Sunday, January 27, 2013

Nama Dia Di Tempat, Masa Lain.


Salam semua.
Sebelum mulakan tulisan kali ini, sukalah mahu kongsi khabar gembira bahawa Kitab Terfaktab 3 : Sarkastik Cinta sudah selamat dilancarkan di Grafa Cafe semalam. Walaupun hakikatnya aku tidak dapat menghadiri majlis tersebut, alhamdulillah, khabarnya majlis berlangsung dengan baik dan menggembirakan. Apa yang lebih menggembirakan adalah melihat mereka yang digemari berhimpun bersama demi menjayakan majlis tersebut.

Baiklah.
Cukup tentang cerita itu buat masa ini memandangkan aku tidak dapat menghadirkan diri tetapi kalian boleh tempah ataupun lihat gambar sekitar majlis di laman FB Terfaktab. Paling comel tentulah barisan penulis-penulis Terfaktab yang memakai pakaian sekolah. Boleh tanya cara tempah atau lihat gambar tersebut di sini.

Seterusnya, ada beberapa perkara yang ditimbulkan semalam dan buatkan aku rasa nak menjawabnya. Mula-mula aku rasa tidak perlu tetapi memandangkan seseorang sangat berusaha untuk menimbulkan perasaan ingin tahu yang melampau, baiklah - dia menang. Menang dalam erti kata, aku akan beritahu dia perkara yang dia mahu dan ingin tahu (secara tidak sengaja). Begitulah mungkin.

[Sumber gambar]

Sesetengah daripada kita perlu menerima hakikat bahawa manusia yang kita sukai ataupun cintai bukan milik kita. Mungkin dalam perhubungan ada peringkat di mana kita sebagai manusia - berlaku kesilapan hingga mengakibatkan hubungan itu terputus, terlerai dan sebagainya. Jadi, apabila putus hubungan sebegitu rupa, terdapat kemungkinan anda dan dia akan bertemu di tempat ataupun masa yang anda sendiri tidak ketahui. Yang lebih menariknya dengan teknologi zaman sekarang, nama si dia itu mungkin anda temui bertaburan di laman sosial dan sebagainya.

Tambah lebih menarik jika si dia anda adalah manusia yang kita panggil sebagai "social-media-influencer" , maka tidak dapat tidak, anda akan lihat dia hampir di mana-mana apabila anda menggunakan laman sosial dan yang sewaktu dengannya. Jadi, apa yang anda harus lakukan?

Berikut adalah situasi yang digambarkan oleh mereka-mereka yang bertanya dan aku akan cuba jawab berdasarkan rasional aku. Petang dengan suasana suram begini, logik akal kadangkala hanya membawa melayang ke tempat pembaringan. Deng!

1. Bercinta dengan blogger - jadi bila dah putus, nampak nama dia dekat blog orang lain sebab kekasih baru dia pun blogger.

Oh. Benda begini biasa. Yang bukan blogger pun, bila putus cinta boleh buka blog secara tiba-tiba bagi meluahkan rasa sebal dan sebagainya. Kalau ternampak nama dia, gambar dia dalam blog kekasih baru dia, mudah sahaja. Jangan baca blog kekasih baru dia. Pangkah terus, abaikan. Nanti kau makan hati seorang diri, dia tetap bahagia.

2. Kalau kawan bekas kekasih asyik bercakap tentang dia, berbual tentang dia macam dahulu kala masa asyik berpacaran.

Suruh kawan dia tukar topik lain. Tak pun kau sahaja cakap benda lain ataupun suruh kawan dia senyap. Kalau kawan dia bukan dari kelompok kau (maksudnya dalam kalangan kawan kau sendiri) - tak perlulah nak bergaul sangat jika tiada keperluan. Biasa-biasa sahaja. Kalau kawan kau dan dia dalam kelompok yang sama (sama sekolah, universiti, tempat kerja) - maka pandai-pandailah membawa diri agar nama dia tak muncul dalam perbualan.

Kecuali kau pula yang sibuk nak tahu kisah dia dengan pasangan baru dia.
(angkat kening)

3. Kalau kekasih baru dia sibuk bercerita tentang dia - pos gambar dia dan sebagainya di laman sosial.

Kalau kau hati tegar dan mampu lihat, kau buat sahaja begitu. Kalau kau hati yang tak tahan dan keinginan untuk membunuh tinggi sebab masa kau berpasangan dengan dia kau tak mampu buat begitu atas dasar kau sendiri yang tahu - makanya, kau boleh halang diri kau dari tengok itu semua. Pernah dengar "block" atau "report as spam"? Sila buat benda begitu daripada diri kau tertengok dan panas hati sendiri.

4. Kalau kekasih baru dia sengaja bakar hati kau dengan menggembar gembur cerita dia dan bekas pasangan kau?

Abaikan sahaja.
Apalah sangat dengan perbuatan kekasih baru dia yang mungkin kebudak-budakan? Ala. Macam kita semua kecil-kecil dulu, lepas dapat benda yang kita suka selepas tunggu lama kan kita menunjuk pada kawan-kawan? Ala. Anggap begitu sahajalah. Lagi pula, untuk apa kau rendahkan tahap kau sehingga sama begitu pula?

Jangan.

Tapi kalau kau tak tahan sangat, kau pun tunjuklah pasangan baru kau. Kalau itu boleh buat kau lega. Kalau itu boleh buat kau rasa kau menang. Tapi jangan sampai kau sakit hati sendiri pula.

Itu sahaja.
Tekak aku masih gila mahu minum kopi.
Kopi, bukan Kopi.

4 comments:

didie noxious said...

:)

Izzat Aziz said...

Setakat ini no 1 jelah pernah terjadi, itupun bukan blog tapi perkara yang lain. Bila benda dah berlalu jadikan semua sebagai gurauan.

Perempuan tak tahu camne, tapi lelaki, kalau putus ke apa, memang kena lah, ambil je tu sebagai untuk gelak-gelak, walaupun terasa kat dalam, lama-lama kita pun rasa benda tu kenangan sahaja.

reenapple said...

Aku tak pernah alami.. Ehehehe.. Aku cuma alami yang mana lelaki yang aku cintai dalam diam itu, kekasihnya ada di laman sosial aku dan setiap kali aku on laman sosial itu, setiap kali itulah dia upload gambar mereka bersama. Sakitnya bukan kepalang. Mahu remove, tak tergamak sebab kami saling mengenali walau tidak rapat.

Last-last aku deactivated tapi kena marah kat kawan aku sebab deactivated sebab itu. =(

kay_are said...

aku pun pernah ditinggalkan dan pernah meninggalkan so bagi aku normal sume tu dalam kehidupan kita as manusia ni kan.. ape pun, aku setuju dengan ape yang ko cadangkan.. memang boleh dipraktikkan sesapa yang tak dapat nak lupe kan kekasih lame dorang..