Monday, April 16, 2012

Hutang.


Terpanggil untuk menulis sesuatu dibawah pengaruh kopi serta ubat yang diambil bagi mengurangkan kesakitan. Sabtu lepas, pulang daripada majlis perkahwinan, aku duduk minum dengan dua rakan Twitter - isu yang muncul di susur masa menangkap perhatian tapi aku biarkan hingga pulang ke rumah. Buka laman sosial Mukabuku, aku tengok ramai yang berkongsi tentang gambar-gambar perarakan agenda memansuhkan PTPTN. Bagi yang membaca tulisan tentang perkara tersebut yang sepertinya tidak diberikan liputan oleh media perdana (ataupun aku yang terlepas tonton?) - aku pasti ada pelbagai reaksi tersendiri. Jadi, aku mahu menulis tentang apa yang aku rasa tentang hal itu (serta perkara yang mempunyai kaitan - mengikut pandangan aku sendiri).

[01] Memansuhkan PTPTN - memansuhkan pinjaman sedia ada yakni bebanan hutang peminjam. Ini menarik sebenarnya. Menarik dalam erti kata, bagaimana perasaan orang seperti aku yang meminjam tetapi sudah memulakan pembayaran sejak mula bekerja tiga tahun lepas. Bagusnya kalau pinjaman itu secara tiba-tiba mansuh, tetapi aku ada soalan yang bermain di minda - apakah adil bagi manusia yang tegar membayar setiap bulan berbanding dengan orang yang langsung tidak pernah bayar? 

Aku boleh dapat duit aku balik ke? Orang lain boleh dapat duit mereka balik ke?
Heh!

[02] Pendidikan percuma untuk semua. Secara jujurnya, aku tidak rasa ini perlu kecuali atas sebab musabab seperti keadaan ekonomi seseorang yang tidak memampukan mereka untuk melanjutkan pelajaran (dan ini antara sebab kenapa tidak perlu mansuhkan PTPTN). Kenapa aku kata pendidikan percuma itu tidak berapa perlu? 

  • Pendidikan berbayar pun ramai budak yang tidak mahu belajar - malas dan pelbagai isu lagi dari peringkat sekolah hinggalah ke universiti. Sedangkan wang yang mereka perlu leburkan begitu banyak untuk mencapai kejayaan, mereka tiada kesedaran untuk belajar, apatah lagi jika segalanya disediakan percuma. Agak-agaknya apakah mereka (kebanyakan dari mereka) akan belajar bersungguh-sungguh? - Contoh pendidikan percuma : ceramah agama di masjid ataupun program anjuran kolej universiti. Berapa orang yang datang dengan rela hati? 
  • Kalau nak pendidikan percuma (dengan erti kata lain, tak nak guna duit sendiri barangkali) - kenapa tidak berusaha untuk mendapatkan biasiswa dengan belajar bersungguh-sungguh? Setahu aku (maafkan jika sudah berubah) - jika mendapat ijazah kelas pertama, pinjaman akan berubah menjadi biasiswa - senang kata, tidak perlu bayar. Ataupun, dapatkan sahaja biasiswa dengan mempamerkan keputusan cemerlang dalam SPM, STPM ataupun matrikulasi. Siapa yang tak nak taja orang bijak?
[03] Sebenarnya pinjaman PTPTN itu bukanlah wajib. Itu satu pilihan yang kau boleh sendiri tentukan mahu ataupun tidak. Jadi, bila kau dah pilih, dah guna duit itu selama mana kau belajar - tidak perlulah kau nak menuntut tidak mahu bayar kembali. Banyak cantik muka, orang dah bagi pinjaman, kau boleh pula buat bantahan beramai-ramai nak suruh hapuskan hutang tersebut - dengan menyatakan ada riba, bunga dan sebagainya. Ehem, kenapa tak buat sahaja bantahan depan bank ataupun mana-mana peminjam wang lain sebab kau tak mahu bayar?

Serupa dengan peminjam hutang lintah darat - tak nak bayar dan takut kena hentam, kena simbah cat merah, kau pergi laporkan kegiatan mereka pada pihak polis. Macam begitu ya? Eh, orang begini tak boleh pinjam apa-apa aku rasa, dan tolong jangan bagi pinjam hatta ruang tempat letak kereta. Nanti dia buat bantahan dan nak ambil ruang letak kereta secara mutlak. Jangan bagi pinjam beras, nanti dia kata beras dah jadi tahi. Heh!

[04] Tulisan aku adalah pendapat peribadi aku sebagai peminjam PTPTN. Tidak bermakna aku penyokong kerajaan ataupun pembangkang - aku menulis sebab aku seorang peminjam dan aku berterima kasih atas pinjaman itu walaupun yuran aku pun tidak mampu dibayar guna duit pinjaman itu. Aku pinjam sebanyak RM 8400 untuk 8 semester - secara purata, aku dapat RM 1050 setiap semester dan yuran aku adalah lebih kurang RM 1500 (termasuk sekali asrama).

Jadi, duit PTPTN yang aku dapat adalah membantu meringankan tanggungan keluarga, sekurang-kurangnya yuran pengajian aku hanya perlu ditambah sedikit sahaja. Hidup dengan duit yang keluarga bagi - buatkan aku tahu betapa berharganya nilai duit. Alhamdulillah, duit PTPTN aku tidak pernah dapat dibazirkan tidak tentu hala. Nak bayar yuran pun tak lepas, celah mana nak bermewah? Nak cari duit beli secawan kopi pun susah. Beli Nescafe satu beg besar dan minum berbuih seorang diri dengan berjimat adalah. Ha ha ha.

http://farm4.staticflickr.com/3203/2895214903_f6a243b98a.jpg
[Sumber gambar]

Soalan (keji) kepada adik-adik yang sedang mengikuti pengajian dan mendapat pinjaman - kalau pinjaman pada masa hadapan dihapuskan, mana awak nak dapat duit untuk pengajian? Minta pada ibu bapa? Buat pinjaman peribadi di bank? Apa yang awak mahu cagarkan? Diri sendiri?

Dan katakanlah pinjaman dihapuskan - tetapi yuran pengajian tetap ada, apa akan jadi? 

[05] Melihat kepada gerombolan yang mengikuti bantahan seperti dalam gambar yang disebarkan di Mukabuku, aku cuma berdoa dalam diam agar adik-adik itu tidak ditangkap dan dibuang universiti - digantung pengajian dan sebagainya (jika mereka masih dalam pengajian). Selain daripada muka yang tidak bertutup (sekurang-kurangnya kalau nak buat benda begini, tutuplah muka kan?) - gambar yang tersebar di sana sini, pasti ada muka-muka yang kenal anda. Jadi, banyakkan berdoa agar tiada tindakan diambil pada kalian semua.

Bukan apa adik-adik, kalau digantung pengajian, ataupun dibuang universiti - dan adik-adik pula adalah peminjam PTPTN, siapa yang rugi? Pengajian entah ke mana, hutang itu masih perlu dibayar pastinya. Dan yang aku sendiri gagal mencerna, budak-budak yang berhimpun begini - mereka tidak ingat ibu bapa yang berusaha keras memberikan pendidikan kepada mereka kah? Apa perasaan ibu bapa kalau anak mereka tiba-tiba digantung pengajian atas sebab membuat bantahan jalanan begini? 

Entahlah. Aku dulu belajar sebab nak bahagiakan Puan Mulia dan Ketua Keluarga - nak tamat belajar dengan menjadikan mereka bangga dan Alhamdulillah, aku menamatkan pengajian dalam tempoh waktu yang ditetapkan, genap 8 semester. Sekurang-kurangnya walaupun aku tidak sepandai anak orang lain, aku masih lagi jadi apa yang mereka mahukan.

[06] Betul. Semua orang suka benda percuma. Tetapi, membayar untuk pendidikan, apa salahnya? Membayar untuk sesuatu yang kita mahukan demi masa hadapan - laburkan sedikit wang untuk laluan mencapai kejayaan - mengejar impian, apa salahnya? Bukankah hasil yang dituai nanti adalah untuk kebaikan sendiri? Kita perlu terima hakikat yang pendidikan sudah jadi satu bentuk perniagaan - dan kita sebagai pengguna, kalau mahukan sesuatu, kita kena bayar. Kalau tiada duit sendiri, kita dapatkan pinjaman dan sebagainya. Sama macam kita mahukan kereta, rumah - kita mahu, dan kita berusaha untuk dapatkannya. Sama konsep?

Dan pada aku, bila kita bayar untuk pendidikan - maksudnya kita hargai nilai pendidikan - nilai ilmu dan pelajaran (serta pengalaman) yang kita bayar untuk dapatkannya. Bukankah manusia biasanya sangat menghagai sesuatu bila mereka terpaksa keluarkan belanja. Sama macam adik-adik gunakan duit pinjaman untuk beli telefon pintar pelbagai jenama yang diusung ke sana ke mari itu, mesti hargai kan telefon mahal itu kan? Heh!

[07] Sebelum aku berundur, aku cuma harap yang buat bantahan jalanan hari itu adalah peminjam PTPTN. Kalau muka tajaan ibu bapa sendiri ataupun biasiwa, adalah lebih baik duduk sahaja di bilik dan meneruskan tugasan yang pensyarah berikan. Itu lebih baik daripada apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Kalau anda peminjam PTPTN sekali pun, lebih baik tumpukan daya usaha untuk belajar bersungguh-sungguh, jadi pemegang ijazah yang berdaya saing di pasaran pekerjaan - dapatkan pekerjaan yang bagus dan mulakan pembayaran semula PTPTN secepat mungkin. Sebab dengan pembayaran pinjaman anda itulah, generasi yang baru dapat guna duit itu juga untuk membiayai pengajian mereka.

Nota Kaki :
Aku akan sokong kalau mereka nak mansuhkan bunga pinjaman itu - sebab aku tak dapat pengecualian sistem Ujrah. Yang penting, kau pinjam, kau bayar. Kalau tak, menjawab di akhirat nanti ya adik-adik sekalian?

Zara : Tiada yang betul melainkan kebetulan bak kata Ridhwan Saidi dalam Mautopia. 

6 comments:

Ami Manaf said...

kalau mansuhkan bunga tiap2 bulan tu, aku setuju. sebabnya sangat susah org yg bergaji kecil macam aku dan hanya mampu membayar PTPTN hanya sebanyak RM50 sebulan sedangkan bunga sebulan sahaja sudah RM38++.. bayangkan berapa RM sahaja bayaran hutang PTPTN aku sebulan...

SyAmSuL AnUaR said...

Ku sokong entri ko dan cik ami manaf..

DuniakuAbstrak said...

Nak hapus secara total tu tidak mustahil tapi perbelanjaannya sangat besar dan perlukan perancangan dan pengurusan yang sangat-sangat telus dan cekap...

cadangan aku

1. Kurangkan kadar faedah pinjaman - kadar faedah tu perlu sebab nak tampung kos operasi, kecuali kalau kerajaan ada subsidi utnuk tampung kos operasi so bolehlah kadar faedah dihapuskan. Tapi kalau kadar faedah tinggi melampau tu ada benda tak kena lah tu.

2. Pengurangan kadar pinjaman berdasarkan pointer- Sistem ini MARA dah aplikasikan dari dulu hingga sekarang. Pihak pengurusan PTPTN boleh lah belajar dari Pengurusan MARA. Still kerajaan kena subsidi untuk laksanakan sistem ini

Secara ringkasnya, Hutang tetap hutang dan perlu dibayar, cuma pengurangan pinjaman itu bagi aku PATUT diwujudkan. Siapa yang rajin dia berhak dapat pengurangan pinjaman. Dan siapa yang malas dia kenalah bayar full loan DENGAN KADAR BUNGA YANG REASONABLE.

Cik Norfa said...

saya setuju zara.
entah kenapa, kalau dah namanya pinjaman, kena pula dihapuskan serta merta. Tak paham konsep pinjam ke apa?

pinjam harus dipulangkan. dah lah belum tentu pinjaman tersebut digunakan untuk pengajian semata-mata. Pasti ada yang melabur ke tempat yang tak sepatutnya.

Kalau betul pun nak berdemo, minta hapuskan aje la kadar caj lebihan yang dikenakan tu. nak suruh hapus terus dan beri pendidikan percuma, memang naik lemak lah. saya setuju sgt kalau kata, yg berbayar pun orang sia-siakan peluang itu, ini kan percuma! hurm..ke laut la nanti..yg banyaknya, bangsa Melayu kita la nanti tu.

me : seorang peminjam PTPTN, masih belum membuat pembayaran, tapi tetap rasa tidak tenang selagi tidak selesaikan hutang!

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

tikahmodjaika said...

setuju..makin banyak diberi percuma, makin bersenang lenang goyang kakilah so makin malas,belajar pun ke laut