Wednesday, July 25, 2012

Hati.


Alhamdulillah.
Aku dikurniakan manusia yang memahami kehendak dan naluri aku. Manusia yang buat manusia macam aku kenal dan mengerti hakikat bahawa matahari akan muncul selepas hujan lebat dan mengeringkan segala sisa yang bisa buat kaki tergelincir jika hujan berterusan. Terima kasih atas kurnia. Terima kasih atas satu kesempatan yang pastinya tidak akan dipersiakan.

Usai solat tadi aku nampak satu ayat yang mampu merenggut kesabaran jika aku masih lagi tertinggal di belakang. Tetapi kali ini, anehnya, tiada lagi detakan di hati - tiada lagi debaran di jantung saat lihat benda yang tidak sepatutnya. Tiada lagi gigi menggigit bibir menahan amarah, tiada lagi paluang gendang syaitan merasuk marah setiap kali perlu menyucikan segala onar yang terlintas depan diri.

[Sumber gambar]

Now I know why you fade away just like bubbles from my life.
Thanks heart. U become stronger & never beat for useless brat anymore.

Sekarang aku tahu kenapa aku boleh buat keputusan paling berat dalam hidup aku. Kenapa aku boleh bergerak menjauhi segala kesakitan dan memburu kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri - bukan untuk sesiapa bahkan untuk diri sendiri yang aku sayangi. Terima kasih hati, yang paling penting sekali, terima kasih Allah.

Kopi O.
Itu yang lebih baik untuk digandingkan dengan Frappucino.
InsyaALLAH.

"Sebab Frapu bukan hadiah, tapi anugerah. Dan anugerah itu adalah amanah"
(Kopi, 25 Julai 2012)

4 comments:

Ikmal said...

Assalam... Salam Ramadhan...

misz aisya said...

salam..

sya tahu akak kuat. dan akak berkongsi cerita supaya org lain pon kuat..

sya pon terbaca sesuatu yg buat sy nak terajang org.hehe. tp alhamdulillah, sejak hati makin kuat, iman pon makin kuat tuk kawal marah..

berkat ramadhan barangkali..:)

didie noxious said...

hati lebih tenang.

reenapple said...

setuju... boleh nk agak 'aku' tu aku.. ehehe. =)