Thursday, November 08, 2012

Awak, Itu Kan Fizikal Kurniaan Tuhan?


Awak.
Manusia memang aneh.
Selalu ambil berat benda remeh.
Walaupun diri sendiri sememeh.

Awak.
Dia seorang yang tinggi.
Tapi awak tolak dia pergi.
Sebab awak kata kalau tinggi, susah nanti.
Bila dia tanya kenapa awak buat begini.
Awak kata sukar cari seluar bila tinggi.
Apatah lagi baju hinggalah ke peralatan rumah terkini.
Dia awak tinggalkan sepi.

Awak.
Dia seorang yang cerah.
Menarik kulitnya, putih merah.
Macam kumpulan Korea yang awak berbunuh marah.
Siapa yang lihat dia pasti menoleh, ghairah.
Tapi awak tolak dia mentah-mentah.
Dia hairan dengan sikap awak yang buatkan hatinya musnah.
Dia tanya awak kenapa sambil tahan lelah.
Awak kata terlampau putih seperti berpenyakit parah.
Macam pontianak Twilight yang awak menyampah.
Awak benci Edward Cullen tapi lepaskan pada dia, sampah!

Awak.
Dia seorang yang kurus.
Awak kata dia macam orang tak terurus.
Bagaimana orang yang suka makan boleh jadi lurus.
Tegak tanpa potongan badan, terlampau halus.
Tergamam dia dengan kenyataan awak yang terturus.
Tusuk ke dalam jiwa dia yang mendengar, hati bagaikan direbus.

Awak.
Si dia yang kurus, cerah dan tinggi berlalu pergi.
Tinggalkan awak supaya awak cari pengganti.
Bahkan dia bina hidup yang lebih bahagia tanpa awak di sisi.
Dia pandang awak dari jauh semoga awak gembira nanti.

[Sumber gambar]

Awak.
Perjalanan hidup awak teruskan.
Satu demi satu manusia jadi persinggahan.
Awak teruskan permainan.
Untuk memulakan satu perhubungan.
Dan akhirnya awak terhenti, jumpa seorang teman.

Awak.
Dia seorang yang gelap kulitnya.
Hitam berlengas mungkin sesuai menggambarkan rupa.
Tapi orang lain pandang dia cantik bergaya.
Pada awak kulit dia hitam macam Afrika.
Tapi awak lupa satu perkara.
Ada Afrika yang putih kulit, mulus rupa.
Awak benci dengan dia kerana dia hitam muka.
Awak kata nanti rosak keturunan, baka keluarga.

Awak.
Dia seorang yang rendah badan.
Pendek, bantut adalah sesuatu yang orang permainkan.
Padahal saiznya adalah normal bagi Asia punya ukuran.
Tapi awak tetap tolak dia bagaikan sebuah permainan.
Bila dia tanya dengan air mata berlinangan.
Apa yang dia terima adalah sakitnya jawapan.
Awak kata ini untuk kebaikan keturunan.
Pendek sangat tak baik untuk kesihatan.
Awak, dia terpempan.

Awak.
Dia seorang yang gemuk.
Dia selalu dihina dengan perkataan yang teruk.
Tapi dia tidak pernah mengamuk.
Walaupun hatinya bagaikan dijeruk.
Awak tolak dia dengan jerit dia bagaikan beruk.
Dia tertanya mengapa awak bertindak begitu buruk.
Awak kata tubuh gemuk, hanya akan bikin peluh busuk.
Walaupun kenyataannya dia tidak begitu - hatinya tercucuk.
Jiwa dia kosong bagaikan ditebuk.
Dengan sikap awak yang serupa tenuk.

[Sumber gambar]

Awak.
Si dia yang gemuk, pendek dan gelap pergi.
Dia berjalan menjauhkan diri.
Hati dia patah untuk bersama lagi.
Kata hinaan awak buat dia rendah hati.
Dia bertekad enggan mahu kembali.

Awak.
Sebelum dia bergerak pergi, dia tinggalkan awak satu pertanyaan.
Apakah awak adalah Tuhan?
Awak hina setiap fizikal yang dikurnia, penuh kesempurnaan.
Apakah awak sempurna hingga tiada celaan.
Kalaulah awak ingat apa yang tajam dalam pemikiran.

Awak.
Dalam banyak benda yang awak nilaikan.
Kenapa awak tidak mahu manusia yang bijak akal fikiran?
Bukankah itu lebih bagus dalam merancang keturunan.
Ataupun fizikal itu lebih penting dari aspek keagamaan?
Hidup awak, awak tentukan.

Nota Kaki :
Cedera.

9 comments:

reenapple said...

Ruginya dia.

takky said...

kejam ye org 2....

Syida Rasyidah said...

suka ayat ni,

" adakah awak adalah Tuhan? "

Anonymous said...

yg DIKEJAR xdpt, yg DIKENDONG keciciran..itula sesetgh manusia bila memndang apa yg ada dari menilai apa yg tersembunyi..bila yg tercicir membina bahagia, mula la dtg derita lama

yana said...

realiti hidup zaman sekarang.
gemuk salah, kurus pun salah.
manusia memang suka menilai walau diri tak sempurna. :)

herza hummels said...

pernah diterjah hinaan fizikal. sang arjuna menghantar pesanan: kau hanya layak bersahabat dengan bulan kerana keadaan wajahmu sebegitu. sebak dadaku..

zuhaida said...

manusia biasalah, kadang-kadang walaupun orang itu dah cukup baik, dia tetap tidak mahu. katanya mahu cari yang lebih sempurna. padahal dia juga tidak sempurna.

shandye. said...

mohon izin kopipes letak kat belog sendiri. eh.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@shandye :

Silakan.
Silakan.

:)