Monday, March 25, 2013

Ingat Lupa.


Hidup ini kadangkala cantik sehingga kita terlupa akan ada waktunya ia akan berubah wajah sekelip mata. Terlampau asyik dan khayal menikmati suatu benda acapkali buat kita lupa bahawa satu saat nanti kita juga akan lenyap dan luput dari atas dunia. Yang tinggal barangkali hanya kenangan dan nama kita. Itu pun kalau ada yang mahu ingatlah :)

http://distilleryimage11.s3.amazonaws.com/3e6c25d48f0611e2a61722000a1f9d6d_7.jpg
[Instagram aku]



 Orang di ladang epal pernah kata - "Petiklah seberapa banyak epal yang ada di sini. Semuanya manis"

Ternyata --- di antara yang manis, rangup, ada juga yang masam dan langsung tidak boleh dikunyah serta dimamah. Masam sampai kita lemparkan sahaja ke bawah pohon - ditinggalkan dan cari lain yang manis. Sangat mengingatkan aku kepads kehidupan itu sendiri. Kadangkala hidup kita penuh dengan benda manis, --- indah belaka dengan perkara gembira dan kita melaluinya dengan penuh suka. Segala yang dilalui, dihadapi --- dijadikan kenangan, kerana ia benda yang menarik untuk diingatkan.

Tetapi adakala dalam hidup --- ada benda yang pahit, masam, kelat hingga kita tak boleh telan. Mahu dihadam tetapi kita juga akan sengsara sendiri. Jalan terbaik, kita tinggalkan - belajar sesuatu daripadanya, pandang ke hadapan dan teruskan kehidupan. :)

Jadi, untuk mereka-mereka yang pernah muncul sebagai dugaan dan cabaran dalam hidup aku, aku  mahu katakan terima kasih kerana pernah wujud, mencabar aku hingga tahap aku berada sekarang ini. Walaupun sakit, payah, jatuh dan rebah,

--- anak ini akan tetap bangun semula walaupun payah.

7 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

kuatkan hati kan zarra kan :)

takky said...

suka ayat terakhir bagi perenggan ke-2 terakhir...

mohon share kt FB....

zainatul abu bakar said...

Betul tu..bila fikir balik banyak bende yang dulunya pahit..sekarang dh jd kenangan :)

reenapple said...

Hidup ini ibarat epal. Saya setuju! =)

-effa ayub- said...

betul tu sis..dalam sebuah ladang yang sama mesti ada satu dua buahnya yang tidak menjadi sama macam kehidupan kita :)
sis..terima kasih untuk nasihat yang diberi soal relationship..now me and him are much much more better than before :P

didie noxious said...

idup ni mmg penuh kegembiraan.dan kesedihan pasti akan datang menyulam.apa yang pasti tanpa kepahitan kita takkan dapat menikmati dan menghargai apa itu kegembiraan.seperti yang selalu saya katakan pada kak zara "doa yang baik baik saja"

didie noxious said...

tiada kata kata yang dapat diluahkan.seperti biasa "doa yang baik baik saja" tuk k.zara :)