Wednesday, April 11, 2012

Abang.


Satusembilansembilankosong.
Dari bertiga jadi berempat.
Ruang empat persegi bertambah ahli.
Lahir satu putera peneman kepada si puteri.

Satusembilansembilankosong.
Lahirnya kata di dalam sarung.
Harus dikoyakkan lapisan lutsinar bagi udara masuk kerongkong.
Satu-satunya yang lahir di rumah lama paling hujung.

Sejak dari itu, hidup jadi lain dari biasa.
Ada teman jadi kawan main permainan awal usia.
Ada teman buat kawan bergaduh macam gila.
Anak-anak yang membesar bawah pengawasan ibu bapa.

Usia bertambah.
Bilangan yang bersusun dibawah bercambah.
Dari kawan permainan, gaduh, sepak terajang sudah kebah.
Anak itu membesar disertai sedikit lelah.
Tapi menganjak usia, lelah tiada, Puan Mulia hilang resah.

Dari anak kecil hingga menginjak dewasa.
Sebenarnya boleh dikatakan dia adalah kawan pertama.
Main kuda usai pulang bersama.
Entah banyak benda yang dilalui dalam usia muda.
Kenangan itu banyak tersisip dalam album gambar lama.
Bukankah gambar itu kenangan beku masa?

https://lh3.googleusercontent.com/-ktuSfFSCzxI/S_jZca6pDWI/AAAAAAAADpo/NLRbNiHYltU/s720/kidsmemory%2520%25284%2529.JPG
Entah pada usia berapa agaknya.
https://lh5.googleusercontent.com/-6qFrRoW8Yds/TEaRDkjIv2I/AAAAAAAADxI/EP3R3OLRD0w/s512/Dunia_Sebelhelah_Zara_sekolah_Tadika_Baju.JPG
Aku rasa aku umur 5 tahun, abang masa ini umur 2 tahun. Kami beza 3 tahun.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/282423_151715148239769_100002038537930_281617_3111492_n.jpg
Curi dari Mukabuku Abang. Anugerah Pengakap Diraja yang dia terima.

Dua-puluh-dua-tahun.
Selamat ulang tahun Abang.
Walau apa juga yang ditempuhi, jadi manusia yang membanggakan.
Sebab Abang ada sesuatu yang orang lain mungkin tiada dalam genggaman.

Zara : Gegaran di Sumatera dan juga beberapa kawasan di Malaysia, termasuk di rumah tadi. Moga semuanya selamat. Moga semuanya di bawah lindungan rahmat.

2 comments:

MK Kimi said...

adik kau rupanya..ingat abang mana tadi ;p

takky said...

saya pun lahir 1990...
soge pnjg umo n murah rezki pada adik kak z...

kak z pun sama...
smoge pnjg umo n murah rezki dan kuat selalu....
^O^