Saturday, January 26, 2013

Blogger Pilihan .COM - 26 Januari 2013


Salam.
Walaupun aku tak dapat menghadiri #TerfaktabParty sempena pelancaran Kitab Terfaktab 3 (Sarkastik Cinta) serta beberapa acara lain pada hari ini, sekurangnya, air mata aku yang mengalir akibat merayu kebenaran untuk pergi ke majlis-majlis berkenaan terhapus dengan berita yang diberitahu oleh seorang pembaca di FB aku (Terima kasih Ez Husna). Terus aku suruh adik aku belikan surat khabar hari ini. Utusan Malaysia 26 Januari 2013.

http://distilleryimage11.instagram.com/1791f1b0676411e282fd22000a9d0df2_7.jpg
[Instagram aku] - Utusan Malaysia 26 Januari 2013.

Terima kasih atas segala sokongan kepada penulisan aku di Dunia Sebelah Zara serta hasil cetakan yang dapat dikongsi kebaikannya bersama (harapnya). Terima kasih sudi baca blog yang dimulakan pada 1 Januari 2009 ini - sentiasa berikan aku sokongan dan galakan untuk aku menulis.

Adik balik bawa surat khabar ni, aku menjerit keseronokan - Mak muncul dari dapur nak baca. Komen ahli keluarga?

Mak :
1. Kau panggil Mak sebagai Puan Mulia?
2. Segan nampak kau masuk paper ni. Macam mana kalau kawan2 kau baca?
3. Apa yang kau tulis dalam blog, buku kau tu ada bawa kebaikan tak? Nanti di akhirat, ditanya apa yang tangan tu buat, harapnya jawapannya buat benda serta tulisan yang berikan manfaat kepada masyarakat.
4. Kalau kau ada bakat menulis, tulislah benda yang bawa kebaikan pada orang.

Abah :
1. Kenapa kau tulis sekolah dekat nombor 4? Patutnya sekolah tu nombor 1 - sebab sekolah tu keutamaan.

Adik :
1. Kenapa Along tak pakai cermin mata?
2. Muka kau nampak tak sama pun.

Kopi :
1. Kenapa tak pakai cermin mata?
(lepas tu apa dia cakap lagi aku pun tak ingat. Maaf awak)

Bak kata kawan-kawan aku yang lain, cantik macam mana pun gambar, aku tetap dengan jam yang sebongkah besar itu yang menunjukkan sangat budak aktiviti luar serta tiada ciri-ciri keperempuanan walaupun baju dan tudung sudah perempuan.

Selain itu juga, gelang tengkorak serta "studded" langsung tak tinggal. Dah jadi identiti. Maafkan aku kalau nampak selekeh yang amat. Tapi, yang penting - muka aku nampak normal walaupun adik kata besar gila. Guna lensa lebar ni. Eh. Hahahaha.

Apa pun, terima kasih sekali lagi buat semua pembaca. Aku janji akan berikan tulisan yang lebih menarik pada masa akan datang buat kalian semua.

37 comments:

didie noxious said...

tahniah :)
going buy utusan arini (cipta rekod)

koshary said...

waaaah. cool gila! Tahniah kak! tapi tak dapat nak baca artikel tu.

teah said...

wah... Tahniah! Teruskan menulis :)

reenapple said...

tahniah kak.... Keep it up ya.. =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kita cipta rekod bersama la gitu.
hahahaha.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aaaa.
camne akak nak share ni?

Eydaaa said...

Congrats !
Kebetulan pulak baru beli utusan tadi.
Cepat cepat nak cari "Blogger Pilihan".

(^^)/

Rapunzeel Cikilolo said...

tahniah :)

blog pun cantik...

intanurulfateha said...

wahhh dah masuk paper ! :) tahniah ^^

psst. kem salam puan mulia ^^

SyAmSuL AnUaR said...

wah!!! terbaik.. Tahniah Lord Zara..

MK Kimi said...

utusan patut berterima kasih kat kau sbb artikel tu ramai yg dh lama gila tak beli, harini tetiba beli utusan.

Good job cikgu!

p/s: sekali tgk mcm ila damia..cuma versi tembam.eh..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Thanks dear :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih! :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih dear :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Nanti kawen jemput ok?
Kikikiki :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

terima kasih :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha.
Nampak sangat semua tak beli newspaper atau baca online je.

Tetap nak kata aku gemuk kan?
Haip!

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

Dah jadi artis ni hik hik. Papepun, tahniah dik :)

Amanina Nasuha said...

wahhh..belalang da bace paper ari ni..congrats yaa sis..eerrmm nk juga jd mcm sis tpi angan-2 je lah kot..hehhe..btw teruskan menulis!!! :)

korie hensem said...

retis dah dia , tahniah
btw, blog ni mmg best !

kopi satu yea!

Mr. Zuhir said...

xblh lg bsr ke ? sy x beli paper utusan.. nk bace nk bace..

Cik Merah said...

wahh...tahniah akak ;)

~ Cik Azz ~ said...

Tahniah...

Moga semakin berjaya dalam bidang yang diminati..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bukan artis kak.
Tidak sesekali.

Makasih :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Malas nak scan.
Wahahaha.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ameen.
Ameen.

shandye. said...

berdarah hidung penuh kecemburuan melihat. hahahaha...

congrats! waa... lepas abam pejal, kakak zara pulekkk masuk payperrrr... adik bila la dapat peluang masuk payperrr mcm uols...

(kuis-kuis pasir guna kaki sambil pintal-pintal hujung baju)

thenunu said...

salam ..saya nunu.silent reader dsz..baru kali ni nak comment sebab tgk awak di paper..tahniah..saya juga cikgu dan blogger seperti kamu :P ..selamat berkenalan

Fyrose Zainuddin said...

Proud of you classmate !
boleh lah tumpang glamour :p

anna hashim said...

salam...kitew da baca dah utusan..terkejut sebab nampak muka awak..terus kite cakap kat kawan n makcik.." eh, kitew baca blog dia ni " heheheheeee

eyla_kbaharin said...

WAH !! clap-clap...:D
wish one day blog saya dapat jadik macam nie jugak :DD

takky said...

mampu baca dekat gamba aje...
sebab umah jarang ada surat khabar...
pape pun congratz sebab dh sampai ke tahap masuk akhbar...
lepas nie org yg slalu mengata kak z akan sedar segala kutukan dia tu x memberi impak negatif kepada akak...
keep it up k...
^O^

kay_are said...

tahniah! sorang lagi blogger dapat masuk utusan.. semoga terus sukses ye.. =)

adilah said...

Tahniah kak ! Cool la akak ni !!!