Thursday, February 07, 2013

Awak, Itu Bukan Tipu Atau Palsu.


Awak.
Dia datang lagi.
Dalam keadaan yang tidak diundang - mesti.
Apatah lagi dalam keadaan cuba mengelak benci.
Entah mengapa, dia asyik kembali.

Awak.
Dia datang berbual seperti selalu.
Tanpa ada rasa segan silu.
Tanpa rasa malu.
Walaupun hati awak dipukul pilu.
Apa manusia ini tidak sedar apa berlaku?

Awak.
Memang dia pencetus segala kisah sedih.
Dia pernah buat jiwa awak mendidih.
Buat hati awak pedih.
Dia mungkin tidak sedar yang awak lembut bagai dadih.
Dan cuba untuk terus menyisih.

Awak.
Dia mungkin tidak mengerti.
Bahawa dia layak dibenci.
Tetapi awak kawal diri.
Bagai tiada apa yang terjadi.

Awak.
Dia datang meneruskan perbualan.
Awak terima dengan senyuman.
Hati awak merungut tanpa keikhlasan.

Awak.
Itu bukan menipu.
Itu bukan menyamar palsu.
Itu cubaan daripada hati penuh rasa ngilu.
Dia datang dan awak tidak pernah ada kekuatan menghalau lalu.
Perlu terima walaupun hati membeku.

Awak.
Bila kesabaran pecah.
Jangan sampai berdarah.
Selagi boleh, bertahanlah.
Jangan sampai tumpah darah merah.
Untuk manusia pencetus masalah.

Awak.
Dia masih manusia.
Awak juga.

[Sumber gambar]

5 Ulasan:

  1. ala.kena plak dengan situasi sekarang ni. dia datang bila hilang tiba2. nak copy and share boleh?

    ReplyDelete
  2. zara ni mcm tgh berckp dgn kte je..hahaha sy tgh mengalaminya. insan yg menyakiti, dtg kembali, bagai tiada apa2. tp, demi menghormati, sy layankn sj. bgai tiada berkesan pd diri..

    ReplyDelete
  3. entah kenapa apa yg akak post slalu sesuai dgn stuasi sy :)

    ReplyDelete
  4. entah kenapa apa yg akak post slalu sesuai dgn situasi sy :)

    ReplyDelete
  5. situasi ni bese r jadi dalam bercinta.. bile rase dah give up tetibe r datang harapan lepas tu baru harapan nak berbunga kecewa lagi.. hmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template