Monday, February 04, 2013

Awak, Tidak Semestinya Dengan Dia.


Awak.
Mengapa mahu lagi ditunggu dia?
Yang sudah tiada lagi cinta.
Yang sudah makan rasa gembira.
Manisan sudah tukar cuka.

Awak.
Mengapa lagi mahu dikejar hingga gila?
Apabila awak sudah cukup berusaha?
Tetapi dia enggan mahu setia.
Tetap mencari cinta baru ikut suka.

Awak.
Mengapa biarkan maruah diinjak?
Mahu tunggu sampai diri diterajang, disepak?
Mahu tunggu sampai diri ditampar, disepak?
Mahu tunggu sampai mati kena pijak?

Awak.
Kalau dia sudah tidak mahu.
Berhentilah jadi penunggu.
Tidak perlu buang waktu.
Untuk manusia begitu.

Awak.
Buang sahaja rasa simpati.
Tanpa awak, dia masih boleh hidup sendiri.
Tanpa awak, dia masih kekal berdiri.
Tanpa awak, dia  boleh cari cinta lain lagi!
Apa perlu awak terus menanti?

Awak.
Tak perlu korbankan segala demi dia.
Bukan dia pandang awak siapa.
Dia tidak ingat bantuan awak masa dia jatuh papa.
Dia lupa masa susah awak sanggup jual segala.
Supaya dia dapat bangun dari jatuhnya.
Sekarang dia sudah bagus, awak dia buang begitu sahaja.

Awak.
Ini bukan soal mengungkit.
Cukuplah lepaskan anjing tersepit.
Kalau dia baik, mungkin dia terus lari balik selepas menyalak sakit.
Kalau tidak, tangan awak mungkin akan digigit.
Sekarang ini - awak rasa perit.
Dia menyalak atau menggigit?

Awak.
Setiap manusia ada harga.
Boleh dengar lagu Katy Perry kalau awak lupa.
Janganlah jual lelong diri sendiri pula.
Hargai diri kita.
Cukuplah duka.

Awak.
Kalaupun dunia berpusatkan dia.
Awak masih punya banyak benda.
Dari Yang Maha Esa hingga keluarga.
Untuk apa menanti dia?
Orang luar tanpa ikatan bermakna.
Bahkan merosakkan jiwa.

Awak.
Cukuplah.
Sayangi diri sendiri - bukanlah payah.
Cuma berhenti dari cari masalah.
Dari dia yang banyak helah.

Awak.
Berhenti persiakan masa.
Masih banyak orang di luar sana.
Yang mencari pasangan setia.
Untuk mendirikan rumahtangga.
Bukan setakat jadi mainan di waktu gembira.

Awak.
Percaya janji Tuhan kan?
[Sumber gambar]


19 Ulasan:

  1. nice :'). pray for me..
    https://twitter.com/Mrs_Yonghwa

    ReplyDelete
  2. dah belajar pun bertahun yang lepas :)

    ReplyDelete
  3. kesetiaan itu dinding tebal yg bkn sng diroboh
    moga kesetiaan itu menjanjikan pengakhiran yg manis

    ReplyDelete
  4. kadangkala penungguan yang menguatkan hati. menguatkan hati. utk tabah dan terus setia. tunggu pada benda yang baik, takde hal.

    btw kak, kena setepek! kakaka

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula dengan aku yg berperangai gila?
    Hujung hati aku masih lagi berpegang pada janji lama!
    Terlalu yakin kami akan bersama sedangkan dah terang2 die sudah punya wanita lain untuk ditatap lama.
    Bodohkan?

    ReplyDelete
  6. senang cite nye, tak perlu harap sangat dengan hubungan yang tak pasti.. ade jodoh tak kemane.. takde jodoh nak wat cane.. kan?

    ReplyDelete
  7. so touching post. remind me of not hoping for something uncertain ours and my past. good job zara. really likes all your jobs.well done!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template