Wednesday, December 26, 2012

Suara Awak.


Biasanya orang kita ni tak tahu nak cakap tegak kepada tujuan. Berkias sana. Bagi petunjuk sini. Tapi nak beritahu tepat apa yang dikatakan, mereka kurang mengerti. Macam juga perasaan, isi hati. Nak beritahu suka, kemain sampai menggambarkan bulan, bintang, segala alam semesta. Nasib baik angkasawan belum dimasukkan lagi (mungkinlah).

Bila rindu, tak tahu nak beritahu macam mana. Pendam dalam hati, nak beritahu segan. Tapi bila simpan, rasa macam nak lempang diri sendiri, pengecut aneh belaka.

"Awak, dah lama tak berbual kan?"
"Ni kita bukan berbual ke?"

Guna aplikasi yang setakat menaip ni kadangkala boleh minta maki sebab memang berbual sebenarnya kan? Tapi tak keluar suara, dah menaip sahaja. Takpe, takpe. Memang begitulah, ada yang menganggap sebab dah sibuk menaip, makanya nak berbual guna suara tak perlu. Sebab benda yang nak diperkatakan menggunakan suara dah habis guna aksara.

(tarik nafas, selepas beberapa hari)

"Awak, macam dah lama tak dengar suara"
"Eh, macam teringat sesuatu la"

Terus keluar topik lain. Layankan sahaja sebab ye la, nak beritahu jujurnya rindu, tapi tak pandai. Dah termasuk tajuk lain, lupa sekejap arah tujuan nak bercakap apa. Sabar, sabar.

"Awak, kalau orang beritahu awak, dia rindu suara awak, apa yang dia maksudkan ya?"

(lama tunggu)

'Dia nak suruh saya telefon tu"

(selang beberapa minit, telefon berbunyi)

Nasib baik faham oit!
Kalau dia tak faham?
Hah!

[Sumber gambar] - Dah macam kulit Kelabu dah.

Zara : Kadangkala kita perlu cakap tepat sahaja ke muka orang yang kita suka, kalau tidak, kita sendiri sengsara. (Shafaza Zara, 26 Disember 2012)

12 comments:

Eazy Izzuddin said...

Ya betul sis hihi

ahsfantasy24 said...

Terus terang tu diperlukan dalam banyak keadaan :)

Qayyie Adie said...

Sangat sweet <3 ^^

e_darel said...

Gua tengok gambar tu terus terfikir kulit kelabu . Kahkah .

secretgarden said...

Kadang2 dh obvious kita suka kt org tu, dia masih buat2 tak faham...bila dh cakap direct, dia buat dunno jgk,dia cakap kita "kawan" je dulu. hee..sedih :')

"learn to live, love, and let go" T_T

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha. Kan?
Straight sudah.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bagi yg melalui mungkinlah sweet.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha.
Seiras kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tu kadangkala alasan orang nak reject -_-"

Qayyie Adie said...

hehe kita tak pernah melaluinya. Tu yang rasa sweet kot.. kita budak baru kenal benda baru. hee

reenapple said...

Comell.. hehe...

#Aku harap dia pun tahu aku rindu dia. Ehhh... tak mungkin. (T.T)

kay_are said...

agak terase dekat situ.. memang selalu gak wat teknik kiasan camni.. terpakse untuk nampak lebih cool dekat situ kot.. err..