Wednesday, October 10, 2012

Dua Perkataan.


Dua perkataan.
Kadangkala lebih dari perbuatan.
Walaupun sekadar satu percakapan.
Pemula bicara yang ada sedikit kejanggalan.
Ataupun pemati perbualan.

Dua perkataan yang sering sahaja dilontarkan sejak sedikit dewasa ini barangkali membentuk kita sebagai manusia. Lihat sahaja, dalam banyak benda yang selalu kita ucapkan - pastinya ada dua perkataan yang tidak akan terlepas dari bibir. Ya, kita sebut terima kasih bila orang buat baik ataupun menolong kita. Ada kita maki orang yang tolong kita? Ada juga - kalau orang tu menolong menjahanamkan masa hadapan dan kerjaya kita - memang terima kasih itu jarang kedengaran. Cacian, makian atau apa sahaja yang luncur langsung terus dari mulut. Benar bukan?

Jadi, mari kita lihat apa dua perkataan yang sering disebut orang.

01 - Terima kasih.
Ini benda yang aku dengar setiap hari. Daripada pagi sehinggalah loceng berbunyi. Ucapan terima kasih cikgu dah jadi benda biasa (tetapi masih lagi bermakna) untuk orang macam aku. Mungkin ada yang kurang sedar - ucapan terima kasih jarang kita dapat daripada orang - hatta penjual makanan sekalipun. Sampai satu tahap - kalau aku beli barang/makanan - aku akan cakap terima kasih pada orang yang menjual walaupun orang tu pandang pelik. Ala, apa salahnya saya ucapkan terima kasih pada makcik yang sediakan makanan ni kan makcik?

02 - Jaga diri.
Dah lama tak dengar pesanan begini. Baca selalu jugalah kot? Selalu pesan pada orang juga. Ala, kita semua pesan benda begini pada kesayangan kita semua kan? Hatta pada rakan - rakan atau sesiapa sahaja yang kita suka. 

"Awak, jaga diri. Bawa motor elok-elok"

Itu adalah contohnya.

http://farm4.staticflickr.com/3058/2599380911_382cb7190a.jpg
[Sumber gambar]

03 - Sayang Awak.
Ecececeh!
Tak nak mengaku ke selalu sebut begini?

kadangkala kita juga sebut Sayang Mak, Sayang Abah, Sayang Abang, Sayang Kakak, Sayang Adik dan sebagainya. Konsepnya sama. Eh, tak nak terima juga?

Heh!

Sebenarnya ada benda lagi panjang mahu dikongsikan tapi memandangkan aku terikat dengan jadual yang boleh bikin jiwa rengsa atas beberapa perkara, nanti sahaja aku sambung.

Jumaat (12/10) hingga Ahad (21/10)
Johor Bahru 2 hari - Ledang 2 hari - Muar 4 hari - Kelantan 3 hari.

Itu sahaja.
:)

Zara : Aku nampak proses kau padam kenangan beku masa yang kau pernah kongsikan dengan aku semalam. Bukan aku tidak tahu - bukan aku tidak nampak - tapi daripada beberapa yang kau simpan dan kongsikan - aku nampak siapa kau yang cuba kau sembunyikan. Kadangkala kau boleh terus menipu, tapi jangan kau sakiti aku. (Shafaza Zara, 10 Oktober 2012)

3 comments:

BonekadalamChermin said...

nota kaki:

benci awak.
(dalam hati: susahnya nak lupa awak!)

:)

hai awak.

shandye. said...

Dua perkataan: amboi kau.

Sekian. Mendalam tak?

=)

Mohd Pk said...

jelajah tambah ilmu