Monday, December 10, 2012

Awak, Jangan Obses Artis Sangat Boleh?


Awak.
Semua orang ada sesuatu yang mereka minat.
Minat pada lagu sehingga borong semua cakera padat.
Sanggup tahan nafas hadiri konsert walaupun malam pekat.
Demi kononnya tuntutan sebagai peminat.

Awak.
Tak salah suka pada artis.
Yang salahnya bila awak layangkan imaginasi sadis.
Awak khayalkan fantasi depan dia yang tahan tangis.
Pada awak itu cuma mimpi manis.
Tiada niat mahu tukar hubungan jadi tragis.
Tapi awak, dia rasa obsesi awak jadikan semuanya najis.

Awak. 
Dari Yuna, Neelofa hingga Lisa.
Awak boleh khayalkan semua.
Dari Aaron, Zahiril hingga Hazama.
Awak boleh mimpikan segala.
Tapi, tidak perlu nampakkan obsesi gila.
Si dia makan hati bagaikan dia tidak wujud depan mata.

Awak.
Kalau awak lelaki.
Si gadis mungkin makan hati.
Dia bersungguh depan awak - tonjolkan diri.
Tapi di mata awak, hanya nampak bayangan selebriti.
Yang awak puja, walaupun awak kata hanya minat tidak bertepi.
Tapi kan awak tahu hati gadis-gadis yang cepat hilang sekuriti?

Awak.
Kalau awak perempuan.
Hentikanlah jeritan.
Setiap kali awak nampak si artis lelaki pujaan.
Setiap lelaki yang datang perlu penuhi ciri artis impian.
Yang tak kena di mata, tak sama - awak ketepikan.
Pada awak, nama si dia pun harus seakan.
Mana mungkin semua impian akan jadi kenyataan?

Awak.
Betul itu mungkin hanya cemburu.
Yang kadangkala membuta tuli sampai rasa nak lempang jadi bisu.
Cuma itulah, jangan dimulakan dulu.
Benda yang boleh merosakkan hubungan kamu.
Walaupun sekadar artis yang suam-suam kuku.

Awak.
Hati si dia itu jagalah - bagai menatang gelas susu.
Taku nanti asyik tarik muka ketat bagai getah beku.
Lama-lama awak juga yang rasa berbulu.
Pengakhirannya, hubungan bagaikan dilempar batu.
Hancur berderai, berdebu.

Awak.
Kalau awak minat gila.
Minat senyap-senyap sahaja.
Buat bagaikan tiada apa bila berdepan dia.
Ah, bukankah lebih baik berlakon, berdrama?
Demi jaga hati mereka?

Awak.
Selamat mulakan cerita.
Kalau sudah tamat, tidak salah coretkan semula.
Semoga bahagia.

http://farm8.staticflickr.com/7035/6833485833_ac480b97c7.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita tidak tahu bahawa apa yang kita selalu perkatakan mungkin menyinggung hati seseorang yang rapat dengan kita. Jadi, jagalah tutur kata dan bual bicara. (Shafaza Zara, 10 Disember 2012)

2 comments:

Kniedaz said...

Salam
akak setuju dengan kamu

Rapunzeel Cikilolo said...

lebihkan retis dr orang tersayang.

apekah?