Tuesday, February 26, 2013

Awak, Bukan Bersama.


Awak.
Siapa kata bila cinta harus bersama?
Siapa mampu tentukan hala tuju jiwa?
Walaupun sekuat mana mencuba.
Mungkin terjadi perpisahan diakhirnya.

Awak.
Tiada siapa dapat menduga.
Sekuat mana berusaha.
Sekental mana tenaga.
Jika bukan milik, penghujungnya tidak bersama.

Awak.
Selamat berbahagia.
Dia hanya mampu lihat sahaja.
Kirim doa, menumpang gembira.
Atas dasar sayangkan awak, dia lepaskan cinta.

Awak.
Kalaupun satu hari nanti awak lupa.
Dia cuma berharap awak akan jadi setia.
Dengan manusia lain yang awak pilih mengganti dia.
Yang tidak mampu jadi terbaik akhirat dunia.

Awak.
Dia relakan awak pergi.
Kerana kesakitan itu sudah tidak mampu ditanggungi.
Betapa kuat dia paksa, dia sudah tidak mampu berdiri.
Untuk berjalan dia sakit, apatah lagi mahu berlari.
Lari dari kenyataan dia terpaksa hadapi.

Awak.
Jalan yang pilih memutuskan semua hubungan.
Antara awak dan dia hanya kenangan.
Tiada lagi panggilan.
Tiada lagi pesanan.
Sejarah buangan.

Awak.
Kalaupun awak tidak bahagia.
Dia harap awak tidak kembali kepadanya.
Lebih baik awak lari dan tunjukkan wajah suka.
Supaya dia tidak kesal melepaskan awak pergi dari cinta.

Awak.
Selamat jalan.
Doa agar tidak bertemu di persimpangan.
Dia benci diselebungi kesakitan.

[Sumber gambar]

19 comments:

n u r e e c h a said...

awak, semoga bahagia. sentiasa.

didie noxious said...

suka yg ni :)

Niza Ismail said...

Awak,
Pastikan awak gembira bila dgn dia yang baru,
Sebagaimana awak gembira bila dgn saya.

Tapi, jangan awak sakiti hati dia,
Sebagaimana awak sakiti hati saya...

Liza said...

Awak,
Setiap kali langkah terhenti di sini
Hati jadi suka, jiwa menari-nari
Ayat disusun penuh makna, tanda ada jalan cerita
Semoga awak jua bahagia bersama orang tercinta.

Love your writings dear!

D Yatie said...

Suka sgt dengan penulisan Zara. Dan penyampaian Zara persis Fynn Juna. :)

neyanaquiah said...

Zara u make my day again.awk selalu buat sy rasa kuat

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ya. Moga.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Thanks a lot dear!
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

1) Terima kasih.

2) Tak boleh samakan dengan Kak Fynn Jamal. Dia bahkan lebih hebat dari saya :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Awww.
So sweet of u.

(tiup bagi semangat)

ELeEa said...

love this dear =)

zyra said...

saye suka bace post sis.. touching jap :(

cahaya said...

oooooo...
so sweet...
tiba2 rasa ada sesuatu yg panas mengalir...
teringat kisah lama...

you r the best lord zara!!!

AqilahTahir said...

Awak.. Takdir tu bukan untuk awak dan dia..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

TQ!
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Thanks cahaya!