Wednesday, January 30, 2013

Senyuman Payah.


Ada saatnya, senyuman kau begitu berat sekali.
Sekeliling kau bagaikan hakim jatuhkan hukuman sesuka hati.
Tanpa mahu dengar rayuan kau lagi.
Itu mungkin saat jatuhnya diri.
Tapi jangan biarkan kau sakit sendiri.

Bangkit.
Bangun walau sakit.
Tahan diri walau perit.
Jika mendesah payah, laungkan jerit.

Kau mungkin tidak sama.
Sebagaimana semuanya bermula.
Tetapi pengakhiran boleh diubah jadi beza.
Tidak semestinya perancangan awal itu sempurna.
Kau, mereka, kita semua adalah manusia.

Ada entiti sakit di belakang.
Kau boleh lari dan halang.
Kau boleh sembunyi perhati bayang.
Kau boleh berdepan dan tunjuk muka garang.
Kau boleh pukul dan junjung piala - menayang!

Payah.
Mungkin sedikit susah.
Mungkin ada rasa mahu sesah.
Tapi, itu buktinya kau masih manusia walaupun parah.

Tuhan itu ada.
Di mana-mana.
Jika manusia zalimi kau, doakan mereka.
Usah kau tabur jiwa dengan amarah dunia.
Pastikan hati tidak dibajai syaitan durjana.
Kau boleh pilih hidup lebih gembira.

Bangun.
Masa untuk bangun.
Jangan biarkan diri terpegun.

Senyuman kau untuk kau kuat.
Biarkan siapa mahu cabar dunia bagai palat.
Hati kau tidak akan cacat.
Hanya sebab manusia mengumpat.

Payahkan senyuman itu?
Tapi itu akan buat kau kuat selalu.
Tanda kemenangan jitu.
Bila kau tinggalkan kawasan itu.
Yang penuh manusia berperangai hantu.

Senyumlah.
Kau boleh buat punyalah.

Shafaza Zara.
30 Januari 2013.
0615 - Altamis Awraq.

http://farm8.staticflickr.com/7276/6920897126_20b8d79fb5.jpg
[Sumber gambar]

10 Ulasan:

  1. SETUJU sangat lah dengan maksud gambaq tu...

    lagipun bukan susah pun nak senyu, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak susah nak senyum.
      Pada kita.

      Pada orang lain, itu mungkin mereka teerpaksa lakukan dengan kerah begitu banyak tenaga.
      :)

      Delete
  2. mulut mnusia bkn mulut tempyan blh ttop sesuka ati.hehe...

    dah penat nanti bentila mulut2 itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.
      Mungkinlah.

      Tapi manusia begitu tahukah berhenti?
      Tidak. Barangkali.

      Delete
  3. aku memang tak reti senyum.. bukan tak reti tapi susah.. tapi aku setuju.. susah cane pun, terluka cane pun still kne bangun dan tak give up kan.. interesting.. same kan orang yang lukakan kita dengan kertas pasir..

    ReplyDelete
  4. Bangkit bila ditolak jatuh, bangkitlah semula. #np

    ReplyDelete
  5. senyum walau disakiti , ia akan mengubat hati.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template