Saturday, September 01, 2012

Hina Kerja Cikgu Rupanya #01


Ada seorang rakan penulis berkongsi dengan aku - satu artikel yang pastinya sudah tersebar luas merata tempat barangkali (dan aku mungkin lambat - disebabkan aku melayan tetamu berkunjung, maafkan aku) tentang betapa dia memandang rendah pada kerjaya yang aku sanjung tinggi ini. Ya, kerjaya yang aku pilih sebagai sumber pendapatan disamping aku dapat berbakti sedikit kepada masyarakat. 

Jadi, sekilas pendapat aku tentang isu ini?
Aku akan senaraikan satu persatu (pendapat peribadi selepas membaca kali pertama secara permukaan semata).

01 - Penulis berkenaan ada masalah dengan guru-guru dia sewaktu dia membesar. Mungkin dari zaman dia tadika hinggalah dia menamatkan pengajian di peringkat universiti. Oh, jangan lupa. Pensyarah juga adalah dalam kategori guru disebabkan mereka mendidik walaupun mereka di dalam kategori lain berbanding kami. Aku secara dasarnya memandang tugasan mereka - mendidik. 

02 - Cikgu tidak perlu kehidupan sosial? Jadi, orang yang bukan guru sahaja boleh bersosial? Aneh di situ ya. Aku tak nampak kenapa cikgu tidak boleh bersosial - tidak boleh punya blog, laman sosial dan sebagainya. Kerja lain silakan sambil bekerja sambil kemas kini status disebabkan kerjaya anda kebal. Sebagai cikgu, kami tidak dibenarkan berbuat demikian dan biarlah kami menulis status kami di papan hitam sahaja. Eh.

03 - Cikgu juga tidak boleh ada pekerjaan sampingan disebabkan mereka telah makan gaji yang lebih tinggi sedikit daripada mereka yang memerah tenaga lebih 12 jam di sektor industri? Oh, jadi masih ada lagi golongan jumud yang merasakan bahawa yang menjadi cikgu ini kerjanya membawa kain, alat solek, tudung, dan sebagainya ke sekolah untuk berjual? Salahkah mereka yang masih dedikasi ini (seperti yang dikenali ramai dan terbukti mereka hebat) untuk berbuat demikian? Kadangkala ada yang bawa barang yang dititip oleh saudara atau jiran tetangga. Sekadar membantu. Bukan mereka punya pun.

04 - Penulis berkenaan putus cinta dengan guru. Ah, ini mungkin juga. Manalah tahu kan disebabkan dia salah seorang penggemar blog yang memaparkan "Definisi Cinta Infiniti Sejak 2010" (angkat kening). Mungkin kecewa dengan sikap bekas kekasih yang seorang guru - serta sibuk dengan kelas tambahan serta jualan langsung menjual barang secara atas talian - maka hubungan mereka putus di tengah jalan. Barangkali juga. Boleh difikirkan ini.

05 - Penulis berkenaan juga merasakan bahawa para guru (pendidik sekalian - dengan nada semangat) - harus berhenti menulis blog dan bermain Mukabuku. Aku percaya penulis berkenaan tergolong dalam golongan yang baca blog liburan, santai sambil menukar "tab" antara blog dengan Mukabuku dengan jari pantas menekan "Like" - "Like" - serta "Share" artis-artis kegemaran dia. Barangkali dia sedang sibuk menonton "Oppa Gangnam Style" di Youtube untuk dibuat bersama dengan para pekerja dibawah seliaannya? Jadi, dia merasakan setiap kali orang melayari Internet juga buat benda yang sama?

Barangkali dia tidak tahu wujud kumpulan di Mukabuku yang berkongsi pendapat dan sumber maklumat pengajaran? Tidak termasuk blog dimana kami boleh muatnaik dan muat turun soalan serta bank soalan percuma yang disediakan oleh guru-guru yang hebat? Mereka juga menggunakan Internet. Serta medium laman sosial untuk berkongsi.

Ah, bagaimana ini? Haruskah aku berhenti menulis blog?


[Sumber gambar]

Itu hanya sekilas pendapat aku.
Pendapat lagi panjang, nanti sahaja. Aku mahu pendapat kalian (kalau sudi berkongsi tentang perkara ini).
 

Jadi, sebelum berpisah. Ingat satu perkara sekalian.
Ada "untung" juga jadi cikgu ini. 
Sebab kau boleh jadi muda sentiasa.
Eh.

Nota Kaki : Aku yang datang dari jurusan pendidikan - major Kimia, minor Matematik - tapi mengajar PJK, Sains, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan, KH Perdagangan, Sejarah - dan kau anggap kalau satu cikgu tu tahu satu benda, sampai mati pun dia tahu satu benda sahaja? Aku percaya kau ponteng dulu masa sekolah ini. :)

49 comments:

^^nu[dd]yra^^ said...

hanya yg jd cikgu jer yg mmahami tugas cikgu :-)

amal Amalina said...

Telah membaca blog saudari berkenaan dan juga belog ini.Komen saya;

Saya mempunyai 4 orang makcik yang bekerja sebagai guru dan datuk saya juga bekas guru.Kasihan melihat makcik-makcik sebab walaupun bekerja separuh hari seperti yang dinyatakan tetapi kadangkala tidak tidur hingga ke pagi semak buku latihan dan sediakan segala benda untuk mengajar anak didik.
Ibu saya bukan seorang pengajar.Dia bekerja sehingga 5.45 petang dan beliau selalu berkata begini kepada saya
'Ibu bukan cikgu tapi kesian pada makcik2 (adik beradik beliau yang bekerja sebagai guru) awak.Balik rumah pun tak rehat.Sabtu pun kena pergi sekolah.Dah tu Ahad pun sibuk semak homework lepas tu kena buat tu ni'.Malam dan weekend ibu saya boleh berehat.
So bagi saya apa pun pekerjaan kita,bersyukurlah dan tak perlu dia mengata pekerjaan orang lain.
Saya memandang mulia tugas seorang guru dan pernah diberi peluang untuk mengajar.Baru saya tahu tugas menjadi pendidik bukan mudah.Ingat senang ke nak ajar orang sampai faham.

Anonymous said...

saya setuju..kerjaya cikgu bukanla sesuatu yg mudah..xseharusnya dipandang rendah..tanpa guru siapala kita ye x?haha

shandye. said...

kononnya seorang jurutera. namun melihat gaya tulisan entrinya saja pada hemat aku bahasa inggerisnya tidak semenggah mana. itulah, kecil-kecil dulu tidak rajin belajar dengan cikgu di sekolah, ada hati pula mahu tuduh sang cikgu bukan-bukan.

mohon digugel tajuk entri itu dan baca balasan kepada entri berkenaan di blog-blog lain. memang cukup pedas.

=)

tira said...

Saya sanjung kerjaya guru ni. Ibu bapa sekeras-kerasnya ingin saya nenjadi seorang guru. Tapi entah kenapa, hati saya memang bukan ke arah bidang ini. Sebab tu saya tabik dengan orang yg memilih kerjaya guru ni. Tentang orang yg benci tu, mungkin dia ada bad history dengan guru.
:)

@tieracomel

Si Labi Labi said...

tanpa seorang guru yang mengajar kita siapalah kita.. guru sekarang dah bukan kolot dah macam dulu.. guru sekarang pun dah boleh buat multitasking dengan adanya curriculum co-curriculum semasa guru belajar..

walaupun LabiLabi bukan guru tapi Labi-Labi hormat guru.. tanpa guru Labi-Labi takkan dapat mengecapi kejayaan sehingga sekarang nie..


Gempar : HOTDOG DICEMARI VIRUS HIV

Gambar : Perhimpunan Janji Bersih 31 Ogos 2012

Gambar : Air Pancut 800 Juta DiDubai

Gambar : Puak Dani di Papua New Guinea[Mesti Tengok]

Najwa Frankenstein said...

sokong lord zara! kalau x prnh selidik orang punya kerja, jangan berani nak mengata. blog2 & fb pun org guna nak share ilmu. nowadays teacher, doctor, lawyer, and even engineer gunakan kemudahan tech utk kongsi info & knowledge. itu perkara biasa. kalau dia rs ckgu x patut tulis blog or fb, maybe she should interview ckgu2 di dunia; adakah ckgu spend the whole day nk update blog & buka fb smpi x buat p&p? kalau dia kata cikgu x reti bersyukur, ask her back apa yg x bersyukur? cikgu bkn mcm keje lain yg blh claim OT. tp msing2 ckgu fhm itu tanggungjawab. sori kak zara, sy terbebel panjang pulak ha3

Najwa Frankenstein said...

ada 1 kisah engineer:

"suatu hari si engineer berasa tertekan lalu berhajat memohon DPLI. kemudian, jadilah dia seorg guru. selepas beberapa ketika, dia mengajr di tengah padang.Lalu berkatalah dia,"apa klas duduk kat tgh padang, ak belajr engineering kot."

di sini dpt dilihat siapa yg xtau bersyukur sbrnya. sy bkn nk highlight kan isu engineer sorg ni yg x tau bersyukur, tp soalnya setiap pekerjaan tu ada tekanan dan cabaran masing2. kalau nk buat perbandingan mmg xkan habis2.

- said...

saya ada terbaca blog perempuan "engin + eel" tu.. syg skali, maybe IQ dia high tp EQ n SQ dia rendah. sy bukan sorg guru, masih blajar lg plak...i'm a chinese..rasanya muda dr dia, but at least x smuda pmikiran dia yang menghina kerja guru. if she said cikgu bio hanya tahu ttg bio x tau fizik, then i can say also that dia hanya tahu ttg engineering tp x tahu korpus dan fungsi pendidik.

second thing, slain drpd assumption maybe dia ptus cinta dgn guru, sbb tu dia hina guru, i rasa juga maybe dia sengaja buat post mcm tu..attention seeker katakan...tngok muka pun, u n i sudah tahu why...hahah

3rd, what if we compare tugas engineer like her that owaz cekup untung dr gov...? mohon maaf, i tau banyak saja engineer yg masih beritegriti tp lbh banyak lg yg kureng... tepuk kepala tanya minda.

4th, tangga gaji sudah mcapai mutual understanding masyarakat... malah sluruh msyrkt dunia kot. kalau xda ilmu skrg, x blh dpt gaji bribu walau kerja bagai nak rak. kalau dia compare guru n operator kilang, apa kata kalau i compared operator dgn cleaner tandas sbuah bangunan? cleaner lg derita kerjanya, hidu busuk tiap hari, tpaksa bgelumang dgn kkotoran n bakteria..kerja letih tp gaji 400-700 sajoh? operator kilang duduk kat kaunter, angkat kol, arah eching2 pkerja, dpt jugak 2000 nok. mcmana? sbb apa? u know better saudari "engine eel"....

5th, engine eel yg bijaksana tahap dewa ni dahla bdosa mkritik org yg bg dia hidup n mkn, (u know wat i meant), buat org lain bdosa jugak sbb marah n kutuk dia balik. udah2 lah tu...dahla bru lps raya n puasa. sy yg cina ni pun x tau sangat, fhm je kena ada unsur ksyukuran n niat n doa baik waktu2 raya ni... hai... mcm2 la manusia skrg.

- said...

saya ada terbaca blog perempuan "engin + eel" tu.. syg skali, maybe IQ dia high tp EQ n SQ dia rendah. sy bukan sorg guru, masih blajar lg plak...i'm a chinese..rasanya muda dr dia, but at least x smuda pmikiran dia yang menghina kerja guru. if she said cikgu bio hanya tahu ttg bio x tau fizik, then i can say also that dia hanya tahu ttg engineering tp x tahu korpus dan fungsi pendidik.

second thing, slain drpd assumption maybe dia ptus cinta dgn guru, sbb tu dia hina guru, i rasa juga maybe dia sengaja buat post mcm tu..attention seeker katakan...tngok muka pun, u n i sudah tahu why...hahah

3rd, what if we compare tugas engineer like her that owaz cekup untung dr gov...? mohon maaf, i tau banyak saja engineer yg masih beritegriti tp lbh banyak lg yg kureng... tepuk kepala tanya minda.

4th, tangga gaji sudah mcapai mutual understanding masyarakat... malah sluruh msyrkt dunia kot. kalau xda ilmu skrg, x blh dpt gaji bribu walau kerja bagai nak rak. kalau dia compare guru n operator kilang, apa kata kalau i compared operator dgn cleaner tandas sbuah bangunan? cleaner lg derita kerjanya, hidu busuk tiap hari, tpaksa bgelumang dgn kkotoran n bakteria..kerja letih tp gaji 400-700 sajoh? operator kilang duduk kat kaunter, angkat kol, arah eching2 pkerja, dpt jugak 2000 nok. mcmana? sbb apa? u know better saudari "engine eel"....

5th, engine eel yg bijaksana tahap dewa ni dahla bdosa mkritik org yg bg dia hidup n mkn, (u know wat i meant), buat org lain bdosa jugak sbb marah n kutuk dia balik. udah2 lah tu...dahla bru lps raya n puasa. sy yg cina ni pun x tau sangat, fhm je kena ada unsur ksyukuran n niat n doa baik waktu2 raya ni... hai... mcm2 la manusia skrg.

Izyan Kaher said...

Dear Zara, as for me teaching is a noblest professions sayang. They contribute much in development of nation. Indeed.

Even we people, after solat, we'll include teachers in our du'a like "Ya Allah ampunkanlah dosa2ku, dosa kedua ibubapaku, dosa GURU2KU .."~ How blessed you are. Kannn?

Great responsibilities for great people. Take a chill pill yo! Chill out and take care ;)

guru biasa said...

apakan daya, kebanyakan guru2 sekarang mmg tak mcm guru2 dulu, lebih2 lagi yg muda mudi. Kuat mengumpat, malas mengajar, berpuak-puak, takde adab. kalau tgk laman sosial mereka, mmg tak hairanlah murid2 tak respect. takde tunjuk adab seorang guru pun.

asyraf azam said...

Ni la salah sorang "engineer" yg tidak mengenang budi. mungkin dia rasa hebat dpt jadi "engineer" sampai lupa jasa para guru yang pernah membantu dia mengenal nombor dan huruf. semoga dia bermuhasabah diri.

Ps: setakat engineer kilang tak perlu nak bangga diri lah.

asyraf azam said...

Ni la salah sorang "engineer" yg tidak mengenang budi. mungkin dia rasa hebat dpt jadi "engineer" sampai lupa jasa para guru yang pernah membantu dia mengenal nombor dan huruf. semoga dia bermuhasabah diri.

Ps: setakat engineer kilang tak perlu nak bangga diri lah.

asyraf azam said...

Ni la salah sorang "engineer" yg tidak mengenang budi. mungkin dia rasa hebat dpt jadi "engineer" sampai lupa jasa para guru yang pernah membantu dia mengenal nombor dan huruf. semoga dia bermuhasabah diri.

Ps: setakat engineer kilang tak perlu nak bangga diri lah.

Latifah said...

Eh, saya tertinggal ketapi kah?
Apa ceritanya?
Emmm... jadi cikgu zaman sekarang, cabarannya lebih dari jadi cikgu zaman dahulu...
Apa pun, bertabahlah Zara! :)

norinaomar said...

Dah baca...kesian sangat kat dia

mentally retarded

kesian sangat kat dia
sebab hanya lihat kesalahan orang lain dan bukan kebaikan
kesian kat dia
Moga dia menjadi insan yang lebih baik pada masa yang akan datang

Cik Lyeen said...

manusia selalu lupa pada asalnya...sedih juga..seakan2 menidakkan jasa guru..ini pendapat sy tentang isu ni akk..

http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/09/memang-saya-untung-jadi-cikgu-cik-liyana.html

cik chinta said...

agak terasa, tp kuatkan smgt sinri. takpe, dia tak syukur dgn keje sinri la tu.

Amie said...

Nak komen juga... orang tu sakit jiwa sebenarnya, dia ingat kalau tak ada cikgu mengajar di sekolah ada ke lulusan PMR, SPM, STPM sampai universiti... bolehke mak bapaknya ajar dia sampai jadi orang terpelajar kalau bukan kerana guru dan kerjaya yang hina ini?

Anonymous said...

been working as teacher for 25years, whatever the so called makhluk wrote in her blog..for me its ok..let her be..Alhamdulillah, May Allah bless her with what she have now..n thank u for the blog owner..teachers are not attention seekers..monday to friday..6.30 to 6.00 pm we work..for the love and passion of it..no medals required

neyra shazeyra said...

aku suka nota kaki kau

ejaescobart said...

salam ziarah..

selalu masuk sini baca tulisan Zara.. tapi tak berani nak komen..

agaknya budak ini (dikatakan budak sebab tulisan tak berapa nak matang)memang kekurangan kasih sayang di rumah.. lantas cuba mencari perhatian cikgu2nya di sekolah dulu..tapi hasrat tak kesampaian.. pasal tu dah besar (jugak besar kepala) sanggup meroyan sebelum waktunya..


*paling suka nota kaki mu itu... :)

-syira- said...

sempat baca belog dia sebelum dia remove..kesian dia,nk jd cikgu xdpt...padahal suma keja sama ja,mna da keja yg senang kat dunia nie...dia rasa seng kan,meh la p praktikal kat sek n join kitorg kat mktab nie..baru tau best ker tak nak lahirkan ank murid yg berkualiti..:)

Terbang Bersamaku said...

Pendapat saya secara peribadi, tak perlulah kita sebagai bekas pelajar berkata begitu tentang tugas guru, kerana tanpa guru siapalah kita semua...tnpa guru kita mungkin tak reti membaca, menulis atau mengira..

janganlah kita mudah menuding jari menganggap tugas guru itu mudah sedangkan kita sendiri tak tahu yang tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seorang guru itu amat berat...

~guru pendidik anak bangsa, guru pencorak masa depan negara, tanpa guru tiadalah enggineer, lawyer mahupun doctor..Hargai jasa guru kita~

p/s: cik zara, sy rasa awk tak perlu stop blogging atau muka buka, internet ini bagus jika kita tahu gunakannnya dengan cara yang betul....teruskan blogging ye..=)

btw, selamt hari raya & maaf zahir batin...(^___^)

adam said...

kalau saya yang jadi kutu pun dah payah kerjanya. Apatah lagi cikgu. Dammnn. Pecah kepala jadinya nih.

cik lemon said...

Ya Allah, tabahkan lah hati insan2 yg bergelar GURU ini...biarpun x dihargai pada mata masyarakat, biarpon dipandang rendah, kerana sesungguhnya hanya Engkau saja yg berhak menilai....

~~ Saya suka jadi CIKGU ~~

cik lemon said...

Ya Allah, tabahkan lah hati insan2 yg bergelar GURU ini...
biarpun x dihargai pada mata masyarakat,
biarpon dipandang rendah,
kerana sesungguhnya hanya Engkau saja yg berhak menilai....


<< saya suka jadi CIKGU >>

el said...

aku dulu seorang jurutera...ambil keputusan setelah sethn kerja,ambil kpli..dulu pemikiran aku juga jumud sepertinya.."ala,keje cikgu sng..rileks.."masa aku amik kpli,ada beberapa org bekas engineer juga..dan aku sekelas dgn mereka..setelah aku posting buat pertama kalinya pd januari 2008,baru la aku tau,kerjaya seorang guru tidak sesenang menjadi seorang jurutera.mse jd jurutera,cuti mudah,kerja tak bwk balik rumah..abis di opis walaupun OT smpi mlm...bila jd cikgu,mmg balik pkul 2 or 3,tp aku slalu bwk balik buku utk ditanda..time exam plg penat,bwk balik paper exam.time cuti skolah,aku tanda paper..cuti thnn mmg ada utk guru..7 ari..tp biasanya utk kecemasan..bygkan pernah seorang cikgu ni,anak masuk ICU,time bukan cuti sekolah,habis 7hari cuti,terpaksa amik cuti separuh gaji...mmg cikgu cuti byk,tp kena igt,kecemasan berlaku tak kira cuti skolah ke ape ke..jd guru menyebabkan tekanan darah aku naik..sbb aku kena mengadap byk pihak...bila dh rasa,bru ku tau..andai kata dpt kuputarkan kembali masa,aku nk jd engineer je..tp bila dh 5 thn jd guru,syg pulak nak meninggalkan kerjaya ni..seronok melayan karenah murid2 yg masih kecil {oh,aku guru kpli mengajar skolah rendah shj tau..}..kdg kala lawak mereka menjadi penghibur aku...sesapa yg ske kutuk cikgu,jdla guru dulu sblm kutuk kerjaya yg mulia ni..shbt aku pernah berkata,hya 2 kerjaya yg bila kita bersara,org tetap hormat kita..yg pertama guru..org tetap pggil cikgu walaupun dh bersara..yg kedua doktor...

dee said...

sebagai bakal cikgu, saya sentap. haha. tapi takpe, saya ok :)

ciklaili.com said...

Syabas & tahniah atas penulisan anda. 10 bintang untuk entri ini.

* saya bangga menjadi seorang GURU :)

Mocha said...

That's why I love u so much dear. No matter what, being a teacher suits u well.

I'll always love u. Be good, be nice and please take care of yourself. Don't simply work hard & forgot to rest well. Panda eyes for a beautiful lady is prohibited. I told u before isn't?

Love u & sorry for everything.

Anonymous said...

kerjaya guru mulia..

cuma, pd saya, sesetengah cikgu nih jd guru sbb itu pekerjaan yg mereka dapat.. so, harap2nya, bila mereka dah menjadi guru, mereka ikhlas dan betul2 mahu mendidik anak bangsa.. kalo sesetengah org ini hanya berfikir utk mencari duit shj (tanpa niat mendidik generasi muda secara betul mcm cikgu dulu2), dikhuatiri akan ditanya di sana nanti.. mahu tergagap! so, jadi guru kena ikhlas dan bersungguh2 dalam mendidik.. :)

lagi satu, pada pandangan saya, kerjaya guru sangat mulia.. makanya, cikgu kena memilih jalan yg betul utk bersosial.. bukan tidak boleh berblog atau berfacebook, tp perlu tahu jaga penampilan yg sesuai sbg seorang guru.. contohnya, kalo nak clubbing, tak perlulah update status dalam facebook, post gambar ghairah di club malam.. sbb cikgu yg segelintir ini, akan menjatuhkan maruah guru2 yg lain.. apatah lg kalo dilihat murid2 yg jadi friends, sgt tidak sesuai.. kalo nk buat benda pelik2 (cikgu pn ada desire gk), simpan sendiri sudahhhh~ xperlu nk share kalo perbuatan itu tak sesuai utk ditonton remaja bwh umur~

itu je pandangan sy yg tak seberapa ini.. apepun, sy salute guru yg sebenar2 guru! :) -D-

Azura @ cik buaya said...

siapa cakap keje cikgu senang gaji banyak? ce suh orang tu try ajar budak tuk tempoh satu waktu..mampu bertahan atau tidak.. kepada cik engineer tu maybe dia lahir2 terus jadi engineer kot..tanpa belajar dari seorang GURU.. love zara :)

Anonymous said...

Well done dear Zara... hanya guru sahaja yg memahami tugas dan tanggung jwb seorang guru. Dah antar ke post u ni ke blog si engineer tu? Biar dia baca dan fikir2 kan kebenarannya...

Nur Fauzi Bassar said...

rambut same hitam, hati lain-lain.
lain padang, lain belalang.

blog du dah 'remove' rasenye.
mungkin tak tertahan asakan dan komen-komen pembaca.

awin nurul said...

pandangan si blogger engineer tu biasa seorang yang tidak bergelar guru.Bagi mereka kerja guru mudah, masuk kelas bawa marker mengajar terus.

Baiklah, kita memang tak ikhlas masuk kelas sebab itu kita selalu kena buat lesson plan untuk semua kelas pada hari itu.

*Terpaksalah tutup blog guru-guru sains lepas ni. maaflah murid-murid cikgu tak mau update blog dah lepas ni...(ye ke)

Annie Han Yeon Rin said...

Saya ada baca entry adik jurutera tu sebelum dia remove. Pada pendapat saya, penulisan beliau adalah pendapat peribadi beliau. Mungkin ada sebab tertentu kenapa dia come out with this idea of comment kepada golongan pendidik. Saya bukannya nak bersetuju dengan apa yang dia tuliskan apatah lagi menyokong bulat-bulat apa yang dia katakan.

Pada pendapat saya, kita seharusnya cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh adik tersebut. Ada fakta yang di utarakan oleh adik tersebut benar tapi dihuraikan dengan cara yang sarcastic iaitu bersifat peribadi dan ada juga fakta yang diutarakan kurang tepat dan tidak benar.

Mungkin juga adik tersebut cuba membandingkan pendidik zaman dulu dan pendidik zaman sekarang dari pelbagai sudut samada dari segi nilai moral, keikhlasan dan ketekunan dalam memberikan perkhidmatan kepada anak bangsa. Memang pendapat yang beliau berikan agak 'pedas' dan kita dengan mudah menunding jari kepada beliau di atas komen yang diberikan oleh beliau. Tetapi adakah kita perlu memandang kenyataan beliau dari sudut negatif tanpa menilai dari sudut positif? Instead of tried to think negative, why not we take what her said in positive way?

Memang golongan pendidik ini adalah golongan yang sangat mulia kerana tanpa pendidik tidak ada golongan pemimpin, golongan profesional dan cendikiawan yang berjaya. Tetapi cuba kita tanya pada diri kita sendiri, adakah apa yang dia tuliskan 100% tidak benar? In fact dia cakap bukan semua guru yang berkelakuan sebegitu. Tepuk dada tanya diri kerana memang kita akan cepat 'terasa' bila kredibiliti kita di persoalkan. Tetapi percayalah there must have a reason why she come out this idea. Bagi saya, setiap jenis pekerjaan ada pro and contranya.

Maafkan saya kalau tulisan saya ni tidak sedap dibaca. Ini adalah pendapat dan pandangan saya. Mungkin ada silap dalam memberi pendapat.

4feet8 said...

ala..tak dapat baca entry pasal cerita yg zara maksudkan..
sebab taktau citer sebenar, saya tak pergi pada mana-mana pihak.

kerana cikgu yang betul-betul all out(tahniah kerana jasa-jasamu menjadikan saya menjadi jurutera elektrik/bukan jurutera kilang). TQ semua cikgu-cikgu..

talk2ha said...

To be truth, ramai orang yang masih terperangkap dengan andaian lama. Cuma tak mengaku atau cakap belakang saja. Macam kerja cikgu senang, byk cuti, cikgu mesti baik macam malaikat (sbb akan jadi cth pd student), mesti buat mcm tu, tak boleh buat mcm ni.. dll.

Hakikatnya kita ini kan manusia.. Cikgu pun manusia juga. Lagipun ini kan zaman sains dan teknologi. Mungkin cikgu dulu tak buat, tapi mungkin skrg cikgu perlu buat. Mungkin ada sesetengah perkara dulu cikgu TAK PATUT buat, tapi skrg cikgu WAJIB buat. Dunia berputar, begitu juga kehidupan, asal kita masih pada paksinya, tak terkeluar dari batas2nya..

Farhana Aziz said...

Mungkin boleh baca sini untuk lebih memahami kesukaran bekerja sebagai guru. http://www.aimanazlan.com/2012/09/guru-kita-tak-dapat-buat-kerja.html

And, as a daughter of two teachers, I understand it quite well.

Teachers, you are doing a good job in making the future leaders of the world. :)

JunAina said...

Berfikir luar kotak. Lima orang anak kat rumah pun kita tak mampu nak tangani bayangkan satu kelas dengan lebih 30 orang anak murid. Bagi saya jadi cikgu ni banyak cabarannya.

Mungkin dia yang menulis telah memahatkan di hati hanya sifat2 negatif. Sebenarnya org macam ni sakit. Jiwanya perlu di ubat.

Anonymous said...

Lord Zara...thumbs up.love the way u write.. hanya guru shj yg memahami beban tugas masing2..

warx.hensem said...

oh, cikgu farhanah yang cantik dan baik itu..tak pernah marah..sentiasa senyum..kau pasti faham kenapa pelajar laki2 sentiasa cepat ke makmal kimia..walaupun tak tahu selesai formula kimia..

ahsfantasy24 said...

Cara dia macam sembang di kedai kopi..
Kesudahan Blog Ceyana Hina Profesion Keguruan - ahsfantasy24.com

AINA said...

Bole share url dia x? Nk tau sape y mghina kerjaya guru. Xde guru xde engineer. Xde guru xde doktor.

mohdrozaimizahari said...

Memetik kata kata ustaz abdullah khairi...engineer..doktor...peguam..arkitek...hakim...bukan lahir dr seorang ibu...dia lahir dr insan bergelar GURU...

mohdrozaimizahari said...

Memetik kata kata ustaz abdullah khairi...engineer..doktor...peguam..arkitek...hakim...bukan lahir dr seorang ibu...dia lahir dr insan bergelar GURU...

Anonymous said...

Meh le jd cikgu... dtg sekolah sy Yg pelajar 4k org... jd cikgu utk 1 minggu sesi ptg jecukup.... tmbah sikit minggu bertugas... n 1 minggu 28 waktu tak masuk waktu relief... pastukn jd plak guru displin... pastukan setiap rabu kene dtg pg, balikmptg 6.50 ptg.. setiap sabtu Ader program....

meh mak jemah nak nengok kau larat ke idok Jd cikgu... makan pon tak sempat... nk g toilet pon laju2... kl nak rase sila hubungi saya......... Sy sudi memberikan pengalaman itu tidak termasuk tanda buku ...