Thursday, February 28, 2013

Awak, Sayang Tidak Semestinya Memiliki.


Awak.
Terlampau sayang.
Awak jadi gila bayang.
Sudah tidak kenal malam siang.
Hanya wajah dia terpancar bagai wayang.

Awak.
Semua orang berhak menyukai.
Setiap orang boleh memilih siapa yang dekat di hati.
Tetapi, tidak semua dapat memiliki.
Dan dia, bukan untuk awak dampingi.

Awak.
Betapa awak berusaha.
Ternyata dia tetap bukan awak punya.
Bergaduh, saling tersembur darah, pecah muka.
Tetap ditakdirkan - dia hak pada yang lebih utama.

Awak.
Mungkin dulu awak cinta.
Mungkin dulu awak suka.
Mungkin dulu awak bahagia.
Mungkin dulu awak gembira.
Bersama dia.

Awak.
Tapi ternyata semuanya dusta.
Itu permainan yang dia cipta.
Dalam sedut semua rasa suka.
Habis kering adrenalin, dia tinggalkan duka.
Untuk awak hidup merana.
Sebagai balasan pernah menyakiti dia.

Awak.
Bila tiba waktu begini.
Sejauh mana awak laungkan perlu dia kembali.
Dia terus bergerak menjauhi.
Langsung tidak berpaling walau sekali.
Di jiwanya sudah terpalit rasa benci.
Sudah tiada ruang di hati.

Awak.
Sayang sekalipun tidak berguna.
Bila awak pernah buat dia kecewa.
Jatuh bangunnya tidak bermakna.
Sudah penat dia dan awak panggung drama.
Memenuhi jalan cerita entah apa-apa.
Penuh rasa dendam, memusnahkan impian segala.

Awak.
Sayang tidak semestinya memiliki.
Kadangkala apa yang digenggam terlepas terbang tinggi.
Begitu juga hati.
Boleh mati.
Dikhianati.

[Sumber gambar]

7 comments:

ELeEa said...

kalau sayang perlu pengorbanan bukan?
=)

didie noxious said...

awak.kisah ini ibarat kna pnumbok tepat pad muka!

maitimie said...

kadang sakit yg kita rasa, kita diamkan je.walaupun penyebabnya dia yg kita syg tuh ='(

Hanih Borhan said...

oh sedih pulak rasa... Baiklah awak,saya lepaskan awak dgn hati yg rela...pergilah bina bahagia dgn si dia yg awak suka...eh? :p

zana fahmi said...

Assalammualaikum awak.....akk tujukan syair indah ini utk seseorang.
'cinta berbalas tapi tidak semestinya memiliki'.... kata2 yg amat pedih bg akk:-(

Chik Att said...

Takkk sangggup ...menanggung kecewa...

NIA SI DRUMSTICK said...

mulut mudah berkata..
sanggup biar dia bahagia..
tapi kenyataan nya.. kita tanggung luka..