Friday, January 04, 2013

Usia Muda.


Ala.
Apa salahnya dengan usia muda?
Saat untuk cuba semua benda.
Masa untuk rasa.
segalanya.

Usia muda.
Siapa yang beri erti muda?
Orang lain guna pengukur apa?
Guna pangkat, guna usia?
Ala, usia cuma angka.
Pangkat hanya sementara.

Ah!
Memang kau sangka kau muda.
Sebab kau bandingkan diri dengan orang dewasa.
Kau gelar kami golongan tua.
Tapi, tapi - kami yang tua pernah juga muda.
Pernah juga mahu cuba segala.

Kau benci kami.
Kami gelak suka hati.
Apalah sangat dengan sifat benci.
Kami sudah biasa dengan si muda yang belum berdikari.
Yang pastinya si muda datang dan pergi.
Kami yang dewasa masih menanti.
Ya, kalian masih si muda yang menagih masa kami.

Ala.
Kami tak kisah kalau kalian sudah mahu rumahtangga.
Kami lebih mengalukan apa yang baik dan bagus di sisi agama.
Tapi itulah, usia muda itu masih punya banyak masa.
Nasihat kami kalian enggan mahu siapkan telinga.
Kata ibu bapa penjaga kalian ludahkan muka.
Ah siapalah kami agaknya?
Kami cuma orang dewasa.

Ya.
Kami orang dewasa yang mungkin dibenci.
Tapi setakat ini kami masih belum mengkhianati.
Entahlah orang lain, aku masih begini.
Senyum sahaja layan diri.


http://farm1.staticflickr.com/55/179041467_6ba22a4df8.jpg
[Sumber gambar]
Emosi sana sini.
Luahkan rasa hati.
Gembira, kasih, benci.
Kami masih lagi menanti.
Tekun dan senyum sabarkan diri.

Itulah kami.
Bukan kuat, kukuh bagaikan jati.
Tapi sekurangnya kami tidak kenal erti kecil hati.
Setakat ini.

Zara : Kadangkala dalam kesedihan, kita hanya mampu senyum kerana kita sedar segalanya bakal baik-baik sahaja. (Shafaza Zara, 4 Januari 2013)

2 comments:

-effa ayub- said...

:) usia muda~~
yappp..banyak lagi memori boleh dicipta jika diizinkan Dia.. hargai khidupan masa kini supaya ke depan tiada penyesalan.dan beranilah menerima sebarang risiko atas segala langkah yang diambil..kan sis? huhu
sis zara thanx :)

kay_are said...

ni mesti kes nak hadapi kerenah budak sekolah yang totally tak same langsung kalau nak compare dengan budak sekolah zaman dulu2 kan? sabar je r..