Monday, August 06, 2012

#17 Ramadhan : Langkah Pertama


[Lady Antebellum - Just A Kiss]

Salam.

Ya, langkah pertama dalam setiap perhubungan adalah mungkin perkenalan. Macam kita membaca buku, bahagian yang kita nampak dulu adalah pengenalan walaupun aku percaya sesetengah daripada kita suka melangkaui bahagian tersebut. Entah kenapa walaupun harus diakui itu bahagian yang aku paling suka baca sebab ia akan menerangkan keseluruhan apa yang bakal berlaku dalam jalan cerita seterusnya.

Apa yang selalu diperkatakan, langkah pertama yang diatur dengan baik - insyaALLAH, akan membawa kepada kesudahan yang baik. Itu yang dinyatakan oleh seorang guru aku sewaktu mengajar Munakahat dulu. Ya sekalian, saya budak sekolah agama Johor dan dapat pangkat 1 untuk mata pelajaran tersebut walaupun sampai sekarang belum berkahwin. Eh. Abaikan. Jadi, secara asasnya - langkah pertama selalu melibatkan kehadiran mereka yang lebih banyak pengalaman serta pengamalan. Percayalah, dua benda ini berkaitan memandangkan daya penglihatan sesetengah orang adalah boleh dikaburi oleh perasaan.

Fikiran yang dikuasai oleh perasaan memungkinkan kita melupakan apa yang terhidang dihadapan mata. Sesetengah orang mungkin masih lagi dapat menggunakan lojik akal - tetapi sesetengahnya lebih suka untuk menggunakan kata hati yang acapkali menyeleweng bila dihijab oleh perasaan yang tebal entah berapa inci. Hakikatnya, manusia mudah untuk menerima perkara yang mereka suka berbanding dengan apa yang mereka benci. Setuju?

Itu yang membawa kita kepada perkenalan. Saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Mungkin selama ini hanya kenal gambar ataupun muka melalui video Skype, tetapi apabila bertemu, mungkin apa yang dilihat selama ini agak menyimpang daripada realiti. Tidak mustahil untuk dua orang yang tidak pernah bertemu untuk menjalin perasaan hati. Sebab itu ada pendapat yang menyatakan bahawa - hati manusia itu aneh. Kita tidak akan dapat mengagak apa yang seketul darah merah boleh bawa kita. Ya, seketul darah yang berharga.

Question is (cewah!) - apakah langkah pertama akan disusuli dengan langkah seterusnya ataupun dibiarkan sahaja tergantung tanpa tindakan yang sewajarnya? Pastinya usaha dan doa tekun mohon agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah supaya kebahagiaan itu mendekati dan kegembiraan itu menjadi hak milik setiap insan yang hadir dalam sesi pertemuan. Bukankah hati yang bertaut kerana Allah itu lebih baik berbanding dengan perkenalan sia-sia yang tidak membawa ke mana-mana?

http://farm8.staticflickr.com/7257/7720568180_c0e5845209_z.jpg
[Flickr Aku]

Bila Kopi O dan Frappucino bertemu.
Hidangan kopi panas tidak dapat dijamu.
Hanya ada peluang duduk berbual di ruang tamu.


3 comments:

zombie said...

Langkah pertama dalam perhubungan boleh jadi macam macam, perkahwinan (diatur keluarga, pertemuan atau mungkin saja seringkas dan semudah satu perbualan dalam insiden telefon salah nombor. Haha

Tambah satu lagi persoalan, ketika semua itu berlaku, apakah kita sedar yang ianya adalah satu permulaan kepada satu perhubungan baru?

moots said...

duduk berbual di ruang tamu.

ahh.. jarang sekali peluang ini ku dapati.

4feet8 said...

haha..lepas bertemu untuk berkenalan, kemudian tidak sekufu menjadi alasan, hubungan tetap tidak berjalan lancar. mungkin sebab itulah harusnya kita berkenalan terlebih dahulu, kan zara..? bimbang tidak sekufu yang akan membawa lebih byk pergolakan kelak..

walau pun i tak kisah, dia tetap taknak..sobsobsob..