Sunday, April 08, 2012

Pintu #01


Ada satu pintu.
Pintu yang awak telah pilih.
Pintu yang awak mahu masuki.
Walaupun awak tidak mengerti.
Tapi awak mahu mencuba buat pertama kali.

Ada satu pintu.
Yang awak datang ketuk.
Si penghuni buka dan berikan awak masuk.
Tanpa perlu awak susah hati dan menjeruk.
Bahkan dia tidak benarkan awak terpuruk.
Atau awak diam terperuk.
Awak dipersilakan masuk.

Ada satu pintu.
Pintu yang awak bebas keluar masuk.
Awak boleh datang dan pergi.
Si penghuni berikan awak kebebasan.
Kebebasan yang bertunjangkan kepercayaan.
Kerana si penghuni tahu, sejauh mana awak pergi, awak akan kembali.
Sepayah mana hidup awak, awak akan kembali ke sisi.
Dan si penghuni tabahkan hati.


http://farm2.staticflickr.com/1196/951937131_e9ca794523.jpg
[Sumber gambar]

Ada satu pintu.
Pintu yang awak bebas datang dan pergi.
Kebebasan itu menyenangkan hati.
Tiada kongkongan dan awak bebas dalam tentukan kehidupan.
Tapi awak lupa yang segalanya ada batasan.

Ada satu pintu.
Tidak selamanya pintu itu boleh dibuka dan ditutup.
Sesuka hati.
Ada masanya ia akan tertutup sendiri.
Sebagaimana ia pernah dibuka oleh si penghuni.
Awak lupa hakikat itu bila awak mabuk dengan duniawi.

Ada satu pintu.
Si kain ketat, singkat sudah jadi bahan debat.
Si hingusan dada rata sudah menanahkan jiwa meluat.
Si jalang yang perangainya celaka dan tindakannya liat.
Si tidak matang menyebarkan fitnah yang membolehkan disebat.
Semuanya menghiasi belakang pintu berkilat.

Ada satu pintu.
Pintu yang awak datang mahu kembali.
Tapi malangnya pintunya sudah tidak terbuka lagi.
Walaupun betapa kuat awak mencuba, masih tiada reaksi.
Betapa kuat awak menolak, ia langsung tidak mahu ke tepi.
Awak mula risau dan berpeluh di dahi.
Apakah yang terjadi?

Ada satu pintu.
Yang awak pernah buka.
Dan awak telah tutup tanpa awak sangka.
Malangnya bila ia tertutup, awak tidak tahu bila.
Segala perbuatan lampau bermain di mata.
Adakah sekarang awak tahu kenapa ia tidak lagi terbuka?

Zara : Sesetengah orang datang dalam hidup kita, dan walaupun mereka telah berlalu pergi meninggalkan kita, kita masih mengingati mereka disebabkan kesan yang mereka tinggalkan dalam hidup kita. Kadangkala, mereka yang kita tidak pernah jangka. (Shafaza Zara, 8 April 2012)

15 comments:

tamsilankendiri said...

cikgu zara,puisi ni best..sy sangat suka..tapi syg xboleh nak copy..hehe

kEy said...

ada satu pintu.
tiada dua pintu.
pintu terbuka tertutup tiada tentu.
berat badan ditampung tiada mampu.
Bila tersekat nanges sorang tidak berlagu.
inilah nasib aku yang tersekat didalam pintu itu. ;'(

reenapple said...

Oh... ada maksud tersirat di situ.. hehehe. Aku faham..

*best

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@tamsilankendiri:

Boleh sahaja di SHARE :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@kEy :

sayang, moga akan terbuka pintu kebaikan buat kamu :')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@reenapple:

Terima kasih sayang :)

kEy said...

Thanks zara syg~
p/s: itu pintu lif yg key maksudkan hehe~

ima said...

saya suka puisi pintu ini. ;)
tq kak zara.

cik fatea said...

deep means..=)

kueh bakar said...

kita suka untuk stick pada kenangan sebab ia suatu yang TAK BERUBAH sekalipun orang-orang dalam kenangan itu telah BERUBAH

mas saari said...

pilihlah pintu yang kita boleh kembali ke pangkal jalan jika tiba2 kita sesat..

adam narzuan said...

maksud yang cukup mendalam... i like it

Cik Tia said...

kalau pun pintu dapat dibuka , maaf penghuninya tiada. pintu bahagia sudah mengundangnya. janganlah diganggu dia. biarkan dia hidup setelah lama kau menyeksa ^^

kyo_9 said...

ini ada bakat masuk Raja Lawak nih..

Lia Irdelia said...

hebat!.. :)