Thursday, September 06, 2012

Gambar.



Dalam hidup ada momen celaka. Momen yang bikin kau mahu hentak kepala bila mengenangkan betapa kau meluangkan masa, menghabiskan tenaga demi manusia yang langsung tidak pernah mahu berhenti palingkan wajah lihat kau walaupun sedetik cuma. Alasannya mahu berlaku adil pada semua – maka membuang kau bagaikan pancutan sperma ataupun aliran darah haid yang jatuh ke tuala wanita – hanyalah seperti buang benda yang tidak berguna.

Tangisan kuat kau sepanjang malam dengan menakupkan wajah di bantal tiada siapa yang peduli. Kesakitan kau alirkan dengan gigit hujung bantal, jerut hujung jari dengan selimut sekuat hati – agar kesakitan itu merentap segala kekuatan kau supaya lemah dan tidur lena supaya mampu kekal berdiri keesokan hari. Seperti pelakon yang hebat, bangun dari ranjang dengan mata membengkak – mandi, gosok gigi, solat dan mula tepuk muka perlahan agar tiada siapa yang menyedari kesakitan yang disembunyikan.

Kau renung meja tempat kau humban segala benda, kerja dan apa sahaja yang kau sendiri tidak ambil kisah sejak momen celaka menjelma. Dari buku hinggalah ke gelas minuman keras tapi diisi dengan air masak Cuma – mata kau tertancap pada satu kenangan beku masa kiriman manusia yang sudah melupakan kewujudan kau dihatinya. Babi, kau mahu buang sahaja tapi mengenangkan kau mungkin tidak akan dapat lagi benda sebegitu, kau biarkan sahaja tergeletak aneh atas meja yang tidak kena dengan suasana. Tapi kau sudah peduli apa bukan?

http://farm2.staticflickr.com/1376/1104868071_8ccb2a30d1.jpg
[Sumber gambar]

Kau duduk dan renung gambar. Kau capai bingkai dan terbalikkan. Terbuka penutup belakang, terhambur segala kepingan gambar yang bersusun. Memang kau tidak pernah gagal lihat gambar tersebut – cuma momen itu membunuh. Setiap helaian kenangan beku masa itu hanya menghadirkan derita. Sialan bila kau terpandang mercu yang paling kau mahu pergi dalam dunia selepas tawaf mengelilingi Kaabah sudah dijamah si celaka bersama dengan jalang yang kau tahu kewujudannya. Aneh, kau simpan banyak mercu tersebut kerana kau suka, tapi kau sudah mula membencinya.

Telefon kau sudah lama sepi. Sengaja kau buka nombor baru – biarkan talian lama tidak dijengah sesiapa lagi. Melarikan diri daripada manusia yang hanya pandai bikin jiwa sunyi barangkali anehnya tidak terdesak sewaktu kau hilang arah dan diri. Sudah mangli dengan suasana khali. Biarlah senyap dan sunyi.

Gambar berderetan sedozen kau pandang sepi. Mata yang bengkak kau oleskan dengan penyejuk mata berbola. Lisa Surihani sebagai duta jenama – tetapi kau beli bukan sebab suka dia. Kau cuma pengguna yang percaya dengan saranan media dan iklan di kotak kaca penipu (dan kau salah seorang mangsa kapitalis barangkali – dengan percaya sogokan peti tivi)

Gambar dari pokok-pokok bogel tanpa dedaun dan hanya dilitupi putih salji hinggalah tulip mekar merah di antara warna kuning-biru-jingga dan entah apa lagi – bingkai kau humbankan ke hujung ranjang merah sepi. Deraian kaca buat hati kau riang kembali. Kaca bersepah kau pungut dan hiriskan di tangan kiri. Sakitnya sudah tidak kau rasa lagi.

Titisan darah jatuh satu demi satu ke atas gambar-gambar yang bertaburan. Di antara banyak gambar pemandangan yang cantik-aneh-kenangan – darah menitis juga pada satu gambar dua manusia yang pernah menyimpulkan rasa hati bagaikan kembar yang berkongsi rahim dan uri. Darah makin deras dan kau sudah mendengar deruan mati.


Perpustakaan Altamis Awraq
1746 : 11 Mei 2012.

Nota Kaki :
Ini dari tulisan aku yang projeknya terbengkalai.

7 comments:

g0m0k9enDek said...

kadangkala kita perlu lupa yang lama baru dtg jiwa yg baru. ohh?

qwert. said...

Love it. Umph, ada sambungan?

Eazy Izzuddin said...

oh gambar ..

shandye. said...

tapi saya tiada dslr atau kamera kompak untuk abadikan gambar-gambar indah bersama. bagaimana?

Lyla Ibrahim said...

Apabila kesakitan di jiwa itu mampu diubati, gambar-gambar tadi mampu mengingatkan segala yang telah dipelajari dari momen celaka itu. Agar kita menjadi insan lebih kuat dan lebih baik dari sebelumnya.

Mohammad Syukri Badaruddin said...

Marah nampak, hahaha...
Chill la, enjoy pula dgn momen lain...
(mmm... mungkin cara perempuan hilangkan marah memang beza dengan lelaki)

wany kelip-kelip said...

kalau saya,saya ambil dan buang gambar yg trdampar kosong tu

yg lama dibiarka disitu,dan kaki jalan ke hadapan mencari momen baru dan menekan punat kotak filem mencari gambar yang lebih indah

insyaallah