Thursday, July 12, 2012

Kusut.


Kita selalu risau apakah semua benda akan jadi seperti yang kita mahukan. Kita fikir dengan mendalam tapi dalam masa yang sama kita tenggelam dengan pemikiran yang merunsingkan. Mungkin sahaja banyak terikat dengan masa silam yang masih enggan meninggalkan kita seperti gam. Bila menoleh ke belakang dan berpaling ke hadapan, mungkin sahaja kenangan itu masih lagi kelihatan kejam.

Kita cuba mulakan hidup baru. Memilih jalan lebih selamat dalam semua benda yang mahu dilakukan. Satu persatu disusun agar tiada kesakitan yang bakal muncul lagi. Tiada istilah mengecewakan, dikecewakan atau apa sahaja yang membawa kepada kesengsaraan. Bagi sesetengah manusia, tahap dan kadar kesabaran mereka batasannya terlampau rendah. Tetapi, bagi yang tinggi pula, jangan cuba diuji sejauh mana mereka boleh pergi dalam membuat keputusan yang bisa menjadikan orang lain terpana.

[Sumber gambar]

Kadangkala apa yang diluahkan mungkin tidak selari dengan kata hati, dengan kehendak diri ataupun kemahuan peribadi. Keadaan persekitaran, suasana yang dialami - bahkan menjadikan manusia larut dalam perasaan mereka sendiri dan acapkali membunuh manusia lain disekeliling mereka. Tersilap atau terlepas cakap sekali dua mungkin boleh dimaafkan serta dilupakan begitu sahaja - tapi, adakah manusia akan lupa apa yang berlaku serta meninggalkan kesan (kalau tidak banyak, pasti sedikit) dalam hidup mereka?

Mungkin, setiap daripada kita wajar belajar untuk berikan manusia yang kita ada di sekeliling sedikit peluang dalam membuat apa mereka mahukan. Mana tahu, ada seseorang sedang menyukai anda dalam diam bukan?

3 comments:

Liyana Faizal said...

salam..
zara comel blog zara ni.. eee rasa2 mcm nak blog mcm ni juga la..

FUZY said...

kusut itu rasa....rasa kusut itu sebab byk fikir sgt kot...

Lisa said...

Mungkin wajar memberikan peluang, cuma takut salah tempatnya -_-