Thursday, January 31, 2013

Luka.


Yang sakit.
Yang jatuh.
Itu kan awak?

Kenapa perlu heret mereka yang tidak bersalah?
Kenapa perlu palitkan kesan darah?
Kotor, bersepah.

Yang jatuh.
Yang sakit.
Harus bangkit.
Walaupun perit.
Bukan jadi viral berjangkit.

Bila awak luka.
Awak fikir melukakan itu bakal bikin gembira?
Apa punya durjana.

Cukuplah awak luka sendiri.
Ambil ubat dan duduk diam sini.
Rawati kesakitan yang mencengkam diri.
Bukan bikin onar hingga ada yang tersakiti.

Kesakitan awak tidak perlu dipindahkan.
Pada orang lain yang tiada kaitan.
Cari punca masalah berkenaan.
Hapuskan sakit secara perlahan.
Bukan mulakan pembunuhan.

Sendiri terluka.
Bukan bermaksud bermulanya episod duka.
Siapa tahu ia bakal bawa gembira?

http://farm4.staticflickr.com/3549/3417505816_910291e2f2.jpg
[Sumber gambar]

6 comments:

Aujinz said...

Kerana ada yang menganggap, jatuh dan terluka adalah tiket untuk melukakan. Biar yang lain rasa sakit bersama.

Aujinz said...

Kerana ada yang menganggap, jatuh dan terluka adalah tiket untuk melukakan. Biar yang lain rasa sakit bersama.

reenapple said...

kadang-kadang luka itu perlu. Untuk pengalaman.

kay_are said...

sume orang mesti pernah terluka.. cume persoalan die samada mereka nak terus hidup dengan luka tu atau nak sembuh dari luka tu je.. pilihan kat tangan masing masing.. hmm

Hanih Borhan said...

Assalamualaikum Cikgu... :)

Setuju,luka sendiri jgn dibiar b'jangkit atau kena pada org lain...

sejak mula lagi,kena reflect pada diri sendiri & tuding jari pada diri sendiri sebelum nak menyalahkan org lain atau m'dakwa org lain b'tanggungjwb...

a m i r a h l a t i f said...

hati terluka tak mampu bangkit
minta yang lain simpati berbukit
bingkas bangun tak usah layan sakit
itu petanda orang kuat tak heran perit