Tuesday, July 31, 2012

#11 Ramadhan : Tarikh Luput.


Bukan roti sahaja ada tarikh luput.
Bukan makanan sahaja boleh mereput.
Bukan rambut sahaja boleh menjadi kusut.
Tapi perasaan juga boleh merosot.

Kadangkala kita perlu sedar.
Tidak semua benda kita boleh sambar.
Tidak semua benda kita boleh langgar.
Kerana manusia ada had sabar.

Ada suatu ketika kita perlu berhenti.
Kerana segalanya tidak akan kembali.
Ada yang datang dan kekal di sisi.
Ada yang muncul dan berlalu pergi.

Hakikatnya, kesakitan itu akan wujud dalam diri.
Kesengsaraan bakal merayau dalam arteri.
Membunuh perasaan dengan sakit tidak terperi.
Hanya demi kelangsungan nyawa atas Bumi.

Sebab itu segalanya ada permulaan.
Dan jika ada permulaan, pastinya ada pengakhiran.
Tidak semuanya akan berkekalan.
Itu lumrah kehidupan.

http://farm7.staticflickr.com/6050/6304193540_30c1c18f0d.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Hanya kerana orang buat baik dengan kau, itu tidak bermaksud kau boleh ambil kesempatan pada dia.

7 comments:

BuNgA sAkUrA said...

suka gaya tulisan kamu..best sgt baca..kdang2 smpai amk ayat2 dlm blog ni bt status fb tau..jgn marah ye..mtk izin copy n paste..hehehe...salam ramadhan..:)

reenapple said...

yeha.. aku setuju. Setiap permulaan akan ada pengkakhiran... begitu juga dengan perasaan.. =(

Syafiq Лomoтехн said...

sebelum yang banyak itu turun, yang tinggi itu rendah, cepat cari satu simpulan yang mampu paling tidak akan hentikan surutan tersebut.

mungkin juga mampu menambahkan kembali yang hilang.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

BuNgA sAkUrA :

Saya harap awak ada letakkan pautan di mana awak ambil ya? Saya kurang gemar orang mendecuk begitu sahaja

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

reenapple :

Yup :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Syafiq Лomoтехн :

Moga2 sahaja ada.
:)

eszyamin said...

sedapnye pantun ini