Tuesday, April 10, 2012

Jodoh #02.


Kau sering bicara tentang cinta.
Tentang jodoh manusia.

Kadangkala kau ketawa bila orang persoalkan.
Dengan orang yang mereka cinta, mereka mahu kebahagiaan.
Kan itu yang semua manusia dambakan?

Kadangkala kau menunggu seseorang begitu lama.
Kau abaikan kesihatan kau demi dia.
Kau telan segala tohmahan demi cinta.
Kau terima segalanya  hanya kerana kau percaya.
Yang dia adalah segalanya.
Tetapi, mungkin bukan dia jodoh yang tertulis di atas sana.

Kita pernah setuju sebelum ini yang jodoh itu rahsia.
Rahsia Yang Maha Berkuasa.
Sejauh mana kita berusaha, kalau tiada rezeki, tiada.
Sekuat mana kita pertahankan, akan terlerai juga.
Tanpa takdirnya.


http://farm4.staticflickr.com/3441/3953280301_a45e2f3636.jpg
[Sumber gambar]

Kau duduk minum secangkir kopi tatkala hujan.
Menikmati kemanisan aroma bersulam kegembiraan.
Tetapi ada seseorang yang menarik perhatian.
Manusia yang duduk keseorangan.
Dia nampaknya tenggelam dalam khayalan.
Beberapa cawan kopi bersusun, berceratuk di hadapan.
Seperti dia duduk minum berkumpulan.
Walaupun hakikatnya, dia hanya di meja kecil yang mampu mengisi satu lagi teman.

Satu demi satu cawan.
Satu demi satu dia rengguk seperti kehausan.
Dari menikmati kopi, kau perhatikan kelakuan.
Manusia aneh yang minum kopi tanpa secarit perasaan.
Bila cawan kosong, dia angkat tangan menggamit pelayan.
Pelayan mahu mengangkat cangkir kosong, dia menahan.
Dia kata, biarkan, biarkan.

Dia masih lagi dalam perhatian.
Secangkir kopi tiba lagi di meja bertentangan.
Dari jauh kau kira sudah sembilan.
Hati kau tidak senang lantas kau hampiri dia, tanpa segan.
Dia panggung kepala dan ukir senyuman.
Kau tarik kerusi dan duduk berhadapan.

"Aku rasa kau perlukan teman"

Siapa tahu itu mungkin bukan suatu kebetulan?
Siapa tahu itu mungkin bakal membawa kepada perhubungan?
Bukan kita yang menulis jodoh, tetapi Tuhan.

Zara : Tiada siapa pernah penat untuk mencintai dan dicintai, tetapi ada sesetengah manusia, kebanyakan dari kita yang penat untuk terus menunggu dengan mendengarkan penipuan, kata minta maaf yang berpanjangan dan terus dikhianati. (Shafaza Zara, 10 April 2012)

6 comments:

faiz said...

Ye jodoh mmg satu yg kita xtau tp tuhan itu pasti berkati usaha kite kalo niat kita baik demi dia...

mas saari said...

andai itu memang jodoh kita, maka percayalah! terimalah dengan hati yang terbuka dan peliharalah jodoh itu agar ia berkekalan hingga ke hujung nyawa..

♥nurul♥ said...

nice:DD

btw,jom join ni:D

http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2012/04/segmen-by-pikaeugene-rm50-for-lucky.html

zaty luvlianncezzz said...

betul. sekuat mana kita berusaha tetapi kalau takda jodoh. apakan daya :')

n!cK said...

rase nk menangis bace...hurmm...:(

ima said...

errkkk. terkelu. tp the best ending. jodoh itu kita tak pernah tau. ;)