Thursday, May 10, 2012

Senyap.

Dalam senyap dia tahan kantuk dan sepi. Tangisan sudah lama dia lupakan apabila hanya kesakitan yang mampu dirasai. Bukan dia lagi yang pertama. Bukan lagi dia yang diperlukan di sisi.

Janggal lihat anak itu tekun dan langsung tekad sahaja dalam buat keputusan. Sebelumnya, selepas keluarga, ada sahaja pendapat yang mahu dia tanya, ada pandangan yang dia mahu ketahui.

Kini segalanya hilang. Dia biarkan aspal-aspal aneh hinggap mengalir sepi. Puing-puing yang dia cintai dia biarkan berguguran sepi.

Dia mati. Mati dalam seksaan manusia yang kerap mengkhianato. Jiwa dia mati akibat sepi. Ternyata dia enggan kalah dalam sengsara hidup. Dia biarkan aksara laju berlari - supaya kematian dia akan ada yang berhenti.

Jejak dia sendiri barangkali.
Saat dia hembuskan nyawa sendiri.
Biarlah dia pergi.

Mati itu hakiki.
Kesenyapan dia tiada yang peduli.
Kehilangan dia tidak diratapi.
Pengorbanan dia hanya dipandang sepi.

Anak itu ada jalan sendiri.
Dia sedar diri.

Untuk duduk sama rendah dan diri sama tinggi - malangnya dia tidak mampu buka mata hati lagi.

3 comments:

Angah said...

mati itu pasti
tapi janganlah mati sebelum mati

JImmy said...

Senyap itu sendiri umpama mati,
Seperti manusia tanpa hati,
Jasad kosong tanpa jiwa diisi.
Kalah.

p/s: Mana awak Zara. sukar mahu tampak di garisan masa saya. Jangan SENYAP ya? =)

philo sophia said...

nice ur blog!!