Tuesday, April 17, 2012

Setia 2.3



Satu purnama.
Dua purnama.
Tiga purnama.

Si gadis dan si jejaka sudah tiada cerita. Hidup sahaja mereka dalam dunia masing-masing. Si gadis enggan mahu menoleh ke belakang walaupun si jejaka masih tegar mencari. Pada dia, si gadis adalah perempuan yang dia suka, perempuan yang kekal menunggu walaupun segala benda buruk melanda. Mungkin dia kesal dengan sikap buruknya, maka dia enggan pergi dari hidup gadis. Dia mahukan seseorang yang buat dia lupakan segala benda dan hanya menyayangi dia, tapi malangnya, gadis sudah kabur dari pandangan mata. Kasih sayang si jejaka, dia tahu hanya sementara cuma.

Si jejaka masih pegang pada janji. Janji yang dia buat pada si gadis. Kalau dia tidak dapat memiliki, tiada yang lain dapat memiliki si gadis. Mana mungkin dia serahkan manusia yang setia sedemikian rupa pada lelaki lain yang dia sendiri tidak kenal asal usulnya? Si gadis itu dia yang punya dan perkhabaran yang sampai ke telinga buatkan nafsu amarah memenuhi minda.

"Awak dah ada lelaki lain?"

"Seperti awak yang sudah ada perempuan lain"

"Saya dah tinggalkan semua perempuan yang saya ada sebelum ini"

"Termasuk saya sekali"

"Tidak. Saya cuma pergi supaya awak akan rindukan saya"

"Masa untuk saya rindukan awak sudah berlalu"

"Apa maksud awak?"

"Saya sudah melalui zaman tidak tidur malam, menangis sendirian demi awak"

"Saya sudah berjanji untuk berubah"

"Awak sudah terlambat"

"Awak, kenapa?"

"Terima kasih awak"

Klik!

[Sumber gambar]

Si gadis putuskan talian.
Si gadis enggan mahu teruskan.
Si gadis menanggung kesakitan.
Yang sudah sekian lama dia diamkan.

Si jejaka memandang sepi telefon di sisi.
Mengapa si gadis sudah berubah hati?
Apakah terlampau banyak dosa yang tidak dia ketahui?
Ataupun si gadis sudah punya pengganti?

Satu minggu.
Dua minggu.
Tiga minggu.

Sepanjang si jejaka mencari, si gadis hanya mendiamkan diri. Bagaikan si gadis sudah ditelan bumi dari menjawab panggilan dan membalas pesanan yang dihantar. Tetapi si jejaka masih nampak si gadis berada di atas talian. Ditegur masih tiada balasan. Si jejaka terfikir, apakah ini cara si gadis cuba tunjuk kemarahan, tunjuk perasaan tidak puas hati akan layanan yang diterima selama ini. Si jejaka tersenyum dalam diam dan mengakui, betapa dia masih sayang gadis yang sudah berpacaran sekian lama dan pastinya si gadis tidak akan melepaskan dia. Bukan sekali dua mereka berantakan, tetapi si gadis tetap menerimanya dengan tangan terbuka. Pastinya kali ini si gadis yang mahu merajuk dan biarkan si jejaka merinduinya. 

Satu hari.
Satu minggu.
Satu purnama.

Si jejaka sudah mulai putus asa. Mana si gadis yang setia? Mana si gadis yang langsung tidak pernah gagal mencari dia - hatta si gadis tahu dia sedang curang di belakang ataupun di hadapan mata? Mana si gadis yang sanggup pekakkan telinga dan bisukan mulut dari bicara setiap kali dia bikin onar dan si gadis menahan air mata? Sudah ke manakah dia menghilangkan diri? Kenapa dia hidup sunyi sepi?

"Awak"

"Ya, saya"

"Awak mana?"

"Saya ada, tidak ke mana"

"Oh, tapi saya cari awak, dan awak tiada"

"Saya perlukan masa untuk diri saya"

"Kita masih bersama kan?"

"Kita hanya kawan kini"

"Kawan?"

"Maaf, saya pilih untuk setia pada orang yang tidak mengecewakan saya"

"Awak sudah ada yang lain?"

"Saya memilih untuk dengar pilihan keluarga"

"Dan awak tinggalkan saya?"

"Biarlah kali ini saya yang berlalu pergi"


Si gadis enggan sambung bicara.
Dia tahan air mata.
Dia enggan ukir wajah duka.
Biarlah wajah dihiasi senyuman bahagia.

Si jejaka terdiam seribu bahasa.
Mana si gadis yang setia?
Mana si gadis yang tidak banyak bicara?
Mana gadis yang tahan terluka?

Si gadis mahu hidup baru.
Supaya dia tidak lagi luka ditusuk sembilu.

Si jejaka masih enggan percaya.
Dia kehilangan manusia yang paling setia.

Zara : Manusia boleh fikirkan apa sahaja tentang kita dan kita (malangnya) tidak mampu mengawal itu semua. Kita tidak perlu runsing sebenarnya disebabkan di saat mereka memandang rendah kepada kita, kita sudah menang tanpa mereka sedari hakikatnya. (Shafaza Zara, 17 April 2012)

8 comments:

Anonymous said...

Tolonglah,jika mahu jadi wanita..jgn terlalu lemah dan dungu pada cinta..tahniah gadis..kerana kamu wanita tegar seperti aku..

Haura Malina said...

Si gadis mahu hidup baru,
SUpaya dia tidak lagi luka ditusuk sembilu.

Anonymous said...

dan gadis itu perlu berdiri tegar setia untuk imam yang halal baginya. :)

-SUPERGIRL- said...

pandai berkarya . teruskan :)

takky said...

congratz gadis coz u become a strong girl....
^O^

Edura Hanum said...

mungkin pada fikiran si gadis jika diteruskan hidup dengan si jejaka pasti dia akan mengalami 'kesakitan' lagi.jadinya lebih baik dia menurut kata ibu bapa yang menjaga dan mendidiknya sejak kecil

Nur Autumn 감미로운 said...

nak setia 2.4 and seterusnya. sebap kene batang idung sdri :'(

Anonymous said...

Ya..kisah ini sejibik dgn kisah hidup saya.xde yg berbeza semua sama.kisah keluarga juga sama.ah..teruskan hidup mcm biasa-biasa saja.