Sunday, May 13, 2012

Penipu.

Bajingan.
Sumpahan apa yang kau mahu dia hamburkan? Celaka betul badan dia lihat kau masih asyik berliburan dan tidak ambil endah dia disorong masuk ke dewan pembedahan.

Sialan.
Apa yang kau mahukan lagi? Sudah tidak cukup air mata yang mengalir di pipi dia? Belum cukup lagi kesakitan yang kau biarkan dia tanggung selama ini? Apa yang kau mahu buktikan pada dia kini?

Pengkhianat.
Adakah sudah puas jalang itu kau uliti hingga perlu dia di sisi kembali? Kau sangka dia bodoh dan setia menunggu kau hanya kerana dia sepi? Dia bahkan sudah hampir mati dalam sunyi tapi dia berjaya harungi. Kematian jiwa dia selama ini tiada siapa yang peduli. Jadi buat apa kau hadir di sisi? Mahu kembali pecahkan jiwa yang susah payah dia cantumkan separuh mati? Jahanam, kau tidak akan mengerti.

Celaka.
Sudahlah. Teruskan drama kau berselingkuh dengan jalang yang terus berpura bagaikan dia baru melompat keluar dari syurga dunia. Bukan sekali dia mampu tipu dunia - masih ramai lagi dayang serta gundik dia yang jaja cerita. Kembali pada si jalang itu wahai manusia. Dia yang puas menunggu sudah tiada.

Kau tanya mana dia?
Lawak apa ini puaka?
Bukankah kau sudah bunuh dia?

1 comment:

Ryu on ahsfantasy24.com said...

sakit bila mencintai orang
yang tidak tahu menghargai..