Saturday, May 12, 2012

Nakama.

Jelingan gadis genit itu tatkala telefon berdering membuatkan dia melarikan diri dari kamar putih tersebut. Bunyi bising dendangan One Republic itu pastinya membuatkan mereka yang berehat akan terganggu.

Suara nakama di hujung talian membawa separuh kesakitan pergi. Soalan seterusnya merupakan perangkap tapi dia tidak mahu anak baik itu bimbang dengan keadaan diri yang sedang dialami. Jarum di hujung dibetulkan - mulut masih menjawab panggilan sambil ketawa riang. Nakama bertanya mengapa dia ketawa sedangkan dia sendiri tidak begitu sihat. Entahlah, tapi dengan ketawa sahaja sebenarnya dia sembunyikan kesakitan yang dialami.

Petang tadi di hujung bangku taman dikelilingi dengan manusia lain yang punya pelawat - dia termenung mengenangkan apa yang dia sedang hadap kini. Mati akal barangkali.

Nakama semalam buatkan dia tidur dalam keadaan yang cukup terharu sebenarnya. Tidak dipedulikan lagi tusukan ubat, jelingan genit yang meluat ataupun lelaki gemulai yang berkot putih. Mereka tidak kenal dia seperti nakama kenal dia. Bukan sekejap perkenalan mereka - nakama sahabat yang dia tidak mahu hilang selamanya.

Dekat jarak dia dan nakama. Tapi dia tidak akan mengizinkan nakama lihat dia dalam keadaan yang kurang upaya.

1 comment:

Ms J said...

GeT well soon.