Friday, March 15, 2013

#25 : Ini Cerita Seorang Perempuan


Salam.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini (15/3/2013) --- aku nak tanya beberapa soalan dan kenyataan kepada kalian semua.

1. Apa salahnya aku menulis di blog sehinggakan setiap apa yang aku tulis perlu kau cakapkan pada ibu bapa aku di sekolah mereka?

--- Aku pasti ada lebih banyak lagi urusan berkenaan sekolah, tugasan dan perkara lain berkaitan kerja boleh dibincangkan. Kenapa tak gunakan waktu bertemu muka untuk bertanyakan hal kerja dari sibuk mahu bercerita tentang aku?

2. Aku tidak pasti sama ada apa aku tuliskan perlu dikhabarkan kepada keluarga aku memandangkan blog adalah sebahagian daripada terapi aku --- terapi dari segi aku melepaskan tekanan kerja, kehidupan aku di dalam tu.

Ya, hidup aku cuma rumah --- sekolah --- blog (lebih tepat Internet) dan aku tiada ruang sosial lain. Itu sahaja rutin aku setiap hari. Mengganggu kamu? Sehingga perlu dicanangkan kepada keluarga aku? Aku bukan pandai untuk keluar berpeleseran dengan teman-teman bahkan untuk pengetahuan, aku tiada kawan di kawasan kediaman aku. Semua kawan-kawan sekerja aku kebanyakannya sudah berumah tangga dan mereka dengan urusan keluarga mereka.

Aku?
Duduk di rumah. Keluar bila perlu jika ada urusan penting. Keluar bila keluarga aku pinta. Selebihnya masa aku digunakan untuk buat tugasan aku di sekolah (yang kadangkala perlu dilunaskan di rumah) --- atau duduk berehat, membaca buku serta melayari Internet. Itu sahaja dunia aku.

Dan kau, mahu renggut?
Dengan canang cerita tidak perlu?


3. Aku menulis sekadar suka-suka. Bila ada peluang keluar karya dengan mana-mana penerbitan, aku sekadar mencuba. Keluarga aku tak suka aku menulis. Aku berusaha selama ini agar mereka menerima kegemaran aku. Menerima hobi aku ini.

Tahukah kalian?
Setiap kali ada pesta buku, majlis-majlis berkaitan buku, pelancaran buku dan sebagainya, aku duduk depan keluarga aku, mohon kebenaran dari mereka untuk melepaskan aku keluar sehari (atau jika perlu bermalam, aku bermalam di rumah saudara) --- demi memenuhi cita-cita aku, kegemaran aku.

Alangkah ke pelancaran buku Kitab Terfaktab 3 - Sarkastik Cinta pun aku tidak pergi disebabkan mereka tidak berikan kebenaran. Aku duduk sahaja di rumah, buat kerja yang disuruh keluarga dan menyedapkan hati, tak mengapa tak pergi, tak mengapa tak pergi sebab sebelum ni aku dah pergi untuk KT1 dan KT2.

Untuk Antologi KLCC (bersama FIXI) pada April nanti pun aku tak dibenarkan pergi dan aku sudah belajar untuk bertolak ansur antara kemahuan diri dan kepentingan membuatkan keluarga gembira dengan mengikut kemahuan mereka. Tidak mengapa aku tolak ke tepi apa aku suka asalkan mereka redha dengan perbuatan aku.

Tapi, terima kasih, terima kasih, terima kasih --- kepada mulut-mulut kalian yang entah bagaimana terlebih mengambil berat (barangkali) --- dalam perbualan aku dan bonda aku tadi, beliau suruh aku tutup blog aku dan berhenti menulis. Kalau boleh, beliau mahu blog ini ditutup atau diperibadikan supaya tiada siapa lagi boleh baca dan dia boleh senang hati tidak dengar apa-apa cerita lagi dari mereka-mereka di luar sana.

Beliau kata --- beliau malu setiap kali kawan-kawan atau kenalan dia tegur dia dan cakap apa aku tulis di blog. Terima kasih kepada mulut-mulut berkenaan yang menyebabkan aku bakal hilang satu lagi benda yang aku suka.

Terima kasih yang tidak terhingga.
Setiap jasa kalian yang menyumbangkan kepada perbualan yang mengeruhkan hubungan didahulukan dengan ucapan terima kasih yang amat sangat.


:)

Nota Kaki :

Kau perlu tahu bahawa Mak dan Abah aku adalah dunia aku. Mereka manusia yang paling aku sanjung walaupun aku mungkin anak yang tidak sempurna dan sering membawa masalah buat mereka. Jadi apabila dunia aku sudah kau usik dan hati mereka terusik serta tersentuh --- aku sebagai anak ini bagaimana?
 

http://farm3.staticflickr.com/2330/2208699418_a6b8d59914.jpg
[Sumber gambar]


20 comments:

Kc Kasedah said...

tabahlah kak zara. teruskan menulis. ya? saya silent reader blog akak, belum pernah komen. ni kali pertama. takpe. akak teruskan menulis. pedulikan makhluk makhluk ego ni :)

kcxkasedah

haidar abdullah said...

Pls jgn ditutup atau diprivacy kan

I suka baca ya

Sgt menusuk kalbu

Teruskan berblogging

- blend heart with heart -

Jard The Great said...

I dont see no harm coming from ur blog. Apa konon diorg cakap tu babe? it doesn't make sense why they want u to stop blogging. SOb!

didie noxious said...

doa yg baik baik saja tuk k.zara :)

bersabarlah.semestinya seorang anak itu tgungjwbnya kepada ibu bapa....semoga suatu hari nanti mereka menerima minat k.zara seadanya~

arifah said...

Bersabarlah, please teruskan menulis di blog :) i love your entries.

Niza Ismail said...

Jangan la private kan blog ni..tutup pun jangn la. Nanti aku akan hilang sumber inspirasi aku. Suka baca tulisan cikgu ni! ♥

Rapunzeel Cikilolo said...

biasa la tu...

moga kamu tabah.

anis abdullah said...

zara, keep in blogging. i tak faham kenapa ada manusia2 dengki macam ni. tiba2 teringat satu cerpen dalam CERPEN mengenai seorang anak penulis blog hingga dipanngil untuk menjadi hos sebuah rancangan TV.

i mungkin sangat jarang komen your entry, but i like your writing style. i peminat FIXI so jangan berhenti menulis.

ps# lepas dah masuk google+ nama telah bertukar dari eri-chan.

Azrul Hisham said...

Pelik betul yg mulut2 kepoh tu..sabar ye dik..kalu nak private blog jgn lupa invite abg..huhu

ELeEa said...

don't stop...
keep blogging
privatekan ya...

ELeEa said...

don't stop...
keep blogging
privatekan ya...

ija panic said...

ehhh...tolong la jgn stop blogging....
sy suka baca....
sape yg busukkkkk hati sngt tu??? haishhh

Musafir Jalanan said...

:) Assalamualaikum, . . .

orang Pagoh ni, . . . . . same daerah kite, . . .

http://budakgetah91.blogspot.com/2013/03/apabila-nafsu-menguasai-diri.html

ida said...

mengapa mereka..
tidak betahkah melihat kebahagian dan kegembiraan orang lain.. hurmm..

Liza said...

Zara, dont stop blogging. They just want to step u down. Keep writing. I love your writings. Chill!!

cik ciput said...

untunglah kau masih punya ibubapa. hargai mereka. =)

Primadona said...

kenapa banyak sangat parents yang tak pernah faham dengan hobi anak mereka sendiri? Parents saya pun tak suka saya menulis.Padahal saya menulis untuk tujuan macam yang kak zara cakap terapi diri dan sebagai panduan dalam hidup saya sendiri. #sigh

C!ku Bulat said...

plisss..jgn stop blogging,,,,sy suka karya2 awak,,,,,

BlueIceCube said...

please don't stop. we should consider sending santau tutup mulut to this buggers. now, what about that cupcake sent to your Mom's school next week...*evil laughter*

Anonymous said...

Membaca blog ini terapi jiwa saya.
Kalau cik zara dah stop berbloging hilanglah terapi saya pulak (T_T).
So don't stop.