Thursday, March 01, 2012

[Ulasan] : Kontrol Histeria - Lejen Press




Ulasan buku aku sebelum ini, boleh dicapai menggunakan pautan di atas. Oh, memang semuanya adalah novel daripada Fixi dan ulasan terakhir aku, pada penghujung tahun lepas adalah Tabu dan Kelabu. Jadi, kali ini, aku nak menulis tentang satu buku yang aku boleh katakan, salah satu sebab kenapa aku tunggu adalah kerana aku baca tulisan mereka di blog. Dan apabila mereka mengeluarkan buku, sudah tentu aku mahu memilikinya. Oh, buku ini adalah pertukaran aku dengan salah seorang penulisnya - di majlis pelancaran buku kami bersama. Aku dengan HERO dan dia dengan KONTROL HISTERIA.

http://farm8.staticflickr.com/7193/6941027337_e47c0ee55a.jpg
[Flickr Aku] - Buku Kontrol Histeria.

" Sebuah buku fiksyen daripada 23 penulis melawan arus kemasyarakatan dengan imaginasi yang melangkau normaliti. contohnya seperti saikopat, seks, keganasan, taksub dan sebagainya."

Ada 23 orang penulis yang menyajikan cerita yang boleh buat kau hempas kepala ke lantai atau menggaru dinding sambil menjerit, kalau kau seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi bila membaca. Aku perlu akui, aku merupakan pembaca yang menyelami apa yang aku baca. Aku biarkan diri aku tenggelam dalam fantasi setiap penulis dan itu adalah salah satu sebab kenapa aku menyampah menonton filem Harry Potter atau Sherlock Holmes. Ya, sebab aku baca setiap satu daripada cerita atau novel berkenaan mereka, tapi bila keluar di wayang adalah berlainan daripada imaginasi yang aku berkongsi dengan penulis, aku akui, aku kecewa.

Oh, berbalik kepada Kontrol Histeria (KH). Memang cerita yang disajikan adalah di luar norma masyarakat. Kalau kau biasa baca blog mereka, kau akan tahu punya. Dan kalaupun kau bukan pembaca blog mereka, kau bakal tertarik untuk baca jika kau adalah peminat siri pembunuhan atau penyiasatan. Bukan sebab ada detektif, cara pembunuhan atau penyeksaan sadis yang dipaparkan. Tapi, bukan semuanya begitu. Jangan silap. 

Bila ada seseorang yang bertanyakan aku buku apa yang aku baca kebelakangan ini, aku dengan mudah menyatakan 3 buah tajuk dan salah satunya adalah KH. Dia menjerit marah bila aku beritahu sinopsis secara ringkas apa yang berlaku dalam buku ini. Katanya aku gila, ataupun buku ini pastinya gila kalau mampu ditemui di pasaran terbuka. Aku ketawa sahaja mengenangkan ianya memang dijual di pasaran terbuka, boleh dibeli melalui Lejen Press.

Seperti yang ditanyakan oleh salah seorang penulisnya kepada aku semalam, aku berikan dia jawapan yang sama pernah aku berikan pada rakan-rakan yang memandang pelik aku membaca buku ini. Ah, pandangan skeptikal yang sama bila aku baca buku Fixi, tapi aku peduli apa kan? Selera membaca aku mana sama dengan selera orang lain, dan kalau setakat membelek sehelai dua muka surat dan terjumpa perkataan "vagina", "Anus" dah mula nak menggelabah tuduh lucah, aku malas mahu bicara panjang dan jawab sahaja dengan benda yang aku pasti atas dunia ini.

Peddo : Ada juga orang tanya kenapa tulis dan terfikir nak buat cerita-cerita macam tu. Aku tak tau nak jawab apa. Kau rasa kenapa?
Aku : Aku rasa benda tu ada sahaja berlaku. Kadangkala lagi sadis. Kita tidak akan pernah tahu manusia akan jadi macam mana bila gila mereka datang.


Mengakulah.
Kita semua hadapi dan baca benda yang lagi menakutkan sekarang ini setiap kali kita buka surat khabar, Internet ataupun berita. Benda yang selama ini kita tidak sangka, ada sahaja dipaparkan. Benda yang sesungguhnya di luar abnormaliti, manusia dibakar hidup-hidup, dikelar tidak termasuk rasuah serta pembelian benda mahal dan tidak berguna menggunakan cukai kita semua. Eh.

Gunakan imaginasi anda sebaik mungkin. 
Tapi aku perlu ingatkan, jangan histeria bila baca. Salah satu cerita yang buat aku ngeri sampai sekarang ini adalah adegan vagina dibakar menggunakan penunu Bunsen, dihiris dan diletakkan lemon. Aku boleh terbayang setiap inci kesakitan tersebut. Aneh? Tidak. Aku layangkan imaginasi aku.

Aku nak senaraikan penulisnya, tapi sebab terlampau ramai, aku memilih untuk tidak menulisnya. Cukuplah aku kata yang ada didalamnya, kawan-kawan yang aku suka di antaranya Lucifer, Peddo, Fiq Vertigo, Gaban Morka, dan ramai lagi. 

Bacalah dan rasai sendiri nikmatnya duduk ngilu dengan imaginasi.


8 comments:

Izzat Aziz said...

masih tak terfikir untuk baca buku yang genre camni, selalu baca non-fiction je.. kekadang fiction pun yang jenis fantasy tak pun adventure..haha

zombie said...

Wanita yang telah mengkhatam Kontrol Histeria adalah wanita yang kuat mentalnya.

arep zul said...

Tak habis baca lagi dari dulu.. Bagi saya macam cerita kat dalam blog lbih histeria oh. Entahla. Mcm bosan je. Xcukup histeria lagi. Ni pandangan saya je.

Btw buku KH ni saya mnang contest dia. Muehehe

didie noxious said...

salam kak...
sy bru ja bkenalan ngn blog akk ni,
slalu hapdet psai novel Fixi ni,
sy mcm tertarik tp kompius..
xpnah nmpk pon novel2 jns ni kat popular...cite ckit asal usul novel ni blh?mna nak dpt..hape2 je la yg bkait =)

KHRLHSYM said...

astaga

ghost writer said...

subhanallah..

Eera Shera said...

ngerinya tp sy suka ;)

my name is Aida. said...

saya sudah pun memilikinya dan sudah pun khatam. memang terbaikkk boboiboy !