Friday, November 23, 2012

Kahwin Kod.


Terjumpa dengan bekas pelajar masa keluar tadi. Walaupun tak ingat nama, tapi wajahnya masih tak dilupakan. Nampak dalam stroller ada bayi, yang dikendong ada seorang, yang dipimpin seorang - sudah ada anak 3.

Dia : Cikgu, ingat saya lagi?
Aku : Muka ingat, nama maaf, saya terlupa.
Dia : Saya dulu yang menangis cikgu pindah.
Aku : Ah, maafkan saya. Anak ke ni?
Dia : Ya, anak-anak saya semua ni.
Aku : Wah! Tahniah!
Dia : Cikgu dah kahwin?
Aku : Belum.
Dia : Takpe. Cikgu boleh jadi nenek muda pada anak-anak saya.
Aku : Heh!

Nenek muda eh?
>.<"

*******

Kopi : Nak pakai baju warna apa?
Frappu : Pakai baju kaler biru. Kod #13E8EC
Kopi : Ewah. Melampau guna code.

http://farm4.staticflickr.com/3048/2834630097_ce40316983.jpg
[Sumber gambar]

Hari ini dia balik dan kirimkan pesanan lagi.

"Awak, kasut baru saya warna #FFFFFF, #F2F23C & #000000."

Ambik!

7 comments:

oshinz said...

kahkahkah.. kaler #00000 tu je yang saya tahu. kaler itam kan.

Cik Syida said...

Wah..siap hafal kod warna ni..teruja baca! :D

didie noxious said...

nenek muda=)

Terbang Bersamaku said...

nenek muda...? ehehhee..:)
itulah untungnya jadik cikgu...>,<"

sy tak pernah ingat kod2 warna nie semua..huhuhu...:p

misz aisya said...

aiyakkk..sudah anak 3???

Lea MySara said...

guane boleh hafal dume kod tuh.. hahaha unik nya nenek muda. hahahaha

wany kelip-kelip said...

rare!