Monday, June 18, 2012

30 Perkara Wanita Perlu Ada Dan Tahu Menjelang Usia 30.


Aku tak sangka pula status yang aku letakkan di Mukabuku awal pagi Isnin (18 Jun 2012) menarik perhatian ramai kawan-kawan dan pembaca. Mungkin disebabkan aku agak sibuk dan bahan bacaan aku terhad bulan ini (salahkan kewangan meruncing dan juga masa aku) - aku hanya baca semua benda yang aku simpan dan tanda sejak sebulan lepas. Mungkin ada yang boleh dikira lama, tapi bagi aku yang suka membaca - mengulangi pembacaan bukanlah sesuatu yang sukar. Bahkan aku suka.

Jadi, seseorang ada berkongsi dengan aku artikel tentang "Turning 30: 30 Things Every Woman Should Have And Should Know" pada aku. Artikel itu boleh dikatakan agak terkenal buat beberapa lama dan telah dikongsikan oleh ramai orang. Jadi, aku mencari artikel asal (lebih kurang tahun 2007) dan aku jumpa ini (baca)

Oh anda boleh baca apa yang aku pautkan itu pastinya boleh dijadikan panduan (sekurang-kurangnya bahan bacaan santai untuk mereka-mereka yang macam aku : sudah hampir dengan usia 30 walaupun ya, aku 25 pun belum). Heh! Persediaan itu penting ya para pembaca sekalian? (tepukan gemuruh)

[Sumber gambar]

Jadi, selepas apa yang aku baca dalam artikel berkenaan termasuk beberapa bahan berkaitan serta duduk termenung berfikir sekejap, menyorot kembali apa yang aku lakukan dalam hidup hampir 25 tahun ini, aku buat sendiri senarai yang lebih kurang sama dengan apa yang aku mahukan dalam hidup aku sebelum berusia 30 tahun.

01 - Bila dalam artikel itu menyatakan yang aku patut ada seorang teman lelaki lama yang mampu mengingatkan aku apa yang aku lalui dan sejauh mana aku telah pergi, aku hanya boleh ketawa dan tersenyum sendiri. Ya, ada wujud manusia begini dalam hidup aku - sebagai penanda aras tahap kematangan aku (mungkin) dengan melihatkan masa silam dan masa kini aku.

02 - Pengetahuan tentang kenderaan : Aku rasa yang ini, kebanyakan perempuan mungkin terlepas pandang. Kita pandu kereta ke sana ke mari dan hantar ke pusat selenggara kereta bila tiba waktu yang sesuai tanpa mahu bertanya kepada mekanik atau pegawainya tentang apa yang terjadi pada kereta kita. Aku mungkin pernah begini, jadi aku berazam untuk lebih tahu - tidak hanya terhad bagaiman mahu memeriksa tayar, minyak hitam, tarikh luput tayar dan minyak brek rupanya perlu diganti setiap kali 20 ribu km ya? 

03 - Jatuh cinta tanpa menyakiti diri sendiri : Ini setakat ini aku tak tahu. Sebab aku mungkin sudah lali dengan sakit ataupun terfaktab banyak mengajar aku sesuatu yang pahit itu bukanlah derita yang berpanjangan.

04 - Ada hobi tersendiri : Hobi yang bukan disebabkan oleh orang lain mempunyai kegemaran serupa. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku suka menulis dan membuat aktiviti luar, benda yang menjadikan aku lupa dengan masalah dan tenggelam dengan kegemaran aku.

05 - Beli sesuatu yang mahal amat : Aku punya kereta sendiri. Ini boleh dikira sebagai mahal kan? Mahal di luar keterbasan otak suatu ketika dahulu. Sekarang ini (mungkin menjelang usia 30 tahun) - aku memburu sebuah rumah sendiri - sebagai bukti kerja keras mungkin. Beli iPad boleh dikira tak? Eh.

06 - Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi : Aku pernah menolak tawaran belajar sampai 3 kali, dan kini aku memburu peluang, ruang dan masa untuk belajar sebagai pelajar sarjana. Masih dalam pertimbangan, aku berharap benda ini akan tercapai sebelum usia aku 30 tahun. Mana tahu mampu menyambung ke peringkat Doktor Falsafah kan? Amin!

07 - Kawan-kawan yang boleh dipercayai : Aku rasa semua orang melalui fasa di mana kawan yang rapat dengan kita mula jauh seorang demi seorang disebabkan perkahwinan, jarak dan apa sahaja. Setakat ini, aku masih ada beberapa lagi yang rapat, dan aku harap, menjelang usia 30 tahun, mereka tetap ada. 

08 - Bagaimana untuk hidup sendiri : (ketawa) Sebenarnya, aku sudah lama terfikir benda ini. Adakah aku mampu untuk hidup seorang diri tanpa seseorang yang aku boleh panggil suami. Mungkin agak menakutkan bagi sesetengah orang, tapi aku mungkin sudah buat sedikit persediaan. Terlalu awal? Entah.

09 - Pekerjaan yang menggembirakan : Tahun ini masuk tahun ketiga aku berkhidmat. Sudah tentu aku sentiasa mencari bagaimana untuk menjadikan kehidupan aku lebih baik, pekerjaan aku kurang tekanan dan sebagainya. Eh, aku kena berkhidmat selama 36 tahun tahu? Jadi, aku perlu sediakan kekuatan mental dan fizikal supaya sentiasa menjadi pujaan anak murid. Haruslah ratu sangat kan? *petir*

10 - Bagaimana untuk menggunakan kasut tinggi : Ini kelemahan aku. Macam mana nak pakai aku sendiri pun tak faham. Memang kebanyakan kasut aku tinggi (dah kau hobbit merangkap bonsai, apa kau nak bising kan perempuan?) - aku masih belum ada keberanian untuk menyarungkan kasut tinggi runcing ke kaki aku. Penakut sangat.

Banyak lagi sebenarnya nak cukupkan 30. Tapi aku malas nak tulis semua, sebab tak semua benda aku boleh luahkan. Nanti orang meluat dan tuduh aku 'kekwat' kan? Mana nak letak muka yang kurang comel ini ya? Eh.

Kalian boleh teruskan pembacaan dengan tekun di sini.

Zara : Dan kalau nak tanya aku, boleh sahaja tanya di sini. Nanti aku jawab.

12 comments:

missina said...

akak dah 30 thn,,maybe bnyk yg dah dicapai,,tp tggl suami je belum,,,huhu,,maybe ramai yg mcm akak kut,,,;)

~Ati_Hime~ said...

samelah dgn sahabat di atas..saya tinggal lagi setahun saja nak masuk 30..hikhik..tapi tak kan la kita nak duduk diam tunggu sampai orang masuk minang kan? haruslah sibukkan diri dengan aktiviti yang kita suka/bermanfaat..mana tau along the way ada jodoh kan? hehe

Eri-chan said...

oh zara, maybe i should list down too. but yeah i'm over 30. haha

miera maira said...

humm nice even miera belum 30 pun but ada lah kan info yang berguna yang boleleh dipakai..haha

Catlover Sue said...

wah~~ saya perlu kerja keres!! banyak lagi yg belum.... hujung bulan june masuk 25thn.... Semoga Saya Berjaya!

Amie said...

Salam kenal Zara, follower 6981

BlueIceCube said...

tak semestinya dlm perkhidmatan kekal jadi guru sampai umur 60 ;-) ada banyakkk jawatan lain boleh di capai.

ya, tuntutlah ilmu sehingga ke negara Kora (Eh!)

Mas'S said...

patut list down gakla nie...dah lebih 30an pun..huhu

♥CIK SHA♥ said...

err..bile dengar 3 series ni terus gerun..lagi beberapa tahun lagi akan menjejaki nya..oh my~~

#feeling muda selalu memang cenggini..haha..

4feet8 said...

zara, terima kasih utk entry ini.

fiza mohamad said...

Huhu. Byk juga yg dh dicapai except suami.myb kena belaja utk hidup sendiri. Kdg2,we'll be prepared only when the time comes..
And yes,when the times comes (and masih sendiri),fam and friends sgt2 penting! Friends are getting fewer sbb ramai yg akan having their own fam.
Tapi kan zara, awak sangat2 muda lagi la... :-)
@fizamohamad2106

maPieCeoFarT said...

err... tak satu pun dari list ni saya sudah capai. patutkah saya takut? eh. huhu....