Wednesday, February 20, 2013

Bayang #3


Lari.
Lari.
Lari.

Puas dia lari dari sinaran matahari.
Supaya dia tidak nampak bayang sendiri.
Kerana kau hadir mengekori.
Seperti cuba pegang bayang dia yang berdiri.

Pecut.
Pecut.
Pecut.

Dia bukan penakut.
Dia bukan pengecut.

Kehadiran kau membayangi.
Tinggalkan dia dari sisi.
Bebaskan dia dari belenggu kau yang sudah mati.
Tinggalkan dia dan pergi.

Dia tidak ingin kau lagi.
Walaupun mati hidup kembali.

[Sumber gambar]

2 comments:

reenapple said...

Ibarat peluh yang melekit kat badan, buat dia rasa rimas, itulah diri kau pada dia. Ehhh. =P

didie noxious said...

:)