Saturday, June 30, 2012

Peluk #01


Ada himpunan penulis yang menikmati masa santai bersama-sama. Daripada cadangan mahu setakat makan-makan, ia berlanjutan dengan sesi nyanyian dan entah apa-apa. Si penulis gila hanya duduk dengan kawan-kawan yang berkongsi buku dengannya tanpa menyumbangkan apa-apa lagu. Menyumbangkan dalam erti kata - sumbangkan lagu yang sedap. Dia tidak pandai, dan dia enggan mahu memalukan diri depan semua penulis lain yang lebih hebat.

Datang pelayan mencuit bahunya. Sepucuk surat dengan hiasan aneh berwarna hjau di luar - ditulis nama penuhnya. Tetapi, dihujungnya ada tulisan bahasa lain yang dikenali amat hingga dia mampu meneka siapa gerangan yang menghantar. Orang lain sibuk melaungkan suara, dia tenggelam dalam surat yang baru diterima. Pengirim menyatakan mahu berjumpa di luar bangunan pada masa yang dinyatakan. Dia jeling jam di tangan. Sudah hampir waktunya, cuma dia tidak menerima apa-apa pesanan di telefon genggam seperti yang dinyatakan. Beg sandang digeledah - alhasilnya, tiada. Mungkin tertinggal di rumah.

Dia keluar dan menghampiri pintu utama. Nampak sebuah kereta yang pernah singgah di rumahnya setahun yang lalu dan bayang manusia yang barangkali sudah berputus asa menunggu (walaupun dia mungkin terlewat lima minit sahaja). Segera pintu ditolak dan dia berlari ke arah manusia itu. Manusia itu menoleh padanya. Senyuman terukir, air mata mengalir. Selepas setahun berlalu akhirnya mereka bertemu. Pelukan erat dari manusia itu, dan dia membalasnya. Dia dijulang dan satu kucupan diterima. Entah, dia sudah tidak ambil endah - yang dia tahu, dia hanya mahu melepaskan rindu.

[Sumber gambar]
Pelukan dilepaskan dan entah bagaimana, ramai pula manusia yang keluar dari kereta tersebut. Mereka saling berpelukan dengan dia, walaupun dia tidak mengenali siapa mereka. Kebanyakkannya orang tua yang layak bergelar bapa ataupun datuk barangkali.

Manusia itu pandang dia, tapi dia sudah tenggelam dengan pertanyaan daripada kawan-kawan penulis yang keluar bila menyedari dia hilang meninggalkan mereka dan pakcik-pakcik yang entah bila sudah mula pegang buku satu persatu dan minta tandatangan mereka. Manusia itu hanya tersenyum sebelum menghilang dalam kereta.

Bunyi nyanyian One Direction yang kuat memeranjatkan dia. Sialan, itu rupanya mimpi sahaja. Dia terjaga dengan otak berputar - mengapa manusia itu muncul dalam mimpi, adakah petanda bahawa lukanya masih belum sembuh walaupun dia sudah tidak ingat apa-apa kenangan gembira?

Friday, June 29, 2012

Maaf #01


Buat yang sudah mendapatkan #JIWA - aku cuma boleh katakan terima kasih yang tidak terhingga. Maaf aku mohon kerana aku tidak dapat memenuhi permintaan untuk bertemu pada saat aku sibuk dengan urusan kerja walaupun aku berada di Utara buat beberapa lama. Maaf dengan sesungguhnya. Dan buat yang menebak apakah aku menunggu sesuatu atau seseorang di dalam #JIWA (bagi yang sudah membaca) - aku cuma boleh katakan, tiada lagi istilah itu dalam hidup aku. Tulisan aku hanyalah sebagai melepaskan rasa yang terbuku dalam jiwa ataupun pengalaman sesiapa sahaja.

[Sumber gambar]

"Maaf tidak mampu menyembuhkan hati yang luka, tapi aku percaya, ia akan membawa kepada hidup yang lebih bahagia dan sempurna" (Shafaza Zara, 29 Jun 2012)

Malangnya bagi sesetengah manusia, kata-kata maaf adalah bukan dari mulut mereka. Menghilangkan diri dan lari dari tanggungjawab sudah sebati dalam darah. Untuk manusia begini, aku harap kalian tidak malu menggunakan jenama manusia.

Thursday, June 28, 2012

#JIWA.


Alhamdulillah. JIWA bakal menemui pembaca semua secara rasminya pada hujung minggu ini (23 dan 24 Jun 2012) di KLAB di Annexe, Pasar Seni (Central Market). Selain itu, JIWA boleh ditempah secara atas talian daripada Kerat Studio. Terima kasih kepada Kerat Studio yang memberikan peluang untuk aku mengeluarkan zine pertama aku. 


http://farm8.staticflickr.com/7109/7407702752_ecd41aa759.jpg
[Flickr]

Kulit depan dan belakang JIWA adalah hasil kerja sahabat baik sampai mati aku, Pali. Terima kasih atas sokongan dan bantuan kau sahabat. Terima kasih atas usaha yang aku boleh katakan terbaik - membantu aku melalui kehidupan dengan memberikan aku harapan.

Selain daripada JIWA yang dijual dengan harga RM 5 sahaja, Kerat Studio juga ada mengeluarkan novelet terbaru M.Faiz Syahmi yang bertajuk Jiwa-jiwa Kecil. Novelet yang aku pasti ditunggu ramai oleh peminat beliau dengan tulisan yang hebat. Ada juga Sijil Pelajaran Kerat : Kemahiran Hidup yang merupakan himpunan tulisan penulis-penulis Kerat.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkan zine dan novelet di atas secara atas talian? Aku persilakan kalian ke [SINI] dan dapatkan semuanya, memandangkan ia mungkin edisi terhad. Terima kasih.


Wednesday, June 20, 2012

Limitasi.


Akhirnya dia menemui apa yang dia mahukan dalam hidup. Hidup dia yang biasa-biasa, seperti suatu ketika dulu masa dia baru kenal dengan gaya hidup yang satu itu. Saat dia menelaah satu demi satu bahan bacaan yang dikumpulkan, dia sedar bahawa banyak yang dikorbankan saat dia cuma duduk senyap tanpa berbuat apa-apa. Itu masalah bila dia berdiam tanpa mahu ambil berat banyak benda (yang kalau diambil tahu hanya menyesakkan jiwa).

Bila orang kata kesabaran manusia ada had, ada limitasi, dia sepertimana manusia lain juga mempunyai tahap kesabaran serta toleransi tersendiri. Mungkin sejak kebelakangan ini, hadnya bertambah tinggi (atau dia bertambah bodoh) - dia lebih suka mengikut haluan dan kata hati yang selama ini dipegang erat dan walaupun pernah dikhianati berkali-kali, dia masih percaya akan kata hati (serta logik akal).

[Sumber gambar]

"Macam mana kita nak tahu yang seseorang itu sukakan kita?"
"Adakah kau juga suka orang itu?"

"Tak juga. Mungkin sebab dia selalu perhatikan aku"
"Kadangkala orang perhatikan kita dengan sebab yang kita takkan tahu"

"Rasa macam dia suka aku"
"Kau rasalah kan? Mungkin ya, mungkin tak"

*******

Bila seseorang lebih banyak membawa masalah dan kesedihan dalam hidup kau, apa yang kau perlu lakukan? Masih menunggu dengan setia? Masih mahu teruskan senyuman penuh pura-pura? Segala jawapan yang didapati mungkin akan positif - sebab manusia biasanya akan kekal dengan orang yang memberikan kesan yang mendalam pada hidup mereka - tidak kira baik atau buruk. Cuma, kadangkala ada masanya kita perlu tunjukkan pintu keluar pada manusia sebegitu. Supaya mereka tahu, kedukaan yang mereka benamkan akan digantikan dengan kegembiraan daripada manusia lain (mungkin).

"Masa tamat hampir tiba"
"Belum lagi"

"Aku dah agak jawapan kau memang tu"
"Maksud kau?"

"Kau memang tak boleh lari dari dia"
"Aku boleh kalau aku nak"

"Dan kau tak nak kan?"
"Aku belum buat keputusan"

"Sama macam jawapan kau beberapa bulan lepas"
"Benda ni tak semudah kau sangka"

"Kau yang susahkan diri kau"
"Mungkin aku suka hidup dalam kesakitan begini"

"Sampai bila?"
"Tunggulah sampai semuanya kembali seperti biasa"

"Lepas tu kau akan kekal di sisi dia"
"Entahlah. Mungkin tidak, mungkin ya"

"Jawapan yang sama"
"Aku perlukan masa"

"Siapa sahaja yang boleh tekan butang had sabar kau ni?"
"Rahsia"

"Dah tiba masa kau tunjukkan pintu keluar pada dia"
"Dia sendiri selalu keluar masuk pintu itu"

Sampai bila mahu teruskan derita?

Zara : Tidak semua hubungan akan berakhir dengan gembira. Kadangkala apa yang dilalui adalah sebagai fasa persediaan untuk hubungan lain yang lebih membahagiakan. (Shafaza Zara, 20 Jun 2012)

Monday, June 18, 2012

30 Perkara Wanita Perlu Ada Dan Tahu Menjelang Usia 30.


Aku tak sangka pula status yang aku letakkan di Mukabuku awal pagi Isnin (18 Jun 2012) menarik perhatian ramai kawan-kawan dan pembaca. Mungkin disebabkan aku agak sibuk dan bahan bacaan aku terhad bulan ini (salahkan kewangan meruncing dan juga masa aku) - aku hanya baca semua benda yang aku simpan dan tanda sejak sebulan lepas. Mungkin ada yang boleh dikira lama, tapi bagi aku yang suka membaca - mengulangi pembacaan bukanlah sesuatu yang sukar. Bahkan aku suka.

Jadi, seseorang ada berkongsi dengan aku artikel tentang "Turning 30: 30 Things Every Woman Should Have And Should Know" pada aku. Artikel itu boleh dikatakan agak terkenal buat beberapa lama dan telah dikongsikan oleh ramai orang. Jadi, aku mencari artikel asal (lebih kurang tahun 2007) dan aku jumpa ini (baca)

Oh anda boleh baca apa yang aku pautkan itu pastinya boleh dijadikan panduan (sekurang-kurangnya bahan bacaan santai untuk mereka-mereka yang macam aku : sudah hampir dengan usia 30 walaupun ya, aku 25 pun belum). Heh! Persediaan itu penting ya para pembaca sekalian? (tepukan gemuruh)

[Sumber gambar]

Jadi, selepas apa yang aku baca dalam artikel berkenaan termasuk beberapa bahan berkaitan serta duduk termenung berfikir sekejap, menyorot kembali apa yang aku lakukan dalam hidup hampir 25 tahun ini, aku buat sendiri senarai yang lebih kurang sama dengan apa yang aku mahukan dalam hidup aku sebelum berusia 30 tahun.

01 - Bila dalam artikel itu menyatakan yang aku patut ada seorang teman lelaki lama yang mampu mengingatkan aku apa yang aku lalui dan sejauh mana aku telah pergi, aku hanya boleh ketawa dan tersenyum sendiri. Ya, ada wujud manusia begini dalam hidup aku - sebagai penanda aras tahap kematangan aku (mungkin) dengan melihatkan masa silam dan masa kini aku.

02 - Pengetahuan tentang kenderaan : Aku rasa yang ini, kebanyakan perempuan mungkin terlepas pandang. Kita pandu kereta ke sana ke mari dan hantar ke pusat selenggara kereta bila tiba waktu yang sesuai tanpa mahu bertanya kepada mekanik atau pegawainya tentang apa yang terjadi pada kereta kita. Aku mungkin pernah begini, jadi aku berazam untuk lebih tahu - tidak hanya terhad bagaiman mahu memeriksa tayar, minyak hitam, tarikh luput tayar dan minyak brek rupanya perlu diganti setiap kali 20 ribu km ya? 

03 - Jatuh cinta tanpa menyakiti diri sendiri : Ini setakat ini aku tak tahu. Sebab aku mungkin sudah lali dengan sakit ataupun terfaktab banyak mengajar aku sesuatu yang pahit itu bukanlah derita yang berpanjangan.

04 - Ada hobi tersendiri : Hobi yang bukan disebabkan oleh orang lain mempunyai kegemaran serupa. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku suka menulis dan membuat aktiviti luar, benda yang menjadikan aku lupa dengan masalah dan tenggelam dengan kegemaran aku.

05 - Beli sesuatu yang mahal amat : Aku punya kereta sendiri. Ini boleh dikira sebagai mahal kan? Mahal di luar keterbasan otak suatu ketika dahulu. Sekarang ini (mungkin menjelang usia 30 tahun) - aku memburu sebuah rumah sendiri - sebagai bukti kerja keras mungkin. Beli iPad boleh dikira tak? Eh.

06 - Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi : Aku pernah menolak tawaran belajar sampai 3 kali, dan kini aku memburu peluang, ruang dan masa untuk belajar sebagai pelajar sarjana. Masih dalam pertimbangan, aku berharap benda ini akan tercapai sebelum usia aku 30 tahun. Mana tahu mampu menyambung ke peringkat Doktor Falsafah kan? Amin!

07 - Kawan-kawan yang boleh dipercayai : Aku rasa semua orang melalui fasa di mana kawan yang rapat dengan kita mula jauh seorang demi seorang disebabkan perkahwinan, jarak dan apa sahaja. Setakat ini, aku masih ada beberapa lagi yang rapat, dan aku harap, menjelang usia 30 tahun, mereka tetap ada. 

08 - Bagaimana untuk hidup sendiri : (ketawa) Sebenarnya, aku sudah lama terfikir benda ini. Adakah aku mampu untuk hidup seorang diri tanpa seseorang yang aku boleh panggil suami. Mungkin agak menakutkan bagi sesetengah orang, tapi aku mungkin sudah buat sedikit persediaan. Terlalu awal? Entah.

09 - Pekerjaan yang menggembirakan : Tahun ini masuk tahun ketiga aku berkhidmat. Sudah tentu aku sentiasa mencari bagaimana untuk menjadikan kehidupan aku lebih baik, pekerjaan aku kurang tekanan dan sebagainya. Eh, aku kena berkhidmat selama 36 tahun tahu? Jadi, aku perlu sediakan kekuatan mental dan fizikal supaya sentiasa menjadi pujaan anak murid. Haruslah ratu sangat kan? *petir*

10 - Bagaimana untuk menggunakan kasut tinggi : Ini kelemahan aku. Macam mana nak pakai aku sendiri pun tak faham. Memang kebanyakan kasut aku tinggi (dah kau hobbit merangkap bonsai, apa kau nak bising kan perempuan?) - aku masih belum ada keberanian untuk menyarungkan kasut tinggi runcing ke kaki aku. Penakut sangat.

Banyak lagi sebenarnya nak cukupkan 30. Tapi aku malas nak tulis semua, sebab tak semua benda aku boleh luahkan. Nanti orang meluat dan tuduh aku 'kekwat' kan? Mana nak letak muka yang kurang comel ini ya? Eh.

Kalian boleh teruskan pembacaan dengan tekun di sini.

Zara : Dan kalau nak tanya aku, boleh sahaja tanya di sini. Nanti aku jawab.

Sunday, June 17, 2012

#12 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Hari yang sepatutnya menggembirakan bertukar jadi satu hari penuh dengan neraka. Neraka dunia yang setiap kali berlaku, setiap kali itulah aku tahan air mata agar tidak tumpah dan sabar dengan karenah yang pelbagai rasa. Memang sepatutnya aku simpan dan tahan sahaja, tapi kuat manakah aku mahu kemam segala kesakitan selama bertahun-tahun dari kecil hingga aku dewasa kini? Benda yang sama berulang setiap kali dan aku tersepit lagi di antara manusia-manusia yang aku sayang.

Dari berlapan, kami pernah bertujuh, pernah berenam dan sehingga aku pergi dan kembali semula sejak sekian lama, kami kembali berempat di bawah satu bumbung yang sama. Kadangkala kami hidup baik-baik sahaja seperti manusia lain. Kadangkala hidup berantakan - penuh drama gila hingga aku dan si kecil kurung diri dalam bilik tanpa mahu mendengarkan apa yang berlaku - himpitan kebisingan yang pada aku dan si kecil itu tidak perlu - mungkin sahaja aku sudah jadi seperti si kecil ataupun entah apa - aku menjadi manusia yang kurang emosi, gunakan logik akal dan kurangkan drama dalam hidup aku yang tidak sempurna.

Sejak kecil, aku sering lihat benda yang sama. Benda yang pernah buat aku terfikir semua benda yang aku lalui (dan perlu aku lalui pada masa akan datang hanyalah penipuan). Mana ada istilah bahagia wujud - mana ada istilah kasih sayang pada manusia, mana ada kisah gembira yang semua orang tayang di kaca televisyen ataupun di layar perak, hatta dalam buku cerita. Pada aku, semuanya itu dongeng yang maha sempurna. Kegembiraan bukan milik aku - dan tiada siapa pun tahu bahawa aku melatih diri aku senyum setiap kali kesakitan, kesedihan mendatang dalam jiwa aku - hidup aku yang caca marba. 

Tapi, sampai bila aku nak menolak benda yang dituntut oleh agama? Macam Pali cakap pada aku, apa benda sekalipun, aku kena balik pada agama. Sudah tentu. Sebab bila aku pernah tak percaya akan wujudnya institusi keluarga, aku cari sebab paling kukuh untuk aku percaya pada benda yang disuruh oleh agama. Lagi pula, sebagai budak yang habiskan pengajian sampai Darjah Khas di sekolah agama Johor (sebenarnya, tak ada kaitan dengan sekolah kan?) kalau benda begitu pun aku tak dapat nak didik diri aku - mungkin lebih baik aku tampar diri sendiri kan?

[Sumber gambar]

Betapa sakit aku hadap benda begini seorang diri - aku tahu yang Pali akan ada untuk aku (selain daripada Allah tentunya - kena tulis ini, nanti ada orang kata aku tak ingat Tuhan bila ada masalah). Seorang sahabat baik yang aku jujurnya tak kisah nak kongsi semua benda dengan dia. Ya, kadangkala benda ini mungkin kedengaran sangat peribadi, tapi dengan siapa lagi aku mahu kongsi kesakitan - sekurang-kurangnya, dia akan cadangkan aku beberapa penyelesaian (dan dia sangat tahu yang aku lebih banyak gunakan logikal berbanding dengan emosi macam sesetengah perempuan lain).

Berbual dengan Pali (guna Skype sebenarnya) - buatkan aku lepaskan segala masalah yang bertimpa dan aku hadap seorang diri saat ini. Mungkin sesetengah orang akan mengecam aku dengan apa yang aku lakukan, tapi aku percaya, dengan berkongsi, buka sedikit ruang untuk dengar, tahu pendapat lain sekurang-kurangkan, buatkan aku lega. Dengar pendapat (walaupun mungkin aku tak buat pada masa sekarang) - aku tahu yang aku ada pilihan (mungkin) yang lebih baik pada masa akan datang. Benda yang selama ini membuatkan aku tersepit, terperangkap tanpa jalan penyelesaian - dengan buka ruang bicara dengan sahabat yang jujur - dalam erti kata, dia akan berikan pendapat dia tanpe menyebelahi mana-mana pihak, aku rasa hidup aku lebih bermakna.

Dan soalan terakhir dia pada aku tadi adalah "Kau nak tukar jantina?". Motif sangat tanya aku soalan macam tu kan?

Hero #01


Ahad - 17 Jun 2012
Lingkungan masa 9 pagi.

"Aku dah boleh balik. Jangan risau eh?"
"Hoish. Siapa ambil?"

"Suami aku la"
"Aa, bagus"

"Aku doakan kau pun jumpa hero dalam hidup kau macam aku dapat laki aku. Amin"

http://farm6.staticflickr.com/5027/5615217587_27cf8a740a.jpg
[Sumber gambar]

Selamat hari bapa kepada semua bapa di luar sana termasuk bapa kandung, bapa tiri, bapa angkat, bapa saudara, dan juga bapa kutu termasuk sekali bapa ayam kalau mahu. Semoga kita sentiasa menghargai bapa kita - mereka yang menentukan keturunan kita (siapa sahaja sini yang tiada bin - binti - anak kepada - anak perempuan - anak lelaki - ataupun nama pertama yang kita bawa ke hulu ke hilir itu kan?) 

Buat Ketua Keluarga Hebat - terima kasih sebab masih bersama dengan aku, dengan kami sekeluarga hingga hari ini. Aku mungkin belum jumpa bakal bapa kepada anak-anak aku (insyaALLAH) - tetapi, aku pastinya tidak akan pernah terlintas perkara untuk berputus asa dalam hidup. Semua orang ada adiwira mereka sendiri, dan Abah salah seorang daripadanya dalam hidup aku.

Terima kasih Abah.

Saturday, June 16, 2012

Bertahan.


Semalam adalah hari yang penuh emosi untuk dia. Emosi yang berat bertimpa dengan kesakitan yang menggila. Macam biasa, bila sakit hingga tidak mampu berdiri, baru dia merangkak ke botol ubatan yang tersusun di tepi. Kalau tidak, dia enggan biarkan dadah masuk ke tubuhnya sementelahan pula, dia bukannya mampu tanggung mata kantuk bila bekerja. Alhasilnya, pekerjaan entah ke mana, dia terlelap di sofa semalaman dan hanya terjaga bila menyedari seorang kawan sudah kembali ke bumi tercinta. 

Lompat bintang.
Dia gembira.

Tapi perkhabaran yang kawan itu bakal kembali ke sana untuk bekerja selepas bercuti sementara merenggut sedikit senyuman dia. Ah, mengapa mesti di sana, tempat yang dia tidak mampu capai dalam sekelip mata (dan perlu gunakan wang yang banyak pula?) - tapi dia mengerti tuntutan pekerjaan dan impian kawan itu. Pantas dia hanya mahu doakan sahaja.

[Sumber gambar]

Dan pagi tadi seorang kenalan yang buat dia ketawa menghantar pesanan supaya dia kekal bertahan dalam situasi yang kurang baik. Sudah tentu, takkan dia mahu meracau tidak tentu hala dan tiada apa yang akan selesai dengan jadi separa gila. Dia perlukan pemikiran yang waras - sementelahan dia ada tugasan yang menimbun untuk diselesaikan. 

"Adik, awak kuat kan?"
"Mungkin"

"Tahu awak kuat. Awak boleh hadap apa sahaja"
'Saya harap benda yang sama"

"Jaga diri. Jadi budak baik"
"Baiklah"

Oh ya, gadis kesayangan dia yang berkahwin tiga minggu lepas juga memberikan khabar baik pagi ini. Dia bakal menjadi seorang ibu dan sebagai manusia yang meraikan kesayangan dia itu, dia hampir sahaja menghamburkan tangisan syukur. Kawan membesar bersama sudah masuk ke tahap seterusnya dengan pantas sekali - walaupun dia masih tinggal di takuk lama.

Zara : Belajar untuk buang benda yang menyakitkan dan beritahu diri sendiri bahawa terlampau banyak lagi benda berharga atas dunia. (Shafaza Zara, 16 Jun 2012)

Thursday, June 14, 2012

Terbang.


Hidup yang kita mahukan seringkali hanya tinggal impian. Bukan kita tidak berusaha ke arah yang kita impikan, tetapi mungkin usaha itu tidak mencukupi, tidak berhasil dan belum ada rezeki (ya, semuanya jawapan tipikal) dan kemungkinan untuk manusia macam kita-kita semua untuk berputus asa adalah amat tinggi. Mana ada manusia yang tidak kecewa apabila yang mereka usahakan atau kerjakan secara bersungguh-sungguh tiada hasil pada penghujungnya - tetapi akhirnya, kita perlu kembali kepada kenyataan bahawa kekecewaan itu nilai yang ditentukan oleh manusia itu sendiri.

Kecewa dengan keputusan peperiksaan.
Kecewa dengan percintaan manusia.
Kecewa dengan penulisan yang menemui jalan buntu.
Kecewa dengan lolongan tempikan dunia.
Ada pelbagai jenis kecewa.

Tetapi, hanya kita sahaja yang tahu, berapa lama mahu tenggelam dalam rasa kecewa - menanam diri sendiri dalam kenyataan menyakitkan bahawa usaha tidak berbaloi dan macam-macam lagi. Bukankah lebih baik bangkit dan ukir senyuman untuk diri sendiri?

[Sumber gambar]

"Sampai bila awak mahu menunggu?"
"Sampai saya penat"

"Bila pula awak akan penat?"
"Entah, saya tak tahu"

"Kenapa awak tak mahu dapatkan hak awak kembali?"
"Awak tahu apa kegembiraan sebenar main layang-layang?"

"Main layang-layang?"
"Ya"

"Saya tak faham apa yang awak maksudkan"
"Main layang-layang menggembirakan bukan sebab ia bebas terbang di udara"

"Jadi sebab apa?"
"Sebab ia terikat kuat pada tali yang mengawalnya. Sejauh mana ia pergi, tali itu tetap akan dapat menariknya kembali kecuali ia putus ataupun rosak"

"Layang-layang akan jatuh"
"Jatuh pun ia akan tetap kembali ke sisi. Ke bumi"

"Saya tak faham"
"Saya tak perlukan awak untuk faham"

Zara : Sebab tiada siapa yang akan memahami penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali diri mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa tentunya. (Shafaza Zara, 14 Jun 2012)

Wednesday, June 13, 2012

#11 : Ini Cerita Seorang Perempuan


Perempuan bising kembali lagi. Tiada lagi puisi tiada cerita, tiada senandung indah untuk manusia disekeliling barangkali bila senyuman direnggut oleh kehilangan tenaga dan beberapa lagi benda yang buatkan dia hanya  tahu bahawa kerja memberikan kepuasan (dan walaupun sakit dengan tekanan - dia masih mampu ukirkan hiasan mata setiap pagi untuk bekerja) - oh jangan lupa senyuman manis demi mengelakkan jantung sakit dan tekanan darah mencanak naik.

Jadi, apa sahaja perkhabaran agaknya?

01 - Dua minggu lepas, berat badan kembali kepada berat badan unggul. Sibuk dengan kerja macam orang gila dan bertugas untuk cabaran (beberapa aktiviti luar) - berat badan jatuh dengan menarik hati sekali tengok penimbang. Dan untuk beberapa lama, berat badan itu buat diri sendiri tersenyum dan mengerti betapa kesukaran menahan nafsu terhadap sesuatu mampu memberikan keputusan yang menggembirakan. Tetapi celakanya, sejak akhir-akhir ini, cuaca panas melampau dan itu menaikkan nafsu makan (walaupun nasi masih lagi pantang tentunya). Usai mandi, timbang berat badan dan adakah usaha setahun setengah ini akan sia-sia? 

Gila!
Julai sudah hampir tiba dan badan perlu kembali semula ke berat badan unggul untuk aktiviti yang ditunggu sejak sekian lama. Bolehkah dalam masa kurang seminggu dua dengan kesibukan ini untuk kembali bekerja kuat dan menurunkan berat badan semula?

[Sumber gambar] - Ya, aku memang sayang badan aku tetapi bila ia menghalang aku untuk melakukan aktiviti yang aku suka, maka, aku perlu buat sesuatu demi kasih sayang aku pada mereka. (menangis)

02 - Untuk benda yang aku hitung hari sejak dua bulan lepas, dan bertambah keterujaan sejak awal minggu ini, aku terpaksa lepaskan demi memenuhi tanggungjawab dalam pekerjaan aku. Kecewa sudah pasti dan separuh hari aku tadi aku asyik terbayang-bayang dan mengajar diri aku untuk menilai keputusan yang aku buat dengan melepaskan apa yang aku mahukan sudah tentunya akan ada hikmah yang aku mungkin tidak nampak (buat masa ini). Jadi, selamat tinggal Perlis dan Kedah. Tiada rezeki untuk aku menjejakkan kaki ke dua buah negeri seperti yang dirancangkan atas dasar tugasan lain yang mendadak muncul.

Kenapa aku bising sangat sebab Perlis dan Kedah ini? Mudah sahaja, aku mahu bertemu dengan manusia tertentu yang membantu aku selama ini (selain daripada berkhidmat dalam tugasan aku di sana) tetapi ya, aku perlu diamkan dan redha sahaja. Nasib baik aku masih belum menghubungi mereka.

03 - Surat yang aku terima pagi tadi di sekolah buatkan keterujaan aku dalam perkara nombor 02 tadi melonjak ke tahap gembira. Tetapi malangnya, orang tua-tua benar dalam menyampaikan kata-kata hikmah. Ada benda yang kita tidak boleh terlalu gembira kerana ia mungkin akan lenyap tanpa kita dapat jangka. Panggilan telefon yang aku terima pada waktu tengah hari menjadikan surat yang aku terima pada waktu pagi sebagai pilihan yang aku perlu tolak. Malangnya, bukan setakat surat itu aku harus tolak, tetapi aku perlu melupakan hasrat ke Perlis dan Kedah juga.

Tetapi, aku sudah beritahu diri sendiri bahawa panggilan telefon itu mungkin akan membantu keyakinan diri aku lebih daripada tahap sekarang ini (sudah tentunya dengan tugasan yang aku patut sedar nilai berbanding dengan apa yang aku mungkin lepaskan) - jadi aku bercadang untuk menghargai apa yang aku dapat walaupun ada benda yang aku perlu lupakan. Benda baik kadangkala kita kena faham bila perlu dikorbankan.

04 - Aku merahkan beberapa jari dan ketawa dengan kebodohan sendiri. Untuk apa aku mengoles inai di jari tatkala tekanan yang aku hadapi tidak berkurangan, bahkan merencatkan apa yang aku susun atur demi mencari kegembiraan yang nyata? Aneh.

Bukankah aku sendiri juga aneh?

Tuesday, June 12, 2012

Peluang #02.


Memang betul kadangkala peluang hanya datang sekali dalam hidup. Peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak akan sama seperti yang kita mahukan. Malangnya, apa yang kita mahukan biasanya tidak akan muncul kembali - kecuali atas sebab tertentu yang kita sendiri mungkin tidak akan dapat jangka. Manusia lemah mana bisa tahu benda yang menjadi rahsia Yang Maha Esa bukan?

Begitulah juga dalam perhubungan. Kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali. Manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja - di antara yang sudah terlampau banyak kalian curahkan rasa suka. Barangkali, rasa sayang selama ini hanya palsu dan sekadar permainan tidak dijangka memandangkan dalam proses pencarian siapa paling layak bertakhta di jiwa. Mungkin hanya dia yang mampu mencairkan hati yang penuh dengan noda (dan permainan saling bertukar cinta itu). Anda mungkin tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa.

[Sumber gambar]

"Ke mana awak hilangkan diri?"
"Saya cuma perlukan ruang untuk diri"

"Awak ada masalah?"
"Mungkinlah"

"Kalau ada masalah, awak boleh kongsi"
"Saya tak suka masalah saya orang lain tahu"

"Awak perlukan masa untuk selesaikan masalah awak?"
"Ya. Jangan ganggu saya sampai saya cari awak semula"

"Tapi sesekali awak kena beritahu khabar awak pada saya boleh?"
"Tengoklah"

Peluang hanya datang sekali (mungkin). Kesabaran manusia dalam memberikan peluang adalah sangat nipis. Ya, kalau kita bicara tentang peluang yang diberikan Tuhan untuk kita, pastinya itu sudah jadi kisah lain. Tetapi dengan manusia yang banyak kelemahan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perasaan dan emosi, kita perlu prihatin sebenarnya. Adakah peluang itu sudah habis kita guna?

Sunday, June 10, 2012

Penantian.


Ada sesetengah manusia yang kita tidak perlu tunggu kehadiran mereka. Mereka hanya datang bila memerlukan sesuatu ataupun kita dijadikan sebagai tempat terakhir bagi meluahkan serta apa sahaja. Selain daripada itu, manusia lain disekeliling mereka hanyalah satu tempat persinggahan yang sedia ada.

Macam tempat rehat di lebuh raya, kita tahu ianya ada, tapi kita tidak akan sentiasa berhenti di tempat yang sama. Kadangkala, kita berhenti bila perlu ataupun teruskan sahaja perjalanan jika berhenti bukan suatu keperluan. Manusia sedemikian adalah begitu. Penantian manusia lain (yang mungkin penuh cinta, kasih sayang ataupun mendambakan kebahagiaan) - pada mereka adalah sesuatu yang tidak bermakna. Itu bukan keperluan mereka yang perlu ditunaikan. Mereka hanya datang (atau kembali) - jika mereka memerlukan sesuatu daripada si penanti. Kalau tiada, untuk apa mereka kembali?

http://farm3.staticflickr.com/2322/5757302193_6001eec1d7.jpg
[Sumber gambar]
Malangnya, manusia sedemikian wujud terlampau banyak atas dunia. Sifat curang sudah jadi pakaian mereka dan untuk menambahkan lagi rasa kurang sempurna itu, mereka tidak pernah meninggalkan pakaian lama yang mereka suka. Sebab kadangkala yang baru, mereka jemu kerana mengikut peredaran masa. Yang lama, tidak hilang gaya dan rasa walaupun mungkin sudah dimakan usia.

Begitu juga dengan perasaan mereka.

Friday, June 08, 2012

Cinta Para Pembaca.


Seperti yang aku janjikan dalam tulisan sebelum ini [sini], aku minta para pembaca untuk berkongsi sedikit cerita kisah cinta mereka. Tidak kira kisah cinta zaman universiti ataupun zaman apa sekalipun, aku persilakan kalian memberikan komentar dengan bercerita - sebab aku pasti, ada antara kita yang mempunyai banyak cerita, tapi malas mahu menulis (ataupun mungkin segan disebabkan akan dihentam di blog - tak mengapa, aku selalu kena, marilah rasa bersama). Ha ha ha.

[Sumber gambar] - Tulisan di bawah adalah yang bercerita tentang diri mereka, kisah mereka. Ada yang manis, ada yang penuh suka duka dan terima kasih buat mereka yang berkongsi secebis kisah hidup mereka.

[Pepol] : 
Lelaki ini menulis kisah cintanya (macam sudah buat buku pula) - di blog beliau. Maka, aku kongsikan dengan kalian, pautan yang dia berikan. [sini]

eh, aku suka baca tentang awak ni. cinta universiti sy agak lama juga.4 tahun lamanya tapi berpisah selepas tamat uni;).

[JImmy] :
Cinta pertama aku bukanlah pasangan pertama aku. Aku kenal cinta pertama aku pada usia 18 tahun. Aku di kolej dan dia masih di bangku persekolahan. Mungkin yang memisahkan kami adalah jarak (aku di Penang dan dia di Selangor), dan mungkin juga tentangan dari pihak keluarganya membuatkan aku dan dia terpisah. Dan kini, walaupun aku bekerja di Shah Alam dan dia menuntut di Uitm Shah Alam lebih dari setahun, kami tidak pernah berjumpa. Dan kenangan yang masih aku pegang antara aku dan dia hanyalah si beruang biru hadiah daripadanya. Maaf kalau cerita aku terlalu klise. Tapi itulah kisah aku. =) @AbdRahman_MZ

Cinta dalam diam je. Dengan lelaki yang aku pernah suka dari zaman matrikulasi lagi, sehingga aku dan dia melanjutkan pelajaran ke U yg sama. Tapi dalam bidang yg berbeza tapi still.. dia kenal aku. Mungkin sudah ditakdirkan dia bukan untuk aku, perasaan yang aku simpan selama 4 tahun itu berakhir. AKu sendiri tidak tahu bagaimana aku mampu hilangkan perasaan itu dengan secepat mungkin. Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Dan sekarang kami menjadi kawan. Mungkin tidak rapat tapi kawan, dari sebelum ini, aku hanya pandang dia dari jauh. =)

kisah cinta takberbalas.cinta dalam hati aje.
ko tahulah aku zaman utm dulu cemana.
sibuk berpestakonvo.
sibuk berfasi.
hehe

Nota Kaki #1 : Cik Pepel ni dulu sama universiti dengan aku, sudah berkahwin sekarang ini.

cinta pertama masa 15 tahun.lelaki yg baik.sabar walau tahu aku player,selalu kena marah.paling manis dia kerja masa bulan puasa untuk topupkan aku sebab rindu.bulan puasa mana dapat duit.hehe.dan dia pergi selepas 3 tahun bertahan.

Oh, gadis ini juga menulis di blog dia. Dipersilakan baca kisah dia di [sini].

[Anonymous #1] :
Cinta pertama aku, aku kenal sejak sekolah. Kami satu kelas. Tamat SPM, masing2 belajar lain tempat, masih bersama. Tak tahu apa yg tak kena, dia meminta utk putus. Dia pergi jauh meninggalkan bumi Malaysia. Aku masih di sini. 3++ tahun dia di sana. Aku masih setia menanti di sini. Tak tahulah mengapa hati aku tak boleh untuk menerima kehadiran lelaki lain. Aku cuba tapi gagal. Aku masih mengharap dirinya, mungkin. Dia kembali pulang ke Malaysia, kami berhubung kembali. Dan kini, aku kembali bersamanya. Jodohkah ini?

[tira] :
Gadis ini siap buat tulisan baru di blog dia untuk menjawab soalan aku. Anda semua boleh baca kisah dia di [sini

[dee] :
fuyoo! Aku tak masuk uni lagi dah berchenta. heh. So, cinta pertama eh?

aku kenal dia masa form2. sekolah lain2. kawan lama gila. sampai form5 aku masa tu, dia cakap, ada orang suka dia kat PLKN. aku rasa tercabar sikit, then aku purpose dia la. ajak kapel. then kapel la. sampai lah aku matriks, uni tahun 2. lepas tu kitorang ada masalah. aku minta putus. bertahan sampai 4 tahun. hihihi. tapi sampai sekarang aku paling percaya dia. kitorang still contact lagi. ^_^

cinta pertama-diberi kebebasan utk dikenang. :) 

Kisah lebih kurang 10 tahun yang lepas.

Aku kenal dia semasa tingkatan enam bawah. Kali pertama, semasa minggu orientasi. Aku dipanggil oleh dia untuk didenda atas kesalahan meninggalkan fail orientasi merata-rata. Bukan merata sebenarnya. Aku cuma tinggalkan fail tersebut di dalam dewan kerana aku malas mahu kelek ke hulu ke hilir semasa rehat. Kali pertama berdepan dengan dia, dah buatkan aku jatuh cinta. Jatuh cinta dengan mata dia yang bersinar-sinar. Mata dia tu buatkan jantung aku berdegup kencang. Kali pertama aku kira aku merasakan perasaan aneh sebegitu. Perasaan tu berlanjutan sehinggalah aku sentiasa tercari-cari kelibat dia walau di mana saja aku berada. Sampai satu tahap, tanpa aku sedar, hati aku sendiri akan memberikan signal memberitahu bahawa dia sedang berada dalam ruang lingkup aku. Macam mana hati aku bagi signal? Bila jantung aku tak semena-mena berdegup kencang dengan tiba-tiba walaupun aku tak nampak pun kelibat dia. Pusing saja 360 darjah, dan ya, sememangnya dia sedang berada dekat dengan aku.

Tapi sayang, cinta aku bertepuk sebelah tangan. Dia sebenarnya sukakan kawan sekelas aku. Dan bila aku tahu kenyataan tu, hancur luluh rasanya hati ni. Sedihnya Tuhan je yang tahu. Tapi aku redha dengan ketentuanNya. Tamat tingkatan enam bawah, aku bawa diri dan hati aku yang lara ni jauh ke Selatan untuk sambung belajar. Tak sanggup kot nak berdepan dengan dia.

Sepanjang 10 tahun ni, aku masih teringatkan dia dan masih sentiasa mencari-cari di mana keberadaan dia. Sehinggalah beberapa minggu yang lepas, Tuhan makbulkan doa aku dan temukan aku dan dia di muka buku. Dia sudah selamat menjadi suami orang dan sudah punya seorang anak perempuan yang comel.

Dan aku? Sudah sampai masanya aku teruskan hidup aku sendiri dengan cinta baru…

Saye masuk universiti 2 kali.So, ade 2 story. hehe. tapi kalo dikira cinta pertama, dengan teman sekuliah masa berusia 21 tahun, di tahun terakhir, semester ke 6, tahun 2005. Bertahan 2 bulan, betul2 hari last di kampus. Hmmm..saye tak pandai bercinta a.k.a. belom pandai jaga/faham hati pasangan. rase belom cukup matang time tu.
Lebih banyak kenangan berkawan dari bercinta. =)

cinta pertama aku time kat Poli 5 tahun yang lepas..bermula dengan salah nombor, last-last jadi kawan..at last kantoi juga rupanya member aku yang kasi nombor aku kat dia..mula-mula memang best,bergayut kat public phone sampai habis duit syiling aku..aku jugak yang tolong dia applykan sambung belajar kat Politeknik..setahun gak lah kiteorang bercinta..tapi in the end break jugak..taknak ada komitmen katanya..tapi aku tahu yang dia dah jumpa orang lain kat poli tu..sekarang ni pun dia dah kahwin dengan orang kampung aku sendiri..takde benda yang lagi best dalam dunia selain mendoakan kebahagiaan orang lain..kecik betul dunia ni :)

[izzah] :
cinta matrikulasi.kami kenal seminggu selepas orentasi.kami sekelas.sikap dia terlalu mesra dengan semua orang buat saya kurang selesa.masuk bulan kelima kenal dia tinggalkan saya bila saya dah sayang dia. masa tu study week sem 1. dengan alasan biar saya jumpa orang yang boleh bahagiakan saya. result saya agak teruk.

masuk sem 2 dia bajet cool depan semua orang macam tak ada apa-apa yang berlaku.setiap hari saya terpaksa menghadap muka dia dan nampak dia dating. rasa nak tampar muka dia dengan perempuan tu.

4 bulan lepas tu kami berbaik dan jadi rapat.dia cakap dia dengan perempuan tu hanya kawan.. puih..lepas sebulan habis matrik dia berubah. rupanya dia dengan ex dia. kali ni saya yang berdiam diri sebab malas nak bersuara dan dah penat dengan semua penipuan dia. dua kali bercinta dengan sampah tu.

[~nUnin~] :
cinta pertama ye??hmmm...camne nak cerita ye..dia yang pertama dan sekarang telah sah menjadi suami.

kami bersekolah di sekolah yang sama tp berlainan kelas.kami kenal sejak dari tingkatan 1,tp rapat di tingkatan 3.

dia selalu berkirim salam melalui kawan sekelas yg tggl di asrama.hari2 mesti dapat salam dari dia. bila ditya siapa yg berkirim salam,kawan tu xnk ckp. konon2 nya secret admire la.kalau dah hari2 berkirim salam,lama2 boring juga dan terlepas ckp pd kawan tu,hari2 kirim salam bukan kenyang,kirim la nasi ke,kuih ke.

keesokkan harinyA,kawan kelas aka posmen tu bgtau si polan nk belanja petang ni (kebetulan petang tu ada pasar malam). masa tu terbongkar la rahsia siapa yang berkirim salam selama ni.

dipendekkan cerita,petang tu kami jumpa juga kat pasar malam bertemankan kawan baik. Petang tu dia belanja ayam goreng pasar malam (tersenyum sorang2 skrg ni masa menaip).

keesokan harinya,satu tingkatan kecoh di antara kelas kitorang berdua.kecoh pasal kitorang dating.budak pempuan kelas dia sgt la kecoh wat cerita bertanya itu ini(kepoh betul masa tu).

kitorang ambil jalan mudah,berdiam dan senyum je..ngehngeh~
second step (dah berani masa ni) dia mnta no telefon.masa tu mana ada handphone,no tel rumah je.so,masa tu nk test dia,list kan 20 no tel rumah,entah sapa punya no telefon pun tak tau la..main hentam je,pusing-pusingkan no tel asal..hehehe..no tel yg ke 20 tu baru no yang betul. surat yang bertulis no telefon tu bg pd posmen kitorg dan dia jnji akan tel petang sabtu pukul 4 petang.

akhirnya,seperti yang dijanjikan berdering juga telefon rumah.memang dari dia(aku pun gigih menunggu).

kami berkawan hampir setahun dan pada tahun berikutnya kami couple.

walau apa pun,memANG betul jodoh itu di tangan tuhan,kami telah selamat diijabkabulkan pd 31/12/12 selepas hampir 12 tahun berkawan,bersahabat dan berkasih.
kini,hampir 6 bulan kami menjadi suami isteri.dia lah kawan,sahabat,kekasih dan seteru(bila bergaduh).

kadang tu,kami berdua selalu bersembang dan ungkit cerita lama masa zaman sekolah especially bab dia nk mengorat (senyum lagi).

doakan kami berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. tidak ada yang mustahil walau cinta itu di gelar cinta monyet jika kedua monyet itu menjaga dan sanggup merubah cinta mereka menjadi cinta yang agung, suci dan halal.amin~

Nota Kaki #2 : Tahniah Nunin dan pasangan. Ini saya tabik hormat dan mendoakan yang terbaik. Dapat anak nanti, letak nama Zara tau? Eh. 

[Anonymous #2] :
Aku pun ada kisah aku. Aku tau dia bf pada seorang blogger yang famous tapi dia memang buaya. Entah macam mana aku boleh suka dia dan dia suka aku juga. Kami bercinta dan blogger tu pun tahu sebenarnya, cuma blogger tu pura2 kuat. Dia konon dapat tahan la tapi Julai ni, bila bf aku (bf kami) tu balik Malaysia, aku akan dapat tau siapa yg bf aku lagi suka atau sayang. Aku atau blogger tu.

Kau tau siapa blogger tu? Ha ha ha.

[Sumber gambar] : Tamat sudah kisah manusia-manusia yang sudi berkongsi pengalaman mereka dengan kita semua.

Ada sesetengah yang menghantar di pesanan elektronik (baca : email) aku dengan pesanan tidak mahu diterbitkan dan sebagainya. Jadi, aku hormati pendirian mereka. Mungkin mereka ada sebab mereka yang tersendiri. Buat yang berkongsi, terima kasih banyak-banyak. Mungkin suatu hari nanti, kalian boleh menjadi penulis jemputan di sini kan? :)

Zara : Tidak semestinya orang yang pertama kali kita menaruh rasa adalah cinta pertama, cinta setulus jiwa. Mungkin juga cinta seterusnya adalah cinta yang paling bermakna dan membawa kepada pengakhiran bahagia. Kita tidak pernah tahu bukan? (Shafaza Zara, 8 Jun 2012)

Thursday, June 07, 2012

Pertama.


[Prakata untuk buku AWAK]

Aku mendapat jemputan untuk menulis tentang kenangan cinta zaman universiti (dan nasib baik, aku pernah melalui perkara begitu - kalau tidak, bagaimana aku mahu menulis berdasarkan pengalaman kan?) - Terima kasih kepada Bang Fikri Kacak yang meminta aku menulis ini dan atas permintaan beberapa orang kenalan yang mahukan aku menulis kembali di blog, aku berkongsi sahaja. Apa lagi dalam buku AWAK itu? Sila dapatkan dengan menghubungi Fikri sendiri ataupun Gobok Buku.

[Sumber gambar] : Tiba-tiba rasa pelik sebab aku bercerita tentang diri sendiri.

Kelakar bila terfikirkan cinta pertama datang pada usia 19 tahun. Tatkala orang lain dah bertukar ganti teman lelaki sampai 19 kali, aku baru memulakan percintaan (heh!) dengan manusia yang aku kenal di laman MySpace. Zaman sekarang orang kenal guna Facebook, Twitter, Blogger – percintaan aku adalah di zaman pertengahan. Transisi antara ‘chatting’ dan laman sosial. Cinta pertama ketika Semester 2, Tahun Pertama Sarjana Muda.

    Jadi, aku kenal dengan Kazuya tanpa sengaja. Maksudnya, aku main suka hati tambah kenalan yang sedang berada di atas talian. Ya, di MySpace dulu, kalau orang sedang berada di atas talian, akan keluar gambar botak – “Online Now”. Sekarang aku tak tahu. Aku dah buang akaun MySpace sejak tahun 2007. Oh ya, aku kenal Kazuya tahun 2006, lebih tepat lagi adalah 22 Februari 2006 – di Perpustakaan Sultanah Zanariah. Universiti aku dulu.

    Budak Kazuya ni masa kenal, tiada muka dia pun. Hanya gambar Tekken 4. Gambar aku adalah. Kami berkawan di MySpace dalam beberapa hari sebelum bertukar nombor telefon. Sebab masa itu tiada Internet dalam bilik. Harap Internet perpustakaan sahaja. Selepas itu, Internet dengan MySpace tu tak perlu sangat sebab dah boleh SMS kan? Tapi, masa itu belum bercinta lagi. Kawan sahaja dan kami ada satu permainan yang buatkan kami berdua terperangkap dalam cinta pertama masing-masing. Ya, kami bercinta selepas 2 minggu. 8 Mac 2006 – kali pertama secara rasminya aku bercinta dan seingat aku, aku nyanyi lagu “Kau Ilhamku” pada dia dalam telefon. Tapi, aku dah tengok muka dia ke belum masa ini? Belum.

    Cukup sebulan kami bersama, dia ada hantar hadiah. Aku pun ada hantar hadiah pada dia. Nak masuk bulan kedua, senior aku dah bising. “Kau bercinta dengan orang yang kau dengar suara tapi tak pernah tengok rupa, kau dah gila ke?” – Disebabkan kakak tu dah bising, aku cakap dengan dia, kalau boleh nak tengok gambar sebab kakak tu nak kenalkan adik dia pada aku (kononnya). Jadi, dia serta merta cakap dia nak hantar gambar dia pada aku – guna pos juga.

    Dua hari lepas tu, aku pergi pejabat kolej – ambil sampul yang dia hantar. Kau bayangkan, tergigil-gigil tangan aku buka sampul tu, sebab entah macam mana muka dia. Sekali, muka macam model, tinggi gila, terus aku rasa macam nak lompat kijang depan Kolej Tun Fatimah tu. Heh.

    Selepas 10 bulan, 13 Januari 2007, kami jumpa di KL. Dan hubungan itu bertahan sehingga 18 Ogos 2007. Lama jugalah kan? Itu cinta pertama, cinta zaman universiti yang aku rasa, membentuk siapa aku hari ini. Aku yang lebih lain daripada sebelum dan semasa bercinta dengan manusia itu.

    Apa pula kisah cinta zaman universiti kamu? Tak masuk universiti, lalu depan universiti pun boleh bercinta apa? Kongsikan kisah cinta pertama kamu pada aku (kurang daripada 100 perkataan) - dan aku akan letakkan dalam tulisan aku yang akan datang. Beserta dengan nama dan pautan ya?

Nota Kaki : Katakanlah awak terbaca tentang ini, saya cuma mahu awak tahu yang saya sudah berjaya membebaskan diri daripada kenangan lalu - sebagaimana awak sudah berjaya juga dalam hidup di luar sana.

Wednesday, June 06, 2012

Ketagihan.


Setiap orang ada ketagihan masing-masing. Setiap daripada kita ada sesuatu yang perlu diambil setiap hari atau bila masa-masa bila kita suka, hanya disebabkan kita perlukan sesuatu itu. Dari penagih dadah yang gilakan dadah hingga kepada anak kecil yang mungkin ketagih (obses mungkin) - pada putih getah berwarna hijau, ketagihan adalah makhluk yang duduk dalam setiap manusia. Keinginan mahukan sesuatu yang dibayangi dengan ilusi indah jika memperolehi apa yang dimahukan seringkali membunuh setiap kesakitan yang datang tidak diundang.

Dia manusia yang ketagih. Ketagih dia bukan pada hanya suatu benda. Ketagihan dia banyak, tetapi malangnya - benda yang paling dia suka, yang mampu merangsang adrenalinnya teruja lebih daripada biasa (dan bukan dadah murah) sangat sukar diperolehi. Kalau ada sekalipun, muncul hanya sesekali sekala dan malang bertimpa, kemunculan bagaikan iklan biskut terkenal suatu ketika dahulu itu - tidak mampu melunaskan ketagihan dia - kekuatan dia mampu bertahan semata-mata demi dadah itu. Sialan, badan dia sudah jahanam teruk digunakan untuk bertahan. Dimasukkan bahan-bahan lain yang dia suka, tapi apa yang jahanamnya, yang satu itu juga yang mampu buatkan dia tenggelam dalam khayalan tanpa sedar benda tajam sedang menghiris pembuluh darah merah.

[Sumber gambar]

Dia masih menunggu lagi, kalau-kalau dadah itu dapat diperolehi walaupun dia tahu semakin sukar. Ketagihan dia pada benda itu memuncak dan pastinya setiap perbuatan dia, sudah mula menjadi tidak terkawal. Bagaimana mahu dia waraskan pemikiran jika apa yang dia pertaruhkan semakin lama semakin membunuh dia bagaikan kanser ganas yang menggila? Dia bukannya mampu bertahan lama, walaupun dia tahu dia ada cara lain bagi mengalihkan tumpuannya. Dia cuma enggan bazirkan apa yang sudah lama dikorbankan - bukan kerana dia setakat sayang dan suka sahaja. Bukan setakat itu yang mengikat dia. Bukan.

Dia ketagih dengan rasa cinta.
Malangnya, dia tidak akan jumpa lagi bila debu hilang dalam udara.
Begitu juga antara manusia itu dan dia.
Musnah dan mati ditelan masa.

Panggilan #04


Komunikasi dikatakan sebagai kunci paling penting dalam perhubungan. Bukan sedikit yang kita lihat, masalah dalam suatu perhubungan itu berpunca daripada kurangnya komunikasi (atau mungkin terlebih?) ataupun kelemahan didalam komunikasi bersama pasangan. Komunikasi juga tidak terhad pada pasangan bercinta sebab hubungan sesama keluarga dan persahabatan juga, kalau tiada komunikasi - macam mana hendak dikekalkan? Dan, perlu diingat komunikasi itu bukan setakat percakapan. Tapi kali ini mari kita berbicara sedikit tentang pasangan bercinta (dan juga berkahwin mungkin, hah!)

[Sumber gambar]

Bila berlakunya kurang komunikasi, apa yang mahu diharapkan dalam perhubungan? Saling percaya antara satu sama lain - walaupun mungkin jelas diketahui kebarangkalian untuk pasangan berlaku curang adalah amat tinggi. Ah, kalau sudah kenal terlalu lama, dari lirikan mata sebenarnya kita sudah dapat mengesan sama ada si dia itu akan berlaku curang atau tidak. Jika sekali (atau sudah berkali-kali) dia berlaku curang, apa yang dia lafazkan pada kita, mungkin sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri (dan punggung juga berikut angin). Ha ha ha.

"Awak, saya rindu"
"Hmmm"

"Awak, kita dah lama tak berbual kan?"
"Bila saya cari bukan awak nak berbual dengan saya pun"

"Awak, saya rindu awak, tapi peliknya saya tiada rasa nak hubungi awak"
"Sama ada awak ego ataupun perasaan awak itu palsu"

"Awak, malam esok saya telefon awak ya?"
"Saya harap awak akan buat apa awak janji"

"Awak, kita kurang komunikasi kan?"
"Awak dah buang telefon awak ke? Saya hantar SMS, WhatsApp, Viber, Email semua di situ"

"Awak, saya janji kita akan selalu berhubung"
"Itu yang awak kata dahulu dan selalu ulang berapa kali dah"

"Awak, saya tak rasa kita perlu sentiasa berkomunikasi."
"Kenapa?"
"Sebab saya percaya awak takkan berpaling pada orang lain"
"Malangnya saya tahu awak selalu jatuh hati pada orang lain"

Ada orang kata, hubungan itu tidak dinilai daripada berapa banyak mereka berkomunikasi, tetapi daripada berapa berkualitinya komunikasi mereka. Malangnya, mahu mencari kualiti disebalik kuantiti itu - sukarnya bagaikan mencari mutiara laut dalam di kawasan paya bakau yang terjajah keji.

Monday, June 04, 2012

Lepaskan.


Kadangkala ada orang yang kau enggan simpan lagi dalam fikiran. Kalau fikiran itu mampu dibuang semudah kau memadam papan hitam ataupun fail yang menimbun di dalam komputer peribadi, pastinya sudah senak perut tong sampah yang mengandungi fikiran sedih dan jahat itu barangkali. Kenyataannya, apa yang kita selalu ingat pada manusia yang hadir dalam hidup kita tanpa mengira apakah ia membawa kebaikan atau tidak sebenarnya mampu membunuh jika kenangan yang ditinggalkan mengandungi racun yang tidak mampu dibuang begitu sahaja.

[Sumber gambar]

Tetapi malangnya, melepaskan seseorang tidaklah sesukar melepaskan kenangan tentang mereka dalam hidup kita. Kerana apabila mereka pergi, yang tinggal hanyalah kenangan sama ada baik atau buruk, pahit atau manis - itu sahaja bukti mereka pernah hadir dalam hidup kita.

Sunday, June 03, 2012

Peluang #01


Kadangkala peluang itu sudah terhidang depan mata, cuma tidak mahu digunakan. Bila dia punya peluang untuk mencari yang lain selepas kekasih yang dia suka berselingkuh dengan manusia lain, dia tidak pernah ambil kesempatan. Di sebalik kenakalan dia yang suka mengusik sana sini, dia malangnya tidak pernah terfikir untuk menggantikan manusia yang sering membuatkan dia terluka dan kecewa. Sialan, dia pernah mengutuk dirinya yang sentiasa berfikiran terbuka hatta manusia itu membunuhnya bukan sekali dua. Tapi, celakanya, dia masih setia menunggu walaupun tanpa khabar berita.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_lzb4d4u4421qfd1rto1_500.jpg
[Sumber gambar]

Dalam mencari keseronokan lain tanpa perlu dia terbuai dengan kesakitan, banyak peluang untuk dia bersama manusia lain yang dapat dia lihat. Hatinya memberontak mahu mencuba, mana tahu dia dapat menghukum kekasihnya (padahal dia sedar yang dia bakal mati sendiri disebabkan si kekasih tidak akan memberikan reaksi) - dia akhirnya hanya mampu melihat peluang itu pantas berlalu tanpa dia sempat menyentuhnya. Ah, dia mungkin lebih rela membiarkan peluang itu pergi berbanding dia meletakkan diri sama hina dengan manusia yang dia kenali mengkhianati cinta. Bahagianya, dia tidak pernah menghukum manusia-manusia yang sentiasa bikin onar pada jiwanya. Lebih banyak dia diam, lebih banyak dia sakit sendirian, lebih kental hatinya bila saat perpisahan itu akan tiba (walaupun dia sendiri tidak akan tahu bila - dia bukan jenis melepaskan cinta sesuka hati - contoh kenapa dia dikatakan bebal walaupun terlampau banyak kali dikhianati.

Sialan.
Peluang depan mata.
Mahu teruskan atau lepaskan sahaja?

Dia diamkan sahaja. Sebab dia percaya akan nilai setia (walaupun sesetengah orang menyumpah dia kerana bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernah kenal erti cinta dan hanya tahu bertuhankan nafsu semata-mata) dan dia mahu terus sahaja jadi setia walaupun dia yang bakal musnah di penghujungnya. Kawannya pernah bertanya, kenapa dia mahu terus setia. Jawapannya mudah seperti dia lepaskan angin busuk ke udara.

"Jangan ambil mudah pada manusia yang baik dan setia. Kerana, suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan datang untuk mengambil benda yang tidak dihargai dan akan menyayanginya lebih daripada yang kau mampu untuk bayangi"


Saturday, June 02, 2012

Debaran.


Kadangkala, bila hati sudah terlampau teruk cedera, manusia yang kau sayang sudah tiada lagi dalam bayangan mata. Kesedihan yang dia berikan buat kau menutup mata setiap kali kesakitan itu menjelma. Sudah hilang segala raungan kau bila mana dia datang dan pergi meninggalkan luka dalam yang langsung tidak mahu kau kenangi. Bukan kau tidak sayang, mahu dilepaskan tetapi dia masih bermain tarik tali.

Setiap kali kau menimbus diri, dan bercadang mahu mati dari sisinya, dia akan datang dan belai dengan kata-kata yang membuatkan kau senyum hingga ke telinga. Hilang segala derita sementara bagaikan manusia sakit diberikan ubat penyembuh - penenang jiwa. Malangnya, kesakitan yang kau terima selepas itu tidak mampu ditanggung oleh buaian manis sedemikian rupa. 

http://farm4.staticflickr.com/3149/2378719711_2b7a5b6091.jpg
[Sumber gambar]

Sehinggalah kau jumpa entah siapa yang kau sendiri tidak tahu latar belakangnya - senyuman dia sudah mampu buat kau berdebar tidak tentu hala walaupun kau sendiri sedar senyuman itu bukan untuk kau. Kadangkala kau cuma berharap keadaan begitu akan sama dengan manusia yang kau suka, tapi ternyata impian kau tidak pernah terlaksana.

Maka, kau biarkan degupan jantung kau mengkhianati dan menikmati senyuman manusia yang entah siapa itu. Mungkin dia jelmaan manusia yang kau impikan - tapi mungkin sahaja hanya ilusi yang bakal membunuh tanpa kau sedari.

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template