Saturday, December 29, 2012

Anugerah.


Salam.
Masih lagi menghantar #JIWA bagi mereka yang mengutuskan email buat aku. Terima kasih atas sokongan kalian ke atas aku selama ini. Bagi yang muncul entah dari mana, mendengar dari raka-rakan mereka sekalipun, walaupun aku tak mengenali kalian dan kalian juga tidak kenal aku, terima kasih atas kesempatan menghantar pesanan mahukan ia dari aku.

Sudah tentu aku gembira kerana dalam erti kata lain, tulisan aku dalam #JIWA adalah hasil yang aku kalau boleh tidak mahu orang curi ambil dari blog aku. Walaupun aku cuma menulis sebagai terapi di sini, pastinya aku tidak mahu ada tangan-tangan yang jahat, sedaya upaya juga mencuri tulisan aku ini. Sebahagian daripada tulisan aku adalah cerita hidup aku. Cerita yang kalau buruk, baik, anehnya, memang diri aku. Jadi bila orang curi dan kata itu adalah tulisan mereka, aku mahu bertanya :

"Adakah hidup kita terlampau serupa?"


Tapi itulah.
Aku manusia yang biasa-biasa. Orang kenal aku mungkin hanya kebetulan terjumpa blog aku yang tidak seberapa. Hampir tiada dihiasi dengan gambar-gambar peribadi aku memandangkan ramai sudah yang kata mahu muntah kalau aku letak gambar sendiri (Maaf, aku ketawa dengan ini) - tetapi iya juga, kalau kau mahu lihat penulis yang cantik bergaya, bukan aku orangnya. Belum pernah menjadi model mana-mana lagi (mungkin).

Abaikan tulisan yang tiba-tiba seperti luahan perasaan. Aku sedang berusaha memilih tulisan yang bagaimana sesuai untuk diletakkan dalam catatan peribadi terbaru aku. Barangkali kalau aku sudah bersedia, aku akan keluarkan ataupun entah bagaimana. Tengoklah nanti kalau aku suka atau gembira.

http://farm9.staticflickr.com/8499/8320029875_f7cdbe341e.jpg
[Flickr Aku]  - Dalam proses.

Doakan kerja aku siap.
Kalau dah siap, aku akan beritahu.
Heh.

4 comments:

LuarDalamDuniaYaya said...

blog zara dah ada wajah baru. cutee sgt. :D
suka baca blog zara. teruskan menulis :)

Izzat Aziz said...

kena cari penulisan yang kita selesa, aku pun masih lagi tercari-cari. baru perasan ada logo United. hehe

░♥si lampu neon♥░ said...

halooo im bek. baru boleh view :P hehe..
insyaAllah wish u all the best :)

kay_are said...

aku rase aku r kot yang datang entah dari mana mana tu.. tapi aku bace dah jiwa tu dan memang lain dari yang lain r care ko olah element utama dalam jiwa tu(aku rase r) iaitu chenta. Takde r jiwang memanjang macam yang dah bese aku bace..