Sunday, November 25, 2012

Awak, Bukankah Awak Kenal Dia?


Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Setiap inci hidupnya ada dalam minda.
Setiap gerak lakunya awak boleh baca.
Jadi, mengapa kerap mahu bertanya?
Tentang dia setiap masa.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Dari senyuman dia, awak boleh teka.
Dari gerak laku dia, awak sudah boleh cerita.
Dari perkataan terhambur, awak boleh rasa.
Tapi kenapa awak masih lagi mahu persia?

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Dia sudah berpunya.
Untuk apa lagi awak bertunggu tangga.
Untuk apa lagi awak mahu kononnya setia.
Padahal dia tidak pernah cinta.
Dengan awak yang pasang angan gila.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Diri awak tidak pernah wujud dalam mata.
Apatah lagi terlintas dalam minda.
Bagaimana awak mahu laungkan awak derita?
Menunggu dia separuh gila.
Sedangkan kewujudan awak langsung tiada khabar berita.
Dalam hidupnya, awak tidak pernah ada.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Penungguan awak hanya buang masa.
Lebih baik awak lakukan benda berharga.
Daripada mengharapkan dia terjaga.
Menyedari kehadiran awak yang renungnya tanpa putus asa.
Sedangkan dia hidup dengan bahagia.
Dengan ceritera dia penuh gembira.

Awak.
Bukankah awak kenal diri sendiri?
Apa yang awak mahukan dalam hidup ini?
Sudah tentu hanya awak yang mengerti.
Kenapa mahu terus seksa diri?
Bergelut dan terus menanti.
Bahkan sudah separuh mati.
Demi dia yang langsung tidak memahami.
Kehadiran awak tidak disedari.

Awak.
Mengapa mahu menunggu kepunyaan orang?
Sudahlah cukup gila bayang.
Jangan sampai mabuk kepayang.
Pusing kepala hingga otak bergoncang.
Awak sendiri tidak suka hak disailang.
Mengapa mahu mencari pasal dan mencetus perang?

Awak.
Sudah tiba masa untuk berhenti.
Dari buang masa menanti.
Lebih baik belajar sayang diri sendiri.
Itu lebih baik dari awak meracau tidak henti.
Belajar kenal hati.

http://farm4.staticflickr.com/3277/2767889592_1d545911c2.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita perlu belajar mengenal diri sendiri sebelum belajar mengenal manusia lain yang wujud dalam hidup kita. Bagaimana mahu tentukan hidup bila hati sendiri pun kau tak mampu baca? (Shafaza Zara, 25 November 2012)

7 comments:

Aif said...

dalam kebenaran hati masih sayang.
dalam kesetiaan yang disandarkan pada kenangan yg di angankan dimasih mampu setia walaupun dia sendiri mengerti bahawa dia tidak akn mampu miliki.
;)

@YUNID@TI said...

; )

Skull Writers said...

cinta itu rumit..

hati lagi rumit...



~Nico Robin~

wany kelip-kelip said...

bila dia tahu kita sedang mencari bahagia,dia kembali memburu untuk mencari bahagia yang pernah dia tinggal tanpa kata :)

shina daniella said...

masih juga saya percaya dengan rindu seribu tahun... masih menunggu.

EZAN IDMA said...

yup. kenal diri sendiri dulu

Cik F said...

susah nak buang harapan..