Monday, December 24, 2012

Cinta Simpati.


Salam.
Menuju ke penghujung tahun. Dengan pelbagai benda yang dilalui, aku rasa setiap daripada kita sudah mula menikmati kehidupan seperti yang kita mahukan. Sedikit sebanyak, kita semua mungkin tidak sama seperti di awal tahun, mungkin di awal tahun kita bersama dengan orang lain, hujung tahun kita sudah bersama orang lain - ataupun di awal tahun masih lagi bujang, di akhir tahun sudah menunggu kelahiran cahaya mata. Tahniah kepada kalian yang berjalan mencari bahagia dengan senyuman sentiasa di muka.

(Senyum)

Begitulah kehidupan. Semalam aku ada diajukan dengan pertanyaan (tapi aku lebih suka menyatakan ia perkongsian kerana aku bukan orang yang layak untuk ditanya) tentang bagaimana mahu diajar perasaan, hati apabila cinta yang hadir adalah bukan disebabkan kemahuan sendiri, tetapi lebih atas dasar simpati?

"Assalam Zara. Macam mana kalau kita bercinta, tapi cinta kita bukan sebab kita suka, tapi kita simpati? Simpati dengan banyak benda tentang dia, lama-lama dia jatuh hati, dan kita terima dia sebab simpati dan kasihan. Tak nak dia terluka kalau dia tahu kita sebenarnya tak suka dia"

(soalan di atas aku telah susun semula ejaannya)

Beginilah ya.
Aku rasa sebahagian daripada kita pernah melalui benda begini, rasa terhimpit dan tersepit kerana apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, mendengar setiap keluhan mereka menyebabkan mereka menaruh harapan sehingga meluahkan rasa kepada kita. Ya, perasaan mereka mungkin tulus, atas dasar kepercayaan yang tinggi dan sebagainya, tetapi di pihak kita, itu sesuatu yang tidak dijangka (melainkan sebelum itu kau tolong atas dasar menyimpan perasaan juga). Jadi, bagaimana mahu selesaikan perkara begini, ataupun sekurangnya mencari jalan melegakan hati?

http://farm5.staticflickr.com/4150/4991548779_f4002fb6dd.jpg
[Sumber gambar]

Langkah 1 : Tanya diri kita sendiri dahulu.

Ya, tanya diri kau sendiri sama ada betul-betul tiada perasaan dengan dia ataupun tidak. Mungkinkah terselit sekelumit cinta di hati tanpa kau sendiri sedari yang terhalang oleh beberapa perkara seperti dia masih menjadi hak orang lain (ni kes kalau kau terjebak dengan kekasih/tunang/suami/isteri orang) ataupun beberapa isu seperti dia pekerja/majikan kau, ataupun isu-isu yang sensitif seperti agama dan sebagainya. Tanya diri kau sendiri, sebab di bahagian ini, yang kenal kau hanya diri kau sahaja.

Langkah 2 : Dapatkan pandangan orang lain.

Mungkin juga mendapatkan pandangan orang lain akan mengubah sedikit pandangan kau dalam isu ini. Disebabkan kadangkala kita rasa takut hendak melukakan hati orang, maka kita lenjankan sahaja hati kita sendiri sehingga parah dan pasrah, lebih baik dapatkan nasihat daripada sesiapa sahaja yang kita rasa perlu. Kalau aku, aku biasanya akan tanya pada orang yang aku percaya ataupun sesiapa sahaja yang aku suka. Maksudnya, kadangkala dengan orang yang tak dikenali pun aku boleh tanya disebabkan pandangan mereka tidak akan berat di mana-mana pihak sebab dia tak kenal pun kita ataupun orang yang kita tanya. Neutral. Hah!

Langkah 3 : Berhadapan dengan dia.

Bila kau dah rasa bersedia, silakan berhadapan dengan dia. Beritahu sendiri apa perasaan kau pada dia. Ceritakan apa yang kau sendiri rasa. Kalau betul kau pun suka dia, dah cantiklah tu. Kalau kau tidak suka dia, dan hanya mahu rapat sebagai seorang kawan, beritahu dia sejujurnya. Betul, cinta boleh dipupuk selepas itu, tapi, terpulang pada kau. Sama ada kau mahu ataupun tidak. Pilihan di tangan kau. Sejujurnya, kalau kau tiada perasaan, dan kau teruskan juga sebab tak mahu dia kecewa - andai satu hari nanti, takdir tidak bersatu, apa perasaan dia bila kau beritahu dia (atau dia terdengar dari orang lain) ayat begini :

"Sebenarnya aku tak suka kau. Dulu tu aku terima kau sebab simpati je"

Jahanam beb perasaan orang kalau dengar benda begitu. Kalau kau dengar benda yang sama dari orang yang kau suka pun jahanam juga perasaan kau kan? Jadi, lepas kau terangkan pada dia, kalau kau hanya mahu berkawan - beritahu sekali sebab mengapa kau tidak boleh menerima dia, selain daripada dalam kepala kau hanya sebab simpati. Beginilah, bab simpati tu, lebih baik kau simpan sendiri dalam hati. Sebab kalau kau luahkan mungkin terluka. Tapi kalau dia mendesak sangat, kau boleh sahaja cakap begitu (risiko tanggung sendiri.

"Saya tak boleh suka awak. Saya kesian dengan awak je hari tu. Tak boleh tengok awak sedih. Awak kan kawan saya?"

Macam boleh terpujuk juga dengan ayat begitu kan? Maksud aku, dengan ayat terakhir, sebab walaupun ayat mula-mula nampak kau tolak dia, tapi ayat terakhir menunjukkan kau mahu kekal sebagai kawan sahaja.

Langkah 4 : Keputusan.

Kalau dia boleh menerima dengan hati terbuka, alhamdulillah. Kalau dia memutuskan untuk tidak mahu berjumpa kau lagi sebab segan dan kecewa serta alasan-alasan lain, maka kau perlu redha. Sebab perasaan tidak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk (ni yang orang kita selalu lupa ni). Tapi itulah, kalau kau sebenarnya dah kahwin atau ada hubungan lain, kalau benda begini berlaku, cepat-cepat jauhkan diri. Jangan biarkan hubungan sedia ada yang kau punya tu terjejas.

Sayangi diri sendiri dulu boleh?

Zara : Kadangkala kita boleh ajar diri kita senyum bila menghadapi apa sahaja. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri kekal muda dan sihat perasaan serta jiwa. Adakah kau mahu tua sebelum usia? (Shafaza Zara, 24 Disember 2012)

16 comments:

Ayu azmir said...

asslamualaikum zara.... suka rumah baru die....

Cik Kaishi said...

menarik!
dan aku tahu perasaan itu...
selepas aku bertunang, dia ckp
"hubungan kita ni cuma kebetulan,"
jadi aku tau, ianya cuma simpati.. dan kami putus...

p/s: semoga ALLAH bagi bahagia untuk dia, untuk aku dan untuk semua makhluknya.

misz aisya said...

sy bace entry ni seolah-olah sy tgh hadapi dilema. serius kemain dgn dahi kerut penuh fokus. haha over tak?

yup, sy setuju dgn akak. bab hati sndiri, kite je tau. kdg2 kite xsdr perasaan tu skdr kawan atau sudah pun lebih dri tu. mcm mne nak tau? sy bygkan dy prgi dri idup sy. kalau sy sedih n xsanggup, means dlm hati sudah ade sesuatu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Salam.

Terima kasih Ayu :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Alahai.
Besarnya dugaan kamu.

Ameen. Ameen.
Semoga kamu dan dia menemui kebahagiaan yang kalian mahukan :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha.
Serious sungguh tu :)

Tapi kadangkala, perasaan tu hanya disebabkan kita dah terbiasa dengan kehadiran dia. Kewujudan dia dalam hidup kita - bukan bermakna kita ada perasaan dengan dia.

Anonymous said...

Sebanarnyakan, bagaimana kita nk tahu kita betol2 syg @ cinta kat dia? Perasaan ni susah sgt nk ditafsirkan..

Nur Syuhada Mohd Rabi said...

Sy dlm situasi ni sekarang. Sakit hati sgt bila dia xtolak tp trus bg harapan n tetiba dia couple dgn org lain n ckp yg hubungan kitaorg slama ni atas dasar simpati dgn sy je. Rasa diri mcm dipergunakan lak bila dia buat cmtu. Klu dia bterus terang n tolak dr awl mungkin tak sakit. Nk recover tu ambil masa gak sbb benda ni bru blaku.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kalau kita kenal diri kita, kita tahu camne hati kita, itu bukan masalah.

Takkan setiap kali jantung kita berdebar tengok orang, setiap kali itulah cinta hati kita kan?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Haish.
Takpe dear.

Be strong ok?
Just benda ni ikut masa, ikut keadaan diri. Silap dia juga yang tak beritahu dan mungkin juga silap awak sendiri yang tak bertanya awal2, dapatkan kesahihan.

Tapi tak mengapa.
Hidup masih panjang lagi :D

reenapple said...

Bila aku baca ini, baru aku tahu, rupa2nya ada juga cinta berdasarkan simpati. Tak pernah alami tapi aku tahu perasaan kecewa disebabkan hal ini. Oh,... mungkin berkahwin berdasarkan rasa simpati juga sama dengan ini?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ada.

Sebab tu kadangkala kita boleh baca kes-kes yang kononnya berkahwin kemain lama, tapi boleh terlepas di tengah jalan dengan alasan begini.

Mengecewakan banyak pihak kan?
:(

Annee said...

Nice entry :D Sbnrnye pernah jugak mengalami situasi mcm ni..huhu..sedikit sebanyak dapat membantu :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Semoga bertambah kuat :)

Primadona said...

Dulu pun pernah mengalami rasa macam ni tapi saya pendamkan sahaja sebab tak nak lukakan hati dia.Bila dia dapat tahu dia kecewa sangat dan tak nak tegur saya dah.Sekarang masing-masing dah bawak haluan sendiri.Skrg lebih fokus dengan study je la.

PAIDI HASAN said...

Salam... pernah dapat juga ayat tu..
Btw terima kasih atas perkongsian...
Great blog...

www.paidihasan.com