Saturday, July 21, 2012

#01 Ramadhan : Puasa Bersama.



Salam semua. 
Catatan Ramadhan kembali lagi bagi tahun 2012. Sekadar menulis bagi mengisi ruang senggang ataupun melarikkan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Barangkali kali ini penulisannya lebih manusia daripada sebelumnya. Setahun berlalu, maka kematangan dalam penulisan walaupun hanya sekadar repekan di blog juga perlu aku rasa.

Jadi, sebelum aku terlupa, Projek #TadarusQuran3 sedang berlangsung. Terima kasih bagi yang sudah memberikan keputusan untuk menyertai bersama. Tahun ini penganjuran buat kali ketiga Tadarus Al-Quran. Mungkin aku bukan orang yang mampu untuk menganjurkan majlis berbuka ataupun majlis apa lagi di sana sini memandangkan kekangan waktu serta tempat di mana aku berada. Jadi, dengan projek kecilan begini, aku harap kita semua punya satu benda untuk dikongsi bersama.

[Sumber gambar] - Comel juga kek cawan ni kan?

Tahun ini, Ramadhan disambut dengan orang yang sama dan juga orang berbeza dari tahun sebelumnya. Barangkali disebabkan manusia berubah dan manusia disekeliling juga tidak lagi sama. Ada yang masih kekal bersama sejak beberapa lama. Ada yang baru datang, singgah dan barangkali akan pergi juga. Ada juga yang mungkin baru sahaja menghadirkan diri walaupun sudah dikenali sejak sekian lama. Dan aku, sebagai orang yang merasai kehadiran setiap manusia itu - harus sahaja akui Ramadhan kali ini cukup bermakna.

"Berusaha!"
"Tahun ini hendak puasa bersama"
"Comel lah awak"

Tahun ini juga, ramai kenalan dan saudara yang rapat sudah mendirikan rumahtangga. Dalam erti kata lain, puasa bersama sudah tidak lagi keseorangan - bahkan sudah mempunyai tanggungjawab utama yang perlu diberikan perhatian khusus pula. Ada yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata - ada yang sedang berehat selepas melahirkan anak dan sebagainya. Bahagian masing-masing dan aku cuma mampu kata aku gembira setiap daripada mereka menemukan jalan bahagia.

"Tahun ni kita tak puasa bersama"
"Tahun ni kau raya sebagai isteri dan ibu"

"Tahun ni dah tiada gelak ketawa tunggu waktu berbuka"
"Kau sudah jadi suami orang - ada yang lagi utama"

Itu mungkin hidup yang kita lalui.
Yang kita sukai.
Yang kita hargai.
Yang kita nikmati.

Nota Kaki : Bila tiada lagi khabar berita, kau perlu sedar bahawa kau mungkin tidak lagi diperlukan selepas tanggungjawab dan janji bukan lagi bermakna apa-apa. (Shafaza Zara, 21 Julai 2012)

3 comments:

zacky786 said...

wow.. :)

shandye. said...

bila kau cecah usia aku, kau akan tambah tersiksa secara accidental apabila 80% classmates sekolah kau sudah berkahwin dan lebih parah apabila terserempak di param suatu hari kau terlihat dia menolak stroller dan di sampingnya isterinya yang cantik macam dewi remaja.

kau makan hati dan terus self-labeled diri sebagai #foreveralone

lepas tu kau pura-pura fumbling for your phone sebab kau hendak telefon buah hati kau (kononnya) dan buat konversasi olok-olok dengan harapan classmate sekolah kau cepat-cepat beredar.

malangnya classmate kau ajak kau berbuka sekali di sebuah restoran nasi arab bersama-sama isterinya yang cantik macam ramona zamzam itu.

di restoran itu kau dihujani soalan-soalan kurang selesa macam 'bila nak kenalkan dgn gf kau' dan 'bila nak kawin' dan 'tema kawin you, kalau you nak kawin la... apa ye?'

satu kata: awkward.

ιfαh♥ said...

Selamatmenyambutramadhan:)