Sunday, July 22, 2012

#02 Ramadhan : #KiniTrending #TadarusQuran3


Salam semua.

Semalam projek #TadarusQuran3 dijalankan dengan giat. Alhamdulillah, ramai yang menyertai dan peluang masih dibuka kepada yang berminat. Dalam sibuk menjawab soalan yang dikemukan berhubung perkara tersebut sehingga mencapai limitasi, seorang pengicau Twitter - Aisya datang dengan soalan yang cukup buatkan aku terpana. Dia meminta nombor telefon aku untuk diberikan kepada Astro Awani yang berminat untuk menemubual berikutan projek kecil ini. Alhamdulillah.

Dan selepas panggilan telefon untuk membuat pengesahan dan beberapa siri pesanan ringkas, waktu berbuka aku hanya minum air dan makan kuih sahaja. Cuak. Bayangkan yang Puan Mulia pun suruh aku tulis sedikit apa yang aku perlu cakap (walaupun aku tak buat). Perasaan yang sama bila nak bercakap di hadapan perhimpunan - cuma semalam (1 Ramadhan), ia dilakukan secara langsung dan aku boleh dengar suara orang sedang baca berita di belakang sementara menunggu giliran untuk ditemubual dalam masa lebih kurang beberapa minit sahaja. Apa pun, ia memang satu pengalaman yang baik - dapat berkongsi sesuatu dengan masyarakat di luar sana.

Sekali lagi, terima kasih buat yang menyertai #TadarusQuran3 - dan jika masih berminat, boleh beritahu aku ya?

http://farm6.staticflickr.com/5281/5377897983_8def615fbd.jpg
[Sumber gambar]

Tapi, yang menariknya, sebelum panggilan telefon itu (dan semasa juga) - menggigil disebabkan takut dan juga tidak dapat kafein seharian - ada sesuatu yang buatkan aku tersenyum walaupun tangan terketar-ketar.

"Cuak oh"
"Bagi kuasa sikit. Hiyaahhh"

4 comments:

Eri-chan said...

wah. aku baca sendiri2 je tahun ni. aku suka dalam kalangan halaqah.

Norfaezah Mahat said...

salam sis...
good job. ini kira bukak amanah saham bersama kan... tadarus beramai ramai. hik.

bgtau en hubby sy ikut tadarus d alam maya. dia tanya dgn siapa? jawapan : dengan saudara seislam yg dikenali hanya d maya. :)

@hazieffa

faraakucas said...

proud of you =)

...miSS fAi... said...

alhamdulillah!! tahniah atas program ini.. saham buat awak di akhirat kelak. moga Allah redha. insyaAllah jika Allah izin, akan join program ni.. =D