Thursday, July 05, 2012

Pensyarah.


Setiap manusia ada kelemahan. Tiada manusia yang sempurna walaupun mengejar kesempurnaan adalah impian setiap daripada kita. Tipulah kalau kita tidak mendambakan kehidupan bahagia dan kegembiraan sentiasa. Ya, manusia memang tamak dalam mencari kegembiraan kerana penderitaan adalah perkara terakhir yang boleh difikirkan apabila berdepan dengan situasi yang mencengkam jiwa. Tetapi, suatu perkara yang perlu diingat adalah, kelemahan bila diatasi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik - lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja.

Kita mungkin pernah kecewa dengan semua benda dalam hidup. Sama ada percintaan, persahabatan, peperiksaan, hubungan dengan keluarga, manusia-manusia di sekeliling kita - hatta dengan diri sendiri yang tidak mampu menjadi manusia yang boleh berbangga sebagai seorang Khalifah atas dunia. Tapi, sejauh mana kita pernah berhenti untuk belajar dan terima kelemahan sebagai sesuatu yang berharga dan memperbaikinya?

[Sumber gambar]

"Cinta sejati adalah mengetahui kelemahan seseorang dan tidak mengambil kesempatan terhadap mereka. Tahu kekurangan mereka dan menerima mereka seadanya tanpa perlu menghakimi kononnya kita terlampau sempurna"
(Shafaza Zara, 5 Julai 2012)


Ya, aku dipertemukan dengan manusia-manusia yang pelbagai jenis dalam hidup dan setiap daripada mereka membentuk siapa aku saat ini. Perlu dikatakan aku cukup bertuah mempunyai seorang pensyarah yang sangat mengambil berat (dan ya, dia baca blog ini). Memberikan aku kata-kata semangat supaya aku tabah menghadapi apa sahaja. Ya, dia sumber inspirasi untuk aku kekal senyum atas dunia - menerima segala kelemahan aku dalam bidang akademik (dan juga sahsiah) dan memperbaiki diri untuk mencapai tahap lebih baik demi kebaikan aku juga.

Terima kasih Dr H. Anda buat saya sedar bahawa saya masih punya harapan dalam hidup untuk menjadi lebih baik dan ya, saya tiba-tiba rasa perjalanan selama tujuh tahun bersama Dr H dan Dr N buatkan saya lebih menyukai apa yang saya ada dengan gembira. Salahkah kalau saya rasa kita sudah jadi seperti kawan pula? :)

5 comments:

dayah said...

xsalah..hehe

semoga bahgia zara

DanieL AdiE said...

Sangat suke phrase ini...

'Kelemahan bila diatasi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik-lebih kuar untuk menghadapi apa sahaja..'

nini said...

yup.......manusia dikeliling kita banyak membantu kita membina peribadi diri kita.....menjadikan kita lebih kuat dan hebat....=D

kueh bakar said...

pencinta sejati itu sang jujur yang setia...

Natasha said...

tersenyum pabila membace ini (=