Saturday, March 10, 2012

[Ulasan] : .44 - Poin Empat Puloh Empat


Buku ini datang sekali dengan BIN, tapi BIN aku akan tulis kemudian sedikit. Aku sedang mengulang baca BIN dan .44 ini juga aku sudah ulang baca. Buat peminat Kontrol Histeria - dua penulis .44 pastinya sudah dikenali. Khrlhsym dan Lucifer, pastinya tidak asing dan gaya bahasa mereka sudah tentunya sudah buat kalian mangli. Cuma kali ini, temanya lebih luas dan tidak tertumpu kepada genre yang serupa ataupun tema yang menjurus kepada sadis dan agak menakutkan bila baca. 

Oh ya, buku ini adalah terbitan Kerat Studio. 

http://farm8.staticflickr.com/7063/6968232987_1e0a2127e4_z.jpg
[Sumber gambar]

Ada empat puluh tiga kispen (kisah pendek) dan setiap satu daripadanya tidak sama. Jadi, sebelum aku teruskan ulasan aku, aku lebih senang untuk bercakap tentang kispen yang aku suka dan juga penulis-penulisnya.

Lucifer - Walaupun aku tidak pernah jumpa dengan Luc, tapi gaya bahasa dan tulisan dia sejak aku kenal dia melalui blog peribadi dia, buatkan aku jatuh hati dengan gaya tulisan dia. Bersahaja, tapi dalam maksudnya. Secara peribadinya, mungkin sarkastik. Jadi, Luc meneruskan gaya dia dalam Kontrol Histeria dalam .44. Secara peribadinya, tulisan dia memang bagus dan mudah untuk dikenali. Gaya bahasa, penyusunan ayat dan jalan cerita, kau boleh agak itu tulisan dia. Senang kata, Luc sudah ada gaya yang dikenali bagi pembacanya. 

Dalam banyak-banyak kispen Luc dalam .44, aku paling suka "Potret Famili". Kispen itu menyentuh sisi gelap masyarakat kita yang pincang tapi dengan gaya tersendiri dan tentunya, ada unsur sadistik menyerupai gaya Kontrol Histeria di dalam itu. Dalam kispen itu, kau boleh lihat, secara realiti, apa yang masyarakat kita hadapi, walaupun kau cuba nafikan. Keluarga, ayah, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan bagaimana satu keluarga itu berfungsi. Sebelum kau mula baca, tanya diri sendiri - adakah kalian punya potret famili?

Khrlhsym - Aku mungkin tak kenal siapa dia, tapi gaya bahasa dia buat aku rasa macam lelaki ini sangat banyak membaca. Gaya dia santai, dan juga sarkastik. Memang kalau penulis Kontrol Histeria, aku rasa unsur sarkastik tidak dapat dipisahkan, mungkin kot?

Di halaman tujuh puluh empat, tajuk yang diberikan adalah "Tiket Sorga" (walaupun di situ dia tulis Wakil Tuhan yang sebenarnya merujuk kepada kispen di muka enam puluh sembilan). Tiket Sorga secara sinisnya menyindir manusia, setiap daripada kita mahukan pengakhiran yang sempurna, yang menggembirakan tentunya dengan memasuki syurga tetapi pahala dan amalan yang kita bawa tidak setimpal dengan keinginan kita itu. Sinikal pastinya bila diperlihatkan jalan cerita itu, yang semua orang mampu beli tiket tersebut, tetapi bagaimana perjalanan itu nantinya, sesuatu yang kalian harus baca sendiri.

Bagi yang mencari kelainan dalam pembacaan, boleh baca buku ini. Asyik nak baca buku cinta, sampai istilah senggama pun tak tahu, anus dan labia minora, atau kantung dua telur pun kena tanya orang, mohon guna Google dan tekan carian "imej". Nanti kita boleh lihat sama ada kau trauma ataupun tidak. Kah kah kah.

Zara : Nanti aku akan tulis pasal BIN. Oh ya, siapa yang punya waktu terluang pada 24 Mac ini, marilah ke pelancaran KOPI. Maklumat lanjut tentang majlis itu boleh dibaca di sini.

5 comments:

Lucifer said...

Aku salah taip pada tajuk Tiket Sorga. My bad. Dah cetak baru sedar.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm typo time print out ek :D

Izzat Aziz said...

mana nak dapat buku ni?
.44 dah nampak macam +44

KHRLHSYM said...

haha. sebenarnya buku ini di siapkan dalam masa seminggu dan kispen banyak di taip dalam masa sehari-dua. masa ini juga tengah siapkan buku kontrol histeria. memang kerja gila untuk siapkan buku ini. ._.'

sebarang typo itu adalah atas kebabian kami sendiri. haha

MK Kimi said...

BIN dah sold out kan?