Saturday, March 02, 2013

Awak, Dia Mahu Belajar Memahami.


Awak.
Siapa kata dia tidak sayang?
Siapa kata dia garang?
Siapa kata arah tuju tersasar bagai bola tak masuk gawang?

Awak.
Dia dituduh tidak memahami.
Awak rasa tidak disayangi.
Perasaan berbelah bagi.
Pertelingkahan terjadi.
Ada sahaja bahan bakar api.
Kepala berpusing, hati panas sekali.

Awak.
Kenapa mahu pentingkan diri?
Tidak boleh turunkan ego sedikit cecah bumi?
Demi menjaga hubungan yang disayangi.
Demi memelihara kasih sayang yang disanjugi.

Awak.
Bukan susah untuk mengenal hati budi.
Buka ruang bincang dan saling berkongsi.
Jika terus memendam, yang sakit tetap hati.
Jika terus mendongkol kesepian, awak juga yang sunyi.
Bukankah awak takut ditinggal sepi?

Awak.
Apa guna banyak sumber bacaan?
Jika awak tidak mampu untuk gunakan.
Bahan bacaan melambak, bertaburan.
Pilih yang punya nasihat - yang mampu dijadikan panduan.
Bukan membuta tuli buat keputusan.
Hingga timbul pertelingkahan.

Awak.
Siapa yang suka pergaduhan?
Siapa yang suka pertempuran?
Suka lihat hati sendiri jadi bahan permainan?

Awak.
Turunkan sedikit ego diri.
Tundukkan sedikit keras kepala yang bakal makan hati.
Lembutkan sedikit diri yang asyik merasakan perlu dimanjai.
Kenapa pentingkan sendiri?
Apakah dia enggan dibelai dan disayangi?

Awak.
Jangan jadi bodoh sombong.
Nanti dia terajang awak masuk lombong.

http://farm7.staticflickr.com/6034/6241206837_2bde724cf5.jpg
[Sumber gambar]

2 comments:

Miss Orchid said...

wow menarik puisi :)

Miss Orchid said...

hai , saya blogger baru

Kalau salah tolong tunjukkan


http://orchidhernalee.blogspot.com/

salam perkenalan:)