Wednesday, July 25, 2012

#05 Ramadhan : Pilihan Melawan Kedegilan.


Dalam kehidupan, ada benda yang kita terpaksa hadapi dengan tambahan kesabaran. Selalunya kita mungkin hanya sekadar bersabar, tetapi ada yang perlu tambah kesabaran bila berhadapan dengan manusia yang kita hormati dan sayangi lebih daripada segalanya. Ya, kita mungkin sudah pandai buat pilihan sendiri dalam hidup - mengatur kehidupan dengan jalan yang kita mahu tanpa ada tekanan daripada sesiapa yang bisa buat diri menyesal di hujung cerita. Ah, kadangkala derita itu sudah cukup panjang dan kita hanya mahu satu keputusan dalam membina kebahagiaan.

Satu takah daripada dua.
Kita berhadapan dengan mengawal suara, bercerita dengan melihatkan kepada tindak balas. Mungkin sahaja daripada cara kita bercerita dan memberi penerangan disulami rasa suka, makanya, apa yang diperkatakan mampu untuk dihadam dan diterima. Takah paling susah mahu ditakluk berjaya - kerana kita tahu, demi hidup bahagia, senyuman daripada takah ini paling bermakna. 

Takah kedua yang nampak lembut, tapi bahaya.
Sudah jadi darah barangkali - dari keturunan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, bahkan terkenal dalam mana-mana lipatan sejarah sekalipun, kebolehan berpegang pada janji adalah sangat tinggi. Barangkali, dia mewarisi sifat begini tanpa dia sedari - tetapi sebagaimana generasi muda lain, dia ada sifat memberontak yang tinggi. Bila dia tahan sampai berkorban diri, dia tahu ada garis paling halus antara kasih sayang dan kebodohan tidak bertepi. Bila dia buat keputusan, halangan di takah kedua muncul kerana mahu berpegang pada janji. Dia geram, tapi dia tahankan sahaja.

Bulan ketujuh dalam takwim Masihi hampir tamat dan dia berdoa agar nombor bergerak dengan cepat. Habiskan tempoh menunggu supaya takah kedua bakal dia takluki. Pada dia, untuk apa berpegang pada janji bila berhadapan dengan manusia yang hanya bertopengkan sisa daki dan manis mulut mengatur cerita sana sini?

[Sumber gambar]

Ada sebab kenapa kita tak boleh campurkan mocha dengan Nescafe.
Ada sebab juga kenapa Frappucino lebih enak bila kita tembakkan espresso.
Walaupun kenyataannya, ia semua berasal dari biji kopi.

1 comment:

izzah said...

mocca, esspresso. last skali, kopi. mesti tak tinggal. hehe :)