Friday, October 05, 2012

Awak Dan Dia Kurang Masa Berkualiti?


Awak.
Dalam seminggu banyak benda berlaku.
Dalam tujuh hari, banyak jumpa benda baru.
Alangkah dalam sehari, hidup boleh menjadi lesu.
Apatah lagi dengan gaya hidup tidak menentu.

Awak.
Hujung minggu pertama habiskan masa berdua.
Awak dan dia menghadiri acara.
Melakukan aktiviti bersama.
Walaupun hanya dengan minum kopi sama rasa.
Itu pun sudah lebih baik daripada tiada.

Awak.
Hari kedua yang dipanggil hujung minggu.
Lebih baik mungkin digelar permulaan minggu baru.
Awak dan dia entah kenapa seperti tidak sebulu.
Awak penat dan habiskan tidur memenuhi waktu.
Dia pula bekerja sambil menunggu.
Awak muncul sekali dua dan hilang selepas itu.
Dia senyum sahaja walaupun hati sedikit menggerutu.

Awak.
Permulaan hari kerja.
Kesibukan melanda.
Perkara semalam sudah dilupa.
Hujung minggu yang hangat dan sejuk terbuai leka.
Entah apa silapnya.
Berlalu dengan begitu sahaja.
Mungkin sibuk kerja ataupun urusan entah apa.
Masing - masing, awak dan dia.

Awak.
Dari sehari ke sehari.
Seperti kurang masa berkualiti.
Mungkin sebab sibuk kerja hingga lupa diri.
Yang masih wujud adalah ucapan selamat pagi.
Itupun kadangkala dia culas sebab sibuk menguruskan peribadi.
Sebelum ke tempat kerja sambil berlari.

Awak.
Dia termenung sambil fikir satu perkara.
Sudah lama dia tidak dengar suara.
Sudah lama dia tidak ucap selamat malam sebelum tutup mata.
Sudah banyak benda yang tidak dibuat bersama.
Mungkin sebab awak dan dia sibuk bekerja.
Sesekali ada bertukar pesanan dalam celahan masa.

Awak.
Apa mungkin dia lupa.
Semua tentang awak, semua perkara.
Kadangkala dia sunyi hingga buat perkara gila.
Suntikan dadah banyak hanya untuk buat dia gembira.
Mengingati masa yang diluangkan bersama.
Kadangkala mahu menjerit atau melaung juga ada.
Ah, hanya awak yang dia suka.
Susah juga bila awak tiada.

Awak.
Awak juga mungkin sedari.
Bahawa awak dan dia kurang masa berkualiti.
Awak tanya dia - dan dia jawab dengan senang hati.
Bahawa dia sudah terbiasa dari dulu sendiri.
Bila dunia dia kosong, dia akan isi.
Walaupun dia terpaksa kosongkan poket kiri.
Hanya untuk minum kopi.
Demi mengingati.
Awak dalam diri.

Awak.
Dia tanamkan dalam otak dia satu benda.
Masa berkualiti bukan bermaksud berhubung sentiasa.
Tetapi masa yang diluangkan walaupun seketika.
Itu yang dia rasa.
Awak pula?

http://farm6.staticflickr.com/5172/5398330887_721b54ea4b.jpg
[Sumber gambar]
Nota Kaki :
Ini bukan tentang kisah aku.

Zara : Adakah awak tahu bahawa masa minum kopi bersama adalah masa yang saya mahu curi daripada awak walaupun seketika cuma? (Shafaza Zara, 5 Oktober 2012)

7 comments:

fieq said...

sabar lah ye cik zara...
saya pun hadapi perkara yang sama..
sekarang pun dah masuk sebulan saya dan dia tiada masa berkualiti..
sedih tapi itulah kehidupan..sibuk bekerja...=))

Nur Laili Binti Iswan said...

Zara : boleh saya pinjam ke dalam blog saya untuk pasangan saya juga tahu, saya dan dia kekurangan masa berkualiti yang kritikal.. :"(

~emi~ said...

Whoaaa...terasa mcm luahan hati kita sendiri. Kita dan bf kita sama2 tahun akhir. dedua busy. Kurang waktu berkualiti dah lately ni. Kita sedih. Kita walaupun sibuk, kita cari jugak masa untuk dia. Tertunggu2 dia call or dtg jumpa kita, kejap pun jadi la. Tapi si dia pulak sibuk yang tak tahu nak cari masa langsung untuk kita. Kadang2 rasa nak mengamuk. Nak dia tahu yang kita nak dia luang masa untuk kita walaupun kejap. :"|

dhiashahida said...

sedih la baca entri awak...kurang masa yang berkuliti blh buatkan hbgn jd renggang kan...:(
singgah follow awak..salam kenal..:)

Mr. Zuhir said...

apakah maksud terpaksa kosongkan poket kiri?

Anonymous said...

Salam zara.. Ingat akak lg tak?
Kak nurul smk seri tangkak.. Kita jmpa di kursus catur

HusnaShuib said...

Masa... cepat ja tinggalkan kita. :')