Saturday, July 14, 2012

Kejam.


Pandang kiri kanan.
Pandang atas bawah.
Pandang depan belakang.

Pusing.
Tiada apa lagi yang tinggal, hanya pening.
Berkelentang bunyi jatuh dacing.
Otak tajam beri tumpuan kira denting.

Kau kira sudah penat menunggu.
Manusia yang langsung tidak layak ditunggu.
Walaupun jiwa kau masih mahu.
Malangnya otak kau menolak dia sebagai yang satu.
Memberontak seperti dulu.
Kenangan silam hanya bawa pilu.

Sialan.
Mungkin kau dipandang rendah dan kasihan.
Tapi kau masih punya kekuatan.
Bukankah kau juga insan?
 

[Sumber gambar]

 Kalau kau kata lelaki kejam masa bercinta, perempuan pun ada yang sama begitu. Jangan tuding jari pada jantina :) 
(Shafaza Zara, 13 Julai 2012)


Manusia akan jadi kejam tanpa kira jantina. Bila kau mulakan kesakitan mendalam hingga menyebabkan manusia lain hilang pertimbangan dan mula memikirkan dendam, jangan terkejut bila satu hari nanti, dia akan datang kembali dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih atas segala kesakitan yang pernah kau berikan. 

Kau boleh bunuh dia.
Tapi jangan lupa satu benda.
Dia boleh bunuh kau semula.
Sebab itu secebis karma.

2 comments:

hajiMete said...

me salam ziarah yee.. ehhheee

ieYzA azmIeY said...

miss zara,
tulis sendiri ke kata2 ni. serious best. tak puas baca macam nak ulang ulang dan ulang lagi ^_^
kerana org yg terkesakitan sahaja yg memahami~