Thursday, November 15, 2012

Agak Dah.


Kadangkala berbual sekali sekala boleh mendatangkan rasa gembira. Mendengarkan suara yang buat hati rasa suka dan bahagia walaupun jarak boleh tahan jauhnya. Barangkali itu juga penyebab Skype dengan tengok video sahaja boleh bikin masing-masing punya emosi yang acapkali mengundang ketawa serta masam muka. Berubah tidak tentu hala.

Jadi hari itu, entah bagaimana boleh terlintas mahu mendengar suara - itupun terlupa siapa yang telefon siapa, ada perbualan yang mencuit hati dan bikin ketawa (sekurangnya menghilangkan tekanan kerja dan kesibukan yang melanda).

Dia : Susahlah kawan dengan dia ni.
Aku : Susah apanya?

Dia : Ye la. Kawan dengan Lord Zara.
Aku : Dah kenapa? Lord Zara tak bagus ke?

Dia : Nak ada gelaran juga.
Aku : Nak gelaran apa?

Dia : Kalau awak guna Lord, saya nak nama juga.
Aku : Oh. Kalau saya Lord, awak guna Duke la.

Dia : (diam)
Aku : Hello.
 
Dia : Lord dengan Duke mana tinggi?
Aku : Lord (gelak)

Dia : Agak dah. Tak nak. Tak nak.
Aku : Ala ala ala.

[Sumber gambar] : Aku sengaja letak gambar ni. Heh!

Nota Kaki :
Bukankah setiap orang layak mahu cari bahagia sendiri?

8 comments:

saljuhumairah said...

semoga mendapat rezeki "bahagia"..
kerana semua hambaNya layak untuk memiliki...

salah satu jalannya adalah bibir dan hati berzikir memuji dan memuja pencipta cinta...setiap saat berada didalamNya...hanyut bersamaNya...

bahagia akan menjelma walau didalam duka...sehingga duka dan sepi dapat bersamaNya...

g0m0k9enDek said...

yesss... nak menang juge..

ELeEa said...

cute je 'sembang-sembang' dia =)

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Bidadari Besi said...

Comel je :)

Izzat Aziz said...

Bagi gelaran laird je lah. haha
sama makna lain eja.

**hudalulu** said...

cute gambar tu :p

reenapple said...

comel.. ^__^

#setuju dengan nota kaki. =)