Thursday, December 20, 2012

Perlu Apa?


Dah lama menulis untuk blog.
Menulis untuk semua perkara sebagai terapi.
Tapi, perlukah kau rampas apa yang aku sukai?
Hanya disebabkan aku tulis benda yand dekat di hati.

Jujurnya, aku tak faham dengan sikap sesetengah manusia yang merasakan diri mereka mempunyai kelebihan hingga mahu menghukum sesuka hati. Seringkali juga aku tertanya-tanya, atas sebab apa, benda yang kita suka lakukan, kita buat dengan gembira, ada sahaja manusia lain yang cuba lemparkan kata-kata hina. Bukankah secara normalnya, bila benda yang kita tidak suka, kita akan hidari sepenuh jiwa?

Kau benci bau busuk tahi.
Kau akan pastikan kau tak terhidu.

Kau benci longgokan sampah.
Kau akan pastikan tiada benda bersepah.

Tapi anehnya, ada segelintir yang masih mahu menadah. Mencari mana perkara yang boleh dilampiaskan nafsu amarah mereka tidak tentu hala. Aku menulis (sebab aku tak boleh bercakap di sini kan?) - bukan bermaksud aku hebat ataupun aku bagus daripada kalian yang kebetulan membaca. Tapi beginilah. Aku kenal sebahagian sahaja daripada mereka yang membaca blog aku, itupun kalau mereka menitipkan ulasan dengan pengenalan diri ataupun mereka berkomunikasi dengan aku di Twitter, FB ataupun email. Itu pun aku kenal biasa-biasa sahaja, tidak pernah bersua muka dan kalau ada pun, terjumpa di acara buku yang aku hadiri.

Ini pelik.
Kau tak pernah ketemu, tapi kau lempar tuduhan jelik.
Kau canangkan kuat dan tidak berbisik.
Satu persatu tentang aku yang kau tidak risik.

Untuk orang begini seharusnya tidak perlu dilayan. Tapi kalau asyik mengadu domba sampai entah celah cerita saling menjamah telinga, aku tak mengerti apa yang kau cuba buktikan atas dunia. Sudahlah kalau kau tidak mahu meninggalkan nama, kau caci maki hingga menghilangkan minat untuk titipkan aksara. Bukankah kalau kita benci sesuatu itu, kita akan mahu lupa? Ini kenapa kau kerap menjengah dan putar belitkan fakta? Janganlah jadi macam yang kanak-kanak selalu katakan, "Ini namanya cinta?"

Aku ada hidup aku sendiri.
Hidup yang aku jalani.
Kehidupan yang aku mahu nikmati.
Malangnya, kau tiada dalam senarai ini.

Oh, sebenarnya aku menulis kali ini disebabkan aku terbaca sesuatu dari blog yang sering aku lawati. Walaupun aku tak ikut blog tersebut, tapi sebab aku hafal URL blog tersebut, memang itu menjadi bahan aku senyum setiap hari. Aku rasa aku dah baca blog tu sejak aku di universiti - buatkan aku kuat disebabkan ada orang lain yang teruk dimaki tetapi masih kuat berdiri dan membuktikan bahawa cakap orang tidak akan menjatuhkan mereka. Terserah kepada Yang Maha Berkuasa kan?


❝ This is why you should never, ever get your hopes up. This is why you should see the glass as half empty. So when the whole thing spills, you aren’t as devastated. ❞ - Something Borrowed


[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala, orang yang langsung tidak mengenali kita seperti kita juga tidak mengenali mereka - memberikan kita kesan yang sangat mendalam dalam hidup. Ada yang baik, ada yang buruk - tetapi harapnya yang baik lebih banyak. (Shafaza Zara, 20 Disember 2012)

2 comments:

ahsfantasy24 said...

kita tak layak menghakimi :)

reenapple said...

susah nak puashkan hati semua pihak.. lebih -lebih lagi yg tiada kaitan dengan kita secara langsung..