahui sifat.
Ibarat manusia tertelan garam sulfat.
Dia hadam segala dan pujuk diri dengan teguk kopi pekat.
Biarkan darah dipenuhi aliran dadah jahat.
Lupakan kesakitan yang dia sendiri meluat.

Dia cuma manusia yang curahkan sayang pada satu.
Dan bila yang satu itu hilang, dia ganti dengan buku.
Tapi, mana sama manusia dengan buku walaupun hati dia beku?

Dan, adakah dia sudah tidak mampu bersuara?
Diam sahaja sambil tahan rasa?
Biarkan tubir digenani air mata?

Bila ini berlaku, dia hanya mampu rebahkan diri ke ranjang.
Dan mata terus berkelip menunggu hari siang.
Apakah bahagia akan datang?

7 comments:

orked.putih said...

lolz! sangat tepat dgn keadaan aku skrg.. argh! T.T

Anonymous said...

salah kah andai aku berdiam diri tanpa berita berminggu2 kerana ingin memujuk diri? konon ingin kan ruang..dek salah nya yg tidak pernah dia sedari,lantas aku terpaksa membuat keputusan sendiri..salah kah tindakan ku diam membuta-tuli tanpa si dia mengetahui apa di sebalik nya yg terjadi?

atau mungkin demi kebahagiaan bersama.ku harus mengalah? haruskah ku muncul kembali dan menceritakan apa yg sebenar nya?

reenapple said...

Ah... mungkin aku sedang mengalami situasi sebegini.. hurm. =)

niesa said...

Ruang di beri tapi rupanya kasih sudah terbagi...kerna ruang yang di beri, hati beku sampai mati..
Bahagia? Mampu menangis lagi...

niesa said...

Ruang di beri tapi rupanya kasih sudah terbagi...kerna ruang yang di beri, hati beku sampai mati..
Bahagia? Mampu menangis lagi...

firdaus.9898 said...

thank you datin lordzara gua suda hantar artikel "properly" kat encik lucifer. ampun maap dipinta kerana spam emel datin lordzara.

NIA SI DRUMSTICK said...

ruang yang diberi..buat kita sendiri makan hati..telan je smua yg pahit sbb nk buat dia gembira..ketawa..adakah itu yg terbaek..
memberi dia ruang yang melebihi had yg buatkan kt sendiri terluka..