Sunday, April 22, 2012

#10 : Ini Cerita Seorang Perempuan


Bila mengulang-tonton sebuah drama Korea yang bertajuk "9 Ends 2 Out" - entah kenapa, aku melihat diri sendiri yang sejak kebelakangan ini menempuhi beberapa perkara yang menjadikan hidup sedikit kelam kabut. Sesuatu dalam drama itu membuatkan aku terpaku, dan mengalirkan air mata tanpa aku sedari. Mungkin aku tenggelam dengan penceritaan atau aku merasai sendiri penderitaan yang ditanggung oleh watak Nan Hee. Mungkin salah satu daripadanya.

Perbualan aku dengan seorang kawan (lebih tepat, seorang sahabat) pagi tadi membuatkan air mata bergenang di tubir mata. Mungkinkah sebab dia membaca terlampau banyak tentang aku, tentang siapa aku di mata dia, berbanding orang lain yang mungkin tinggal serumah tetapi tidak kenal siapa aku - tapi dia ketahui aku lebih dari sekadar manusia yang senyum palsu bila berhadapan dengan kamera dan dunia. Ketikan kamera dan aku sebati - adunannya gambar kenangan beku masa yang aku sendiri tak mengerti akan keluar dan ternyata, dari sinaran mata, kita mampu baca manusia. Dan aku, kalah dalam soal itu, bila orang boleh lihat aku begitu tekun dan dalam.

Kalah.
Tetapi untuk menang dalam masa yang sama, tidak susah.

Kenyataan.
Tapi pernyataan disanggah dengan tiada persetujuan.

Mungkin benar kata dia. Saat ini aku tidak perlukan pisau untuk menghiris sesuatu agar terluka dan membiarkan ianya sembuh sendiri dengan masa. Ini bukan masa melihat sama ada kesakitan itu akan sembuh dan hilang walaupun berusaha bagai separuh gila.

Saat ini aku perlukan sepucuk pistol. Sama ada aku pegang, tarik picu di kepala atau buang begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Tarik picu, ledakkan semua dan mati untuk bangkit semula. Ataupun aku boleh buang pistol tersebut, kekalkan diri dalam keadaan semasa dan hadam segala yang datang tanpa mengubah apa-apa disebabkan aku selesa untuk biarkan diri tenggelam dalam sebuah seksaan yang nyata, aku nampak dan aku rasa - dan ajaibnya, aku selesa dan redha.

 "Sebab aku kenal kau macam mana. Aku kenal kau masa kau positif, semangat kau. Aku pernah tengok mata kau masa kau betul-betul semangat untuk buat satu benda. Tapi kau jangan lupa, masa kita lepak sama-sama, aku tengok mata kau lain. Mulut kau positif, tapi dalaman kau? Aku tak tahu macam mana nak cakap, tapi kalau kau betul-betul bersemangat, aku boleh rasakan semangat kau"

Mungkin sahaja aku gila.
Kita lihat sahaja.

Zara : Awak bunuh saya lagi. Kali ini dengan kadar yang sangat perlahan sehingga menarik nafas pun saya perlu gunakan seluruh kekuatan. (Shafaza Zara, 22 April 2012)

7 comments:

The PinPin said...

Saya belum terlalu lama follow blog ini. Setiap kali ada entry baru saya cuma buka tanpa membaca. Kononnya nak buat marathon baca semua entry yang ada. Ya, saya dah lakukannya. Hampir semua entry dari 2010,2011 dan 2012. Saya suka tulisan cikgu. (Y)


*seperti gaya seorang stalker ke? maafkan saya! :)

Shazwan Azizan - wanblur said...

kadang kala
perhatian kawan mengerti
dan airmata
dapat menganti saat sedih

be strong sis

Lola said...

saya juga dah tonton 9ends 2out ni. cite ni sangat best dan sangat bermakna bagi seorang wanita especially dalam mencari erti sebenar kehidupan mereka. kadang2 kita tidak sedar, orang yang dekat dengan kita itu sebenarnya jodoh yang sudah ditakdirkan.

~suka baca blog cikgu zara ^^

Hidayah Humairah said...

salam zara.
i read ur blog, under suggestion of a frend. sebenarnya ada 2-3 org pernah suruh baca, sbb dia kata ada kaitan dgn kisah aku. at first aku terlalu bz nak baca blog. but recently, aku free2 kan diri. dan hasilnya :aku mcm baca diari aku yang orang lain tolong tuliskan. ='( i wonder who u are? that facing so perfectly the same condition as i am? i know how exactly it feels. but keep ur head high zara. i know we will get through this. insyallah.

Outbound Training di Malang said...

selamat siang sahabat,
sedikit berbagi inspirasi siang ya..

"ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai sore. Hiduplah dalam batasan hari ini.
kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi yang lebih baik dari hari kemarin.
dan Don't forget sobat! bahwa esok belum pasti memnghampiri kita"

Salam semangat ..^^

ditunggu kunjungannya ya di http://www.nolimitadventure.com/

eqa sulaika said...

sye suka penulisan akak yg kretif
sngt bercorak dan lain dari lain

wany kelip-kelip said...

oh.saya org baru
kmu untung.da sahabat yang setia
yng tahu menilai kamu dan tahu siapa kamu :)

awk kna bunuh dy balik ;) spy dy tahu hati itu bukan bahan mainan