Wednesday, January 09, 2013

#WW22 : Bawa Bekal Ke Sekolah.


9 Januari 2013.

Bekalan hari ini. Apa yang ada, lenjan lebur dalam kuali. Untuk tahun 2013, dah 3 hari bawa bekalan sepanjang minggu ini. Masak awal pagi, tapi sempat makan dekat jam satu petang. Nasib baik tak basi. Ha ha ha.

Jadual waktu perut dah jadi aneh. Mungkin sebab jus yang diminum - perut jadi normal semula. Sebelum tidur malam dah jadi macam emak-emak, sebab dalam kepala fikir satu benda.
"Eh, esok nak masak apa?"

http://distilleryimage7.instagram.com/5f424b8e5a4b11e2a7ab22000a1f97eb_7.jpg
[Instagram aku]

Bila difikirkan kembali (sewaktu aku menghadap bekalan di atas seorang diri dengan ditambah kesejukan dalam tempat kerja) - zaman sekolah aku dari sekolah tadika sehingga ke Tingkatan Lima, setiap hari aku bawa bekal makanan ke sekolah. Ya, setiap hari disebabkan Puan Mulia memang masak awal pagi untuk kami sekeluarga. Masak pagi di sini bermaksud bekalan untuk sarapan dan juga masakan tengah hari bila kami pulang ke rumah dan perlu makan sebelum ke sekolah agama. 

Masa aku dalam Darjah 1 hingga 5, bekalan duit aku ke sekolah hanya dua puluh sen. Aku dalam Darjah 1 pada tahun 1994. Apa yang boleh dibeli dengan dua puluh sen? Entah, aku jarang pergi kantin disebabkan bekalan yang disediakan adalah mengenyangkan. Betul. Jadi dua puluh sen aku hanya digunakan di sekolah agama petang. Beli makanan ringan yang jika boleh, satu harga 10 sen, jadi boleh dapat dua. Ha ha ha.

Bekalan makanan sewaktu sekolah rendah di kediaman lama dulu sering jadi tumpuan rakan-rakan ketika waktu rehat. Mana dapat nasi ayam, nasi minyak, nasi lemak, nasi tumis di kantin sekolah? Tapi dalam bekalan yang aku bawa dari rumah - itu antara menu yang disediakan oleh Puan Mulia. Bawa duit tak mewah, tapi makanan kira mewah dan semuanya disediakan di awal pagi sebelum beliau keluar mencari rezeki dan kami semua ke sekolah.

Bila aku dalam Darjah 6, duit belanja sudah jadi 50 sen. Itu pun aku masih bawa bekal lagi dan 50 sen itu dijimat supaya boleh digunakan sebagai belanja sekolah agama. Kadangkala sekolah agama pun bawa bekal nasi tengah hari - jika ada benda lain yang mahu dibeli menggunakan duit tersebut. Aku ingat bawa bekal cuma di sekolah rendah, tapi sampai sekolah menengah pun masih bawa bekal.

Dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, duit belanja aku setiap hari adalah seringgit. Pandai-pandailah mahu jimat kalau teringin mahu makan ataupun beli sesuatu yang lain. Kadangkala bekalan aku sudah makan di awal pagi, jadi dengan duit seringgit, aku beli beratur di kantin dengan menu yang sudah tersedia dalam kepala.

Nasi goreng/mee goreng = 50 sen.
Nugget/keropok lekor = 30 sen.
Air sirap/kordial sejuk = 20 sen.
Jumlah = 100 sen = seringgit.

Habis dah duit. 
Heh!

Bila naik Tingkatan 5, Abah mula bagi aku RM 5. Tapi RM 5 adalah untuk seminggu. Sama sahaja satu hari adalah RM 1 juga. Cuma bila aku ada kelas tambahan, aku akan dapat tambahan duit sedikit, kiranya sehari RM 2. Apa yang aku buat adalah bawa bekal. Bekalan makanan dimakan pada waktu rehat, manakala duit yang ada diperuntukkan untuk beli makanan waktu petang. Pilih makanan paling murah dan mengenyangkan (polisi aku dulu, sampai sekarang kadangkala). Ha ha ha.

Bila mengajar di sekolah, sesekali aku bawa bekalan juga. Untuk tahun 2013 ini, sejak dari hari pertama minggu kedua aku bawa bekalan sendiri. Ada beberapa sebab, antaranya adalah jadual aku agak padat di waktu pagi, jadi bekalan makanan adalah cara terbaik untuk aku dapat juga makan walaupun lambat serta ada sebab sedikit peribadi yang tak perlu dikongsi. Heh!

Tapi, orang yang menerima tabik hormat daripada aku adalah Puan Mulia. Tahun ini bakal masuk tahun ke dua puluh tujuh beliau mengajar dan beliau masih bawa bekalan nasi setiap hari. Ya, sebab dia perut nasi dan untuk mengelakkan dia terkena gastrik, perut dia sensitif makanan pedas - maka, bekalan yang dimasak sendiri di rumah adalah sangat baik untuk dia.

Sekejap.
Esok nak masak apa eh?


26 comments:

MK Kimi said...

aku dh xingat bpe sen aku bawak masa sekolah rendah dulu. tp ms sekolah men. (f4- f5) dpt scholar yayasan negeri. agak mewah sikit ms tu..

esok masak kue tiaw goreng pattaya! utk aku ;p

didie noxious said...

sedapnya....nak sikit k.zara :)

zainatul abu bakar said...

Samela kak..dulu pon duit yang bawa ke sekolah 50 sen je...zaman skrg, ape yg boleh beli dgn 50 sen tu?huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahaha.
Kalau masak untuk kau, camne nak hantar?

:p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahaha.
Meh meh meh :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sekarang ni kuih je la kot?
T__T

Rahika Wahidah said...

Salam

Sama Zara. Dulu belanja sekolah rendah 50 je. Sekolah menengah rm1.Tp jrg bawa bekal yp breakfast kat rumah tu wajib. Tp tu dulu. Macam2x leh dpt.

Sekarang nasi sepinggan letak sambal sikit, pun rm1. Nuget je rm1.00. Even air pun dah rm1.

takky said...

dulu ayah bagi RM1 tiap kali pegi skola dari darjah 1 sampai darjah 6...
masa darjah 1 mmg rasa teruja sebab boleh beli macam2...
selalu peruntukkan 50sen beli makanan berat dan 50sen lagi beli aiskrim roti or aiskrim biskut...
air mmg dh bawa siap2 dari rumah...

tapi x sampai seminggu (or lebih pun teruja)
sebab tiap kali pergi kantin sekolah mesti kena beratur, belum ditambah lagi budak2 suka memotong barisan...
last2 duet 2 simpan je dan kumpul beli jajan sikit2 beli dh abes skola (dan beli stiker katun sebab dulu suka kumpul stiker sampai sekarang)
bila ada duet lebih sikit trus masuk dlm tabung even 20sen or 10sen...

waktu bila makan?
jarang makan masa dekat skola...
lebih kepada minum air je sebab bila balik umah konfem akan makan lagi...
tetibe rindu nk pergi skola balik sebab sng nk kumpul duet n masuk dlm tabung...
waktu nie je la dpt merasa menabung....
^^

cahya indah said...

esok masak nasi kerabu boleh dear? ;)

Warna Warni Kehidupan said...

wah sedapnya.. kte tak sempat pun nak buat2 bekal ni...

Mizz Coki said...

wau wau. tabik spring kat keluarga uols.
aku masa skolah je rajin berbekal bagai. takde nasik mak aku siap potong2 wedges kentang pastu goreng.

skrg anak dah skolah petang, balik je skolah singgah kedai...... tghari my girl dah siap2 lunch berat kat rumah. break kat skolah minum Milo je.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bahkan lagi mahal sekarang ni.
Tak tahu kalau di kantin sekolah dengan seringgit mungkin dapat kuih 2 keping je kot.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sekarang pun boleh menabung syiling2 tu.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

tak boleh.
I tak makan nasi sayang.
Hehehe.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Takpe.
Bergantung pada orang.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aaa...

Potong2 kentang jadi wedges tu sama!
Siap ala2 KFC sangat kan?
Curah mayonis semua :D

Angah said...

tq zara kerana memberi inspirasi utk angah bawa bekal ke pejabat...

kay_are said...

darjah 1 = 1994 means umur ko same dengan aku r? aku mewah sikit, ari2 singgit, tapi bile tau ari tu ade jual nasi ayam, aku mintak lebih sikit.. =P Aku rase bawak bekal ni aku pernah buat mase darjah 1 sampai darjah 3 je kot.. form 1 pandai2 hidup sebab mase tu kne pakse masuk asrama.. +__+

Annee said...

Sekarang ni 50sen dekat kantin sekolah boleh dapat karipap dua ketul je T___T tp masih ade lagi kantin sekolah yg jual makanan dgn harga sgt2 murah.saya bersekolah di sekolah agama dalam kwnsn kampung sbb time tu sekolah agam yg lain dah full.kirenye lewat daftar.tp seronok sekolah dalam kwsn kampung.Setiap jumaat,dekat kantin ade free sup tulang.Hari2 lain,belanja mcm biasa.Sosej seketul dapat 30sen.kuih2 ade jugak yg 5-20sen.masa ni belanja pergi sekolah abah bg 3 ringgit.tp selalu guna 50 sen je :) kalau dkt kantin sekolah lain rasanya tk dpt mcm ni..,huhu

reenapple said...

tak pernah bawa bekalan ke sekolah... huuu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Meh jom! jom!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku sebab tak masuk asrama.
aaaa, aku lahir tahun 1987.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Zaman bila tu?
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Wah!
Banyak duit ni :D

norinaomar said...

kita genglah zara..sejak masuk sekolah baru ni saya memang niat nak bawak bekal pergi sekolah..dan alhamdulillah rasa seronok bawak bekal , masak pagi2 untuk 3 orang(saya, suami dan anak buah). Mula2 fikir adakah dengan makan bekal sendiri akan menjadikan saya kera sumbang sebab tak ke kantin dan ternyata tanggapan saya salah sama sekali.Since meeting (seminggu sebelum buka sekolah) sampai sekarang saya cuma beli kat kantin sekali je..Jimat plus seronok.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Good!
Seronok oh.
Kawan2 pun dah faham tak makan dekat kantin lagi.
Hahaha.

:)